Saturday 28 November 2015

KAWAN-KAWAN


Assalamualaikum pembaca sekalian, yg ni member saya kat site. Nama dia Gulap dari Bangladesh. Kerjanya mengecat kapal. Bukan kerja yg mudah dan sangat penat. Ruang kecik, kekadang masuk dlm tank, dan pelbagai lagi cabaran. Kat site ni banyak kerja yg berat2 dilakukan oleh warga asing sebabnya tak ramai orang kita yg nak buat

Malaysia ni banyak sangat peluang pekerjaan. Cuma mungkin faktor gaji yang menjadi sedikit halangan untuk orang kita buat kerja2 yang sebegini. Syukur di atas rezeki yg Allah berikan kepada kita.  


Thursday 1 October 2015

IDEA BUSINESS IN CHINA

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kali ni saya ke China (Guangzhou, Shenzhen, Suzhou, Shanghai) pulak untuk business visit di salah satu supplier syarikat. Semasa di sana sudah semestinya idea business mencurah-curah datang di kepala. Rasa macam nak berhenti kerja je sekarang dan buat business. 

Lepas habis je visit kilang saya dibawa jalan jalan oleh supplier kat sana. macam2 business yg org sana kongsikan dengan saya... saya pulak berlegar-legar di Tanah Besar China dan mencari-cari potensi untuk berbusiness. 

Mula-mula saya visit gedung yang jual hand phone dan accessories. Punyala banyak pilihan sampai xtau yang mana satu nak dibeli. Harga jauh lebih murah dari yg ada kat Malaysia ni.. sbg contoh casing hp harga 1 ke 2 ringgit sahaja (kat malaysia 10 ke 15 ringgit). Charger 5 ke 6 ringgit (yg biasa).. yg berjenama dan berkualiti hanya RM12 ke 15 sahaja.. Yg berjenama ni dijual kat supermarket di China pada harga 30 Ringgit. Kat malaysia lagi mahal. 

Saya pulak tukar screen hanya 65 ringgit. Kat malaysia kedai nak cas 450.00. Jauh sangat bezanya... Kualiti sangat2 ok sebab saya pakai sekarang dan xada masalah. Itu yg dijual kat gedung... agak2 berapa dia ambil kat main supplier. Contact untuk main supplier ni saya ada..... sebab saya dapat daripada agent saya kat sana. Hahaha... Maybe in the future saya boleh explore more

Satu lagi kat china ni banyak sangat accessories yang dikeluarkan... Iphone 6S yang belum lancar pun dah ada accessories dia.... Sebut je apa jenama semua ada... 

Yg kedua pulak saya dibawa ke kilang pembuatan sutera. 100% made in China.. Kualiti terbaik. Sutera ni dijual pada harga 200 ke 300 ringgit. Kat KLCC dijual pada harga 800 ke 1200. Design hampir sama dan purely silk. Kilang ni adalah antara pengeluar terbesar sutera di China.. Nak borong kat sini dan jual kat malaysia pun boleh.. 

Yg ketiga toys... yg kita selalu nampak kat pasar malam tu.. rupa-rupanya harga toys tu 3 ke 4 ringgit sahaja kat China.. (Itu harga kedai)... harga borong lagi murah... Kat pasar malam dijual 10 ke 15 ringgit.. Bentuknya sama sahaja... kawan saya borong drone pada harga RM 90 je.. Drone yg sama dijual kat KLIA pada harga 500.00... menyesal xbeli... 

Banayak lagi yg saya dapat lihat dan saya beruntung sebab agen saya seorang yg pandai selok belok harga barangan dari China. Anytime dia boleh uruskan penghantaran barangan dari China ke luar negara... dan dia tahu kat mana nak dapat barangan pada harga yg murah... (anything)...

Saya pun sedang berkira-kira untuk berniaga nie.. Insya Allah kalau ada kesempatan.. Jom berniaga..









Tuesday 21 July 2015

WHAT DO YOU WANT?

