Friday 31 May 2013

CARA-CARA MEMBELI KERETA SECOND HAND



Selain daripada Business Shaklee, saya juga ada buat business lain seperti Properties (jual, beli dan sewa rumah), jual beli kereta, jual beli set golf dan accesories, jual beli basikal, saham sikit, emas sikit dan sekarang nak belajar jual beli tanah pulak. Petang ni saya nak kongsi mengenai jual beli kereta tetapi bukan mengenai business. Petang ni saya nak kongsi mengenai cara2 nak beli kereta terpakai tanpa melalui agent / broker.

Kenapa? sebab kalau anda beli sendiri dan uruskan sendiri harganya lebih murah dari yg anda beli kat kedai. Lagipun prosedurnya pun taklah susah sangat. Apa yg saya sampaikan kat sini adalah melalui pengalaman saya berurusan jual beli kereta.

Okey begini... Mula2 anda cari kereta yg anda nak beli. Biasanya saya search kat www.mudah.com.my. Pilih private (beli pada orang perseorangan), pilih cars, dan taip nama kereta yg anda nak beli. Baca description sikit, tengok gambar dan bila puas hati call tanya sama ada kereta available atau tak?. Tips... masa tanya ni dah boleh nego sikit2. Tapi jangan mendesak utk turunkan harga. Layan je dulu permintaan penjual tu.

Then buat temu janji untuk jumpa dan lihat kereta. Sebaik-baiknya jumpa kat stesen minyak kerana kat situ ada CCTV (mana tau kalau apa2 berlaku). Tips ... untuk perempuan bawa kawan yg arif, bawa abg ke, bapa ke, sedara ke atau sape2 yg mahir mengenai kereta.

MESTI Test Drive.. Berdasarkan pengalaman saya ada beberapa pembeli yg beli kereta dari saya tak nak test drive sebab katanya dengar dah tau kereta tu ok. Anda jangan buat begini... Test drive, dengar bunyi engine dan perhatikan perkara2 berikut:

1. Engin tidak mengeluarkan bunyi yg abnormal.
2. Belok dan pastikan tiada bunyi yg abnormal (kalau ada myb drive shaft rosak)
3. Lihat meter suhu. Pastikan bacaan suhu tidak melebihi separuh kepanasan. Kalau ada maknanya engine panas (myb water pump rosak, myb radiator sumbat dll)
4. Check minyak engine (minyak hitam). Pastikan warna dia tidak terlalu hitam dan tidak terlalu pekat. Ini tanda2 minyak tu minyak lama dan perlu diservice. Dekat engine pastikan tiada lelehan minyak hitam. Kalau ada maknanya gasket engine dah haus atau ada kebocoran. Kena tukar.
5. Check asap yg keluar dari exzaust. Pastikan tidak terlalu kehitaman. Kalau hitam maknanya engine agak kasar.
6. Tanya mengenai timing belt (biasanya setiap 100K kena tukar). Pastikan kalau milage dah lebih 100K suruh penjual tukar dahulu (sebab nak tukar ni mahal).
7. Check tayar. Tengok bunga tayar pastikan tak botak. Tayar satu biji harga lebih kurang 200 ringgit. kalau dah 4 boleh tahan gak harga dia. Kat tayar ada 4 nombor dlm oval (cam dlm bulatan) 2 nombor pertama bermakna minggu ke berapa tayar tu dikeluarkan dan 2 nombor berikutnya bermakna tahun ke berapa ia dikeluarkan. contohnya 1213. Tayar ini dibuat pada minggu ke 12 (lebih kurang bulan March) tahun 2013.
8. Check aircond pastikan sejuk.
9. Check benda2 lain seperti radio, signal, wiper dll.

Okey... dah puas hati deal beli.. Sblm tu nego kali terakhir. dengan mengambil kira faktor2 di atas minta turunkan harga. Sampai puas hati. Berdasarkan pengalaman saya kita boleh kurangkan harga dari 3K ke 5K. Kalau bayar cash lagi banyak boleh kurang. Sebelum pergi tu survey harga yg dijual di market (lihat kat dlm mudah je). Pastikan harga yg anda beli tu lebih murah daripada harga termurah di dalam mudah pada kapasiti dan tahun yg sama.

Sambung next ye.......

STRATEGI DI DALAM BUSINESS

Assalamualaikum... Hari ni saya nak berkongsi satu tips dalam perniagaan iaitu Strategi. Ingat tak di dalam The Apperentice Asia baru2 ni strategi merupakan key word pertama yg di di ajar. Di dalam perniagaan strategi adalah penentu kejayaan atau kegagalan anda sebagai perniaga.

Terdapat pelbagai startegi yg digunakan untuk menarik pelanggan atau pelabur terhadap produk yg anda tawarkan seperti:

Pertama - Kebanyakan (TIDAK SEMUA) orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan yg dimiliki sebagai motivasi kepada orang lain untuk menceburi perniagaan mereka. Ada yg bergambar depan rumah besar, kereta besar, wang yg banyak dll. Dan pecayalah kebanyakkan daripada mereka hanya mereka2 cerita sahaja. Pergi depan rumah orang atau kereta orang dan snap the picture. So anda jangan tertarik dengan fantasi tersebut dan jangan sesekali menggunakan strategi tersebut semata-mata mahu menarik pelanggan atau pelabur. Tapi tidak salah untuk anda berkongsi sedikit kejayaan untuk memotivasikan orang kerana nanti orang akan tanya betul ke boleh berjaya? Cuma JUJURlah dengan apa yg anda perolehi. Anda KERJA dan berusahalah mengikut jalan yg sepatutnya. Jadikan etika perniagaan di dalam Islam sebagai panduan. InsyaAllah anda akan berjaya.

