Assalamualikum pembaca tersayang,
Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun
2014 dengan lembaran yang baru. Banyak yg berlaku di sepanjang tahun 2013 dan
ia merupakan tahun yg penuh dengan cabaran dan kejayaan.
2013, adalah tahun di mana saya menamatkan perkhidmatan di
dalam TLDM dan beralih arah ke dunia perniagaan. Saya berhenti kerja dengan
gomen sebab saya nak teroka bidang yang baru. Ramai yg menghalang sebenarnya
sebab saya dah stable keje di dalam gomen. Tapi saya teruskan jugak niat saya
dan yakin saya boleh Berjaya dan nasib baik my wife support.
Bermulalah episode yg sangat mencabar apabila gaji baru lebih
rendah dari yg saya dapat serta kehilangan beberapa privilege masa kat gomen.
Nak tak nak saya teruskan jugak sebab bukan senang nak senang. So, 5 bulan saya
bertahan dengan company ni dan akhirnya
Nov adalah permulaan yg baru di dalam karier saya. Kat sinilah
pentingnya peranan anda kepada syarikat. Bila anda Berjaya bawa profit kepada
syarikat maka anda akan dapat berkongsi kejayaan.
Alhamdulillah dapat kontrak baru yg lebih menguntungkan. Dan
yg paling penting kontrak ni dapat bekerja dengan expert dari Korea. Banyak yg
saya belajar daripada segi project management sampailah ker Korean Best Practice. Tak ramai yg dapat peluang sebegini apatah lagi Korean expert ni
adalah vice president dan CEO of Daewoo Shipbuilding, Syarikat perkapalah kedua
terbesar di dunia selepas Hyundai. Multi billion company in Korea.
Dan alhamdulillah gaji saya pun turut meningkat lebih dari
apa yg gomen bagi. Pada usia 33 saya merasa pakai gaji 5 angka. Alhamdulillah.
Semuanya bermula dengan impian sahaja. Tapi di mana ada kemahuan di situ pasti
ada jalannya. Penghujung 2013 juga adalah tahun rezeki bagi isteri saya,
bermula dengan business Shaklee secara suka2 sekarang ni dah jadi income
sampingan yg lumayan.
Dula masa mula2 my wife jadi pengedar Shaklee, dia dapat
bonus hanya 30 ringgit je sebulan tapi sekarang total income sebulan dah 5 angka jugak.
So, apa yg menghalang anda untuk Berjaya adalah diri anda sendiri. Semua orang
pasti boleh Berjaya kalau ada kemahuan.
Apa pula yg membezakan saya dan wife saya??? Bila kita kerja
dgn orang atau gomen gaji kita static je. Kalau naik pangkat atau naik tahun
baru boleh dapat sedikit kenaikan. Tapi bila kerja sendiri, keuntungan tak
menentu. Saya yakin my wife salary akan lebih tinggi dari saya di tahun 2014.
So sebenarnya segalanya mungkin kalau kita berusaha. Xbermakna bila anda
belajar lebih tinggi anda akan lebih Berjaya. Segala-galanya tentang anda dan
how u manage yourself menentukan siapa anda pada masa akan datang…. Duit bukan
segala-galanya tp segala-galanya memerlukan duit.