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah tahun nie dapat beraya di Johor bersama keluarga tersayang. Bila balik ke kampung je banyak yg saya perhatikan. Kekadang kesian saya lihat bangsa saya sendiri terutamanya golongan2 remaja. Ramai yg suka berlonggok kat simpang2 jalan dengan lagak2 ala stuntman. Diorang nie memang berbakat tapi sayangnya Malaysia tiada tempat yang sesuai untuk mereka merealisasikan bakat yg dimiliki. Saya pernah ke Disneyland Paris dan kat dlm tu ada show tentang camna orang Amerika buat aksi2 stuntman. Percayalah aksi stuntman bebudak Malaysia ni lebih hebat dari yg saya lihat kat sana. Mungkin taman2 tema kat Malaysia boleh fikirkan dan adapt this concept. 

Bukanya salah kita berkumpul jumpa kawan2 tapi biarlah berpada2. Ini tidak, hari2 melepak sampai 2, 3 pagi. Lebih teruk buat bising, race, main mercun dll. Sedih saya tengok generasi pelapis Malaysia yg akan datang. Semoga Allah SWT berikan rasa keinsafan kepada mereka dan saya yakin kalau kita semua mendoakan yg terbaik untuk mereka, Insya Allah akan terbuka hati mereka untuk berubah. Mana tahu satu hari nanti mungkin mereka jadi insan yg lebih baik dari kita. Insya Allah. 

Selain tu, banyak benda yg saya lihat sewaktu saya dikampung. Banyak sangat business opportunity yg boleh di buat di kampung. Banyak yg saya boleh ubah kat kampung wife saya (Felda) sebenarnya. Dan saya yakin kalau saya buat business kat kampung income saya akan lebih dari apa yg saya dapat sekarang. Harap2 ada orang kampung yg dapat buat seperti apa yg saya fikirkan. 

Tapi ada satu benda yg sangat terkesan di hati saya bila balik ke kampung. Sebenarnya kat kampung ni aman dan tenang berbanding kat kota2 besar. Benda2 ni yg membuatkan saya lebih bersemangat untuk pulang ke kampung bila saya dah berjaya nanti. Insya Allah. 

Kita kena faham konsep kenapa kita hidup kat dunia nie. Ya betul kita hidup kerana Allah. Itu tidak boleh dinafikan. Selain itu kita nak hidup kita BAHAGIA. Difinasi BAHAGIA pulak berbeza2 mengikut prespektif masing2. Ada orang yg bahagia bila ada kereta besar, rumah besar, wang ringgit melimah ruah dll tapi bagi saya definasi BAHAGIA tu lain. 

BAAHAGIA bagi saya apabila saya ada waktu yg cukup untuk mengadap tuhan (x kelam kabut dan terkejar ke sana sini), tidur dengan lena walaupun atas tikar getah (less problem), makan sedap ikut selera (walaupun murah dan hanya makanan kampung), buat benda yg saya suka tanpa ada paksaan dr mana2 pihak, bebas bergerak kemana sahaja tanpa ada rasa takut, ada lebih waktu dengan family dan banyak lagi. 

So anda yg tentukan apa definasi BAHAGIA untuk anda. Tidaklah semestinya wang ringgit itu boleh membuatkan anda BAHAGIA. Mana lebih baik??? duduk rumah besar tapi x gembira atau duduk rumah kecil tapi happy je??? 

Saya punya definisi senang je... Duduk rumah besar dan happy. Itu yg terbaik... Hahahaha... 

Selamat Berniaga dan berusaha. Ingat pepatah saya 'Bila Nak Berniaga, What Make U different?

Saturday 20 June 2015

NEXT LEVEL OF BUSINESS 2

Assalamualaikum Pembaca sekalian,

Awal bulan 6 satu lagi rezeki yg menjelma untuk syarikat. Kalau dulu kita dapat kontrak 6 angka sahaja, tapi tahun ni kontrak lebih besar. Hampir2 bernilai 8 angka... dan lebih best lagi kontrak ni saya usahakan dari mula sampai award dengan dibantu oleh beberapa dedicated person dalam company. 