Kedua - Berterus terang dengan produk yg anda tawarkan. Kalau boleh cakap boleh, kalau tak cakap sahaja tidak. Jangan over claim. Shaklee adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan2 badan. Oleh itu, dia bukan ubat. Ia memberikan kesan jangka panjang dan bukannya makan sehari terus ada kesan. Perhatikan betul2 di dalam facebook, ada yg claim produk boleh turunkan berat badan dalam tempoh seminggu tanpa berdiet. Bg sy tak logik? coz what u take is what u get. So, sebagai pengguna anda luangkan sedikit masa baca testimoni pengguna, baca blog, baca page dan sumber2 yg boleh dipercayai. Buat research sebelum mencuba sama ada untuk menjadi pelanggan atau pengedar. Selain itu, ada juga yg menggunakan konsep menipu kerjaya untuk menarik pelanggan. Contohnya di dalam The Apperentice Asia pertama ada seorang peserta menjual ikan dengan menyatakan dia seorang chef dari Perancis. Sedangkan ia tidak benar. What Mr Tony Fernandes said? Dont cheat. Event seorang yg bukan Islam pun faham konsep jujur. So apabila anda ditawarkan untuk sesuatu produk atau perkhidmatan dan dia menyatakan dia adalah authorised agent.... Check betul betul. Apa2 syarikat pun, siasat no pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Beringat sebelum kena.

Ketiga - Kenali Target Group anda. Anda mesti mengetahui siapa pengguna produk yg anda ingin tawarkan dan kenapa mereka menggunakan produk tersebut. Kebanyakkan pengguna Shaklee terdiri daripada kaum wanita. Saya jangkakan 90% pengguna adalah wanita kerana mereka lebih mengutamakan kesihatan dan kecantikan berbanding kaum lelaki. Atau mengkin mereka lebih terdedah kepada ilmu nutrisi berbanding kaum lelaki. So, masih banyak ruang dan peluang untuk diterokai terutamanya terhadap pengguna lelaki.

Keempat dan seterusnya saya akan sambung lain kali ye.... Selamat berniaga.

Thursday 30 May 2013

APA ITU BUSINESS


Tidak dinamakan perniagaan apabila kita tidak mengeluarkan modal. Disitulah business itu bermula. Nak jual goreng pisang pun perlukan modal iaitu pisang, minyak, dapur, sewa tapak dll. Itulah asas perniagaan. Dan semestinya di dalam perniagaan mesti ada untung atau rugi. Contohnya peniaga pisang goreng tadi. selepas menggoreng pisang tiba2 hari hujan, so tak ada orang yg beli pisang yg telah digoreng tadi. Nak makan pun dah terlalu kenyang, myb boleh sedekahkan kat orang (alhamdulullah dapat pahala). Tapi di dalam konteks perniagaan penjual tersebut telah mengalami kerugian. Itulah dunia perniagaan sebenar. Tapi sebenarnya kita boleh meminimumkan kerugian tersebut.

Bagaimana? Iaitulah dengan ILMU. Kita mesti ada ilmu untuk berniaga kerana dengan ilmu yg kita ada baru kita boleh berjaya. Ilmu itu kita boleh dapat melalui pembacaan, pendengaran, pertanyaan, pembelajaran dll. Myb kalau pakcik tu ada sedikit inisiatif utk lihat ramalan cuaca dia boleh merencana perniagaannya. Betul tak?

Di dalam perniagaan Shaklee yg saya ceburi, ilmu adalah perkara yg sangat penting kerana produk ini berkaitan kesihatan dan kecantikan. So kita kena rajin membaca, fahami fakta saintifik, pelajari kaedah selok belok perniagaan kerana dengan fakta baru kita boleh yakinkan pengguna, baru kita tahu strategi perniagaan. Bukan mudah sebenarnya nak dapat income seperti sekarang. Tapi insyaallah kalau kita terus berusaha kita akan berjaya.

Saya lihat masih ramai yg memandang sinis MLM kerana berdasarkan kepada inciden2 yg pernah berlaku. Ya saya sangat bersetuju bahawa terdapat beberapa MLM di luar sana yg mengambil jalan mudah utk mennjadi kaya tapi TIDAK SEMUA. Dan sekali lagi ILMU memainkan faktor yg penting kepada anda untuk membuat pilihan terhadap perniagaan yg anda ingin ceburi.

Apa yg saya perhatikan selama ini adalah:

1. Ramai sangat yg ingin berjaya tapi tak ramai yg mahu berusaha. Mula2 mendaftar berkobar2 semangat tapi lepas sebulan produk tidak bergerak terus patah semangat. Ditambah lagi dengan