Monday 29 April 2013





Assalamualaikum. Kenal tak sape nie? Nie lah Cesar Millan from telivisyen show called dog whisperer. Last week dapat tengok kisah hidup dia sehingga dapat pergi ke tahap dia berada sekarang. Rupa-rupanya dia nie hanyalah seorang pendatang haram dari Negara Mexico. Yg seludup masuk ke Amerika utk ubah hidup dia. Orang kat sana panggil The American Dream. Okey, dia ni lahir di sebuah pekan kecil di salah sebuah daerah di Mexico. Juga anak orang miskin sahaja. Cuma family dia rapat dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dia nie rapat dan banyak belajar dari datuknya.

Apabila dia ni umur 21 tahun dia menyeludup masuk ke amerika dengan berbekal USD 100 sahaja. Lama gak dia nak melepasi pagar tu. Buat survey, jalan2 kaki sepanjang pagar dan bermacam2 lg lah. Bukan senang nak tembus pagar amerika tu. Nasib dia baik bila satu hari dia dapat jumpa satu lubang baru dan berlari melepasi sempadan. Banyak yg gagal sebenarnya. Ada yg dibunuh, ditangkap dll.

Okey, dah lepas sempadan - seludup ke amerika - tidur kat bawah jambatan sebelah highway. 2 bulan lamanya (kalau tak salah). So mula2 kerja kedai makan dan ambil upah bawak anjing jalan2. Lama kelamaan makin banyak org yg hantar anjing kat dia utk dia bawak jalan2. So terkenallah dia sebagai budak yg bawak anjing jalan2. Masuk paper dan di interview oleh salah satu stesen tv (tak ingat la nama dia).

Bila dia cakap nak ada rancangan tv sendiri ramai penerbit yg offer dia termasuklah discovery channel. So makin popular. Then kahwin ada anak tapi malangnya tak bertahan lama. Jadi dia nie stress dan nak bunuh diri tapi berjaya diselamatkan. Bila dah diselamatkan dia teringat balik tentang apa yg dia ajar kepada orang2 tentang anjing.

Now, dia dah insaf dan mulakan hidup baru. Skarang dia dah berjaya, dah kawih lain, dah buat road show sendiri kat kanada, poland and singapore. Seorang penjinak anjing yang boleh buat persembahan di atas stage yg setaraf dengan penyayi antarabangsa. Bukan senang kan?

Hari tu (tak ingat bila) dia buat satu demonstrasi kat Washinton supaya kerajaan tak bunuh anjing yg terbiar dan buat show baru tentang ambil anjing yg terbiar utk dipelihara (sedang ditayangkan di TV). Menarik kisah hidup dia ni. Bg saya bukan saya nak suruh kita bela anjing (haram tu), tapi kisah hidup dia boleh dijadikan iktibar tentang pengorbanan, kejayaan dll. Bukan senang nak berjaya sebenarnya. Daripada seorang pendatang (sekarang dah jadi warga negara amerika)  nak suruh kerajaan ubah polisi pulak. Tak ada benda yg mudah dalam dunia ni. Jika nak berada di puncak kita kena berusaha, cekalkan hati, tabah, berdisplin, berani mencuba dan berusaha. Kejayaan tu tak datang dengan mudah.

Sama seperti business shaklee ni... dah 2 tahun rasanya saya lihat perkembangan perniagaan isteri saya.. dari bonus 20 ringgit sebulan sehingga ke ribuan ringgit sekarang. Bukan senang sebenarnya.... tapi alhamdulillah sekarang dah agak stabil.... setiap bulan my wife bg saya bonus. Hahaha... kita kongsi2. Insyallah kalau kita berusaha dengan ikhlas kejayaan tu akan datang. Wassalam..

Tuesday 23 April 2013

Assalamualaikum...

Lama xupdate. Agak sibuk sikit bulan ni. My wife baru lahirkan baby girl yg pertama. Happy sangat. Lama gak tunggu baby girl nie. Last week plak baru hantar borang pengesahan trip utk my wife. Alhamdulillah berkat kesabaran, kesungguhan dan Rahmat dariNya dapat gi Sabah free. Semua di bawah tajaan Shaklee. Saya kena duk rumah jaga anak je....

Nie task yg agak mencabar coz ada 2 hero yg sangat aktif dan satu baby. Hero tu senang sikit nak control cuma baby ni yg perlu ditengok 24 jam. Yg paling risau adalah waktu tido. Sure saya xdengar kalau dia menangis. Hahaha.... Cmna ye?? Ada sape2 yg ada idea??