Start bulan 6 dah mula sibuk dengan projek yg baru.. tempohnya 6 bulan je... satu cabaran yg berat tapi menguntungkan... Untuk company la... kita yg makan gaji ni tumpang sipi2 je... Apa pun dengan adanya kontarak yg baru ni ia akan memastikan kelangsungan syarikat untuk bergerak kehadapan...

Dan sekarang ni ada satu lagi kontrak yg bernilai 9 angka yg turut melibatkan penglibatan syarikat.. Moga2 ianya menjadi kenyataan... Kalau dapat Alhamdulillah. Saya pun turut terlibat di dalam penyediaan kontrak ni... Kontrak ni kalau dapat 8 tahun syarikat ada income... so lagi 8 tahun la duk kat lumut ni...  INSYA ALLAH..

NEXT LEVEL OF BUSINESS 1

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Sebagai manusia pastinya kita mahukan peningkatan dalam apa jua yg kita lakukan. Tak kiralah sama ada dalam hidup, kerjaya, pelajaran ataupun agama. Dan semestinya itulah yg dituntut dlm Islam, supaya kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Dan saya pun begitu jugak. Dulu saya main kecik2 je business hartanah nie tapi sekarang saya go for the big. Masa saya start dulu hanya membeli hartanah yg bernilai 5 angka sahaja. Kemudian saya beli yg 6 angka pulak. Makin lama makin mahal. Sekarang nie bila dah ok sikit saya beli yg 7 angka pulak. 

Camna saya buat??? saya cam kebanyakan tuan2 sahaja. Kerja gomen, gaji pun xseberapa, pastu berhenti kerja gomen dan kerja swasta. So biasa2 sahaja. Sebenarnya hartanah nie mudah sahaja kalau kita tahu jalannya. Kalau pembaca ikut blog saya nie pasti dapat tahu camna saya beli aset yg bernilai tinggi. Saya target saya perlu ada sekurang2nya 5 aset yg bernilai 7 angka sebelum umur saya 45 tahun. It's all start with a dream. 

Nak pinjam bank mesti ada gaji BERSIH lebih dari 5 angka... Tapi saya nekad dan teruskan gak beli rumah yg berharga 7 angka nie... so macam yang biasa saya buat....  semasa dalam proses tukar nama tu saya dah dapat kunci dan buat sedikit renovation dan fully furnishkan rumah... 

Sebab apa saya kena cepat2 amik kunci? supaya bila bank dah start suruh saya bayar saya dah ada penyewa... so penyewa tu akan bayar monthly installment saya.. Kalau diikutkan prosedur yg betul penjual hanya akan bagi kunci lepas bank dah release full payment kepada penjual baru penjual akan serah kunci. Tapi benda ni subjektif, kalau pandai nego, penjual boleh bagi kunci awal. 

Dapat je kunci saya terus start projek saya untuk cuci rumah dan fully furnishkan rumah.. Saya cat, kemas2, cuci, tampal mana yg patut, beli barang, decorate dan lain2. 

Saya mula iklankan rumah tu bila dokumentasi dah hampir2 nak siap.... Alhamdulillah saya sempat bayar 2 bulan je kat bank monthly installment. Masuk bulan ke tiga dah ada penyewa dan dia continue bayar... 

Berapa saya bayar kat bank untuk rumah yg berharga 7 angka ni?? KOSONG malah saya dapat positif income lagi... Pada yg nak buat kaedah cam saya ni boleh try.. dah 3 rumah saya buat macam nie.. Properties nie jarang lah rugi kalau betul gayanya... so kena berani mencuba dan berusaha... start small. 







Friday 3 April 2015

GST PUNYA CERITA



Assalamualaikum,

Minggu nie kecoh pasal GST. Kat mana2 media cetak dan elektronik sangat2 kecoh. Pengguna pun naik angin dan luahkan perasaan kat facebook dan media2 lain. Yang mengecewakan saya adalah banyak fitnah dan umpatan mengenai GST nie lebih daripada KEBENARAN

Yg tak faham pun cuba nak jadi keyboard warrior atau hero jalanan. Pergi demonstrasi tapi tak tau pun apa benda yg nak diperjuangkan...... Cuba lihat sekeliling kita, ada tak orang2 yg kaya yg menjerit pasal GST. Ya ADA..... tapi tak banyak kan? kenapa???? sebab diorang ada banyak duit.... xrisau pun pasal 6%... kalau 20% pun diorang tak peduli....

Yg risau adalah golongan2 cam kita nie... yg orang duk gelar golongan MARHAEN.

Hari tu saya terbaca orang awan gi serbu pajabat kastam kelana jaya... end up kena tangkap dan masuk penjara atas kesalahan menceroboh.... kesian saya lihat mereka..... 

Pada pendapat peribadi saya.... kita ubah cara hidup kita dulu... Apa yg nak diubah???

1. Xperlu kita gi demostrasi jalanan, buang masa, tenaga dan duit sahaja. Kena tangkap lagi keluarga susah. Maybe ada yg beranggapan itulah perjuangan dan ia memerlukan pengorbanan. Tapi harus diingat, daripada dulu lagi saya perhatikan orang yg dapat BANYAK maanfaat ni ketuannya sahaja.... yg belakang ni???? sedih... cuba ingat orang kuat parti keadilan dulu, yg selalu ajak orang demonstrasi tapi sekarang ni dah jadi orang kuat kat kementerian kewangan (jadi org kerajaan lagi)...  Yg sorang lagi dah jadi Menteri Besar..... Dua2 dah hidup senang lenang. Anda yg follow mereka ni kat mana pula tempat anda????? Yg belakang nie dapat apa??? Ya adalah dapat tapi xseberapa.. diorang semua tak akan dapat bantu anda selama-lamanya..... SO KESIMPULAN SAYA SENANG JE, KALAU KITA TAK SUKA MANA2 PIHAK KITA TERJEMAHKAN SAHAJA KAT KERTAS UNDI....

2. Tak ada sape yg boleh selalu bantu anda semua, termasuklah sanak saudara. Lebih susah kalau ia melibatkan DUIT... So anda kena cari jalan untuk bantu diri anda sendiri.. Yg keje gomen dan swasta  tu kerja lah rajin2, cepat naik pangkat dan pendapatan pun bertambah..... di samping tu ringan2 tulang buat kerja sampingan.. kat facebook ni banyak sangat peluang utk jana pendapatan... pilih dan cari kerja sampingan yg halal dan menguntungkan. 

3. Kurangkan masa lepak2 kat kedai makan.... orang melayu ni kalau bab cakap kat kedai makan tak pernah kalah... projet berjuta2.... tapi apa pun xda.... Daripada buang masa kat kedai makan baik balik rumah bantu isteri kemas rumah dan jaga anak... 

4. Anda yg tengah belajar tu (terutamanya yg pinjam PTPTN), belajarlah elok2 dan target utk dapat first class degree.. tak perlu bayar pinjaman.... lagi senang... xperlu lah nak demo supaya kerajaan hapuskan pinjaman PTPTN... Dah pinjam perlulah bayar..... ini tidak, nak bayar xda duit, tapi boleh pulak gi melancong luar negara... 

5. Jangan cepat nak jadi kaya tapi malas nak berusaha..... nak kerja senang je... labur duit, goyang kaki dan dapat pulangan..... ubah pemikiran ni... TUKAR..... usaha dan tawakkal. kerja rajin2. malu biar bertempat

6. GST bagi saya ada salah satu PUSH FACTOR untuk saya berjaya.... saya perlu kerja kuat lagi untuk saya survive dalam ekonomi yg tak menentu nie... Islam pun suruh saya berusaha... so saya kerja kuat2 utk agama dan keluarga saya...

JOM PAKAT2 KITA BERNIAGA....

Tuesday 3 March 2015

KESILAPAN DI DALAM IKLAN

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ni saya nak kongsi satu lagi kesilapan yg kerap dilakukan oleh orang2 yg berniaga. Benda mudah dan simple je... iaitu bidang pengiklanan di FB. Saya perhatikan ramai yg mula menjadikan perniagaan sebagai kerja sampingan. Alhamdulillah. Tapi teknik pengiklanan jauh terpesong daripada jalan yg sepatutnya. 

Cuba perhatikan di dalam FB anda..... masih ramai yg mempromosikan plan lebih daripada produk mereka sendiri.... maksudnya orang lebih suka post - Bila berniaga produk itu dan ini anda belah jadi kaya raya.... then post gambar duit, rumah besar, kereta mewah secara berlebih-lebihan. Cerita tentang produk sangat2 kurang..

Itu semua adalah plan perniagaan semata-mata (business plan). Yg lebih penting sebenarnya adalah apa kebaikan produk yg anda ingin niagakan. Sy bg contoh..... ada satu business tentang penyedia perkhidmatan telekomunikasi kaedah baru..... setelah sembang2 dengan kawan yg menjual benda ni baru saya faham apa sebenarnya benda tu. Rupa2nya memang bagus produk ni bagus dan ada advantage.... tapi di dalam FB orang promote jadi kaya lah, berhenti kerja lah, pakai kereta mewah lah, pencen muda lah, dll.... So apa produknya???? apa kebaikan produk??? 

Iklan yg baik adalah iklan yg boleh bagi tau orang kenapa mereka perlu beli produk dari anda... ceritalah mengenai kebaikan produk, kongsi testimoni, dll. Benda2 nie semua kena banyak membaca dan buat sedikit research.... Orang yg berniaga produk kesihatan lagi lah kena banyak membaca.... lagi banyak informasi yg anda tahu lagi baik dan memberi kelebihan kepada anda... INGAT ramai orang kat luar sana berniaga produk yg sama dengan anda... SO WHAT MAKE YOU DIFFERENT???

MLM adalah satu bentuk perniagaan yg sah dan halal. TAPI BUKAN SEMUA...Yg sah dan halal ni pulak orang salah guna... selalu bagi false hope semata2 nak cari client atau downline.... end up banyak yg rasa tertipu.....

Boleh tak kongsi plan perniagaan ni... Jawapannya boleh tapi jangan berlebih-lebihan... 

Selain itu, bila berniaga:-

1. Jangan over claims. Lebih sudu dari kuah... cerita yg betul2. Ada satu produk tu - makan garam boleh hilangkan kanser. Biar rasional.....

2. Jangan edit gambar sebelum dan selepas bila buat testimoni. Ada org yg gelap kemudian makan produk jadi putih melepak... adoi... gambar edit sahaja... biar rasional.. Yg buncit jenoh tahan nafas nak bagi nampak tegap... dll.

3. Jangan tipu...  Ada orang snap gambar kereta mewah tapi bukan dia yg punya... ambil gambar depan rumah orang... nak bagi nampak gah semata2.... realitynya apa pun takda

INGAT!!!!!! KONGSIKAN KEBAIKAN PRODUK 

'STOP SELLING START SHARING'

Thursday 29 January 2015

BACK TO NORMAL ROUTINE

Back to normal routine.

Alhamdulillah setelah 1 tahun 14 bulan berada di Lumut, saya kembali semula ke KL dan Alhamdulillah jugak project yg saya buat dapat laksanakan dengan jayanya. Satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan. Banyak yg saya pelajari dari orang2 yg hebat di dalam industri perkapalan. Tapi banyak lagi yg saya kena pelajari dan Insya Allah pengalaman ni akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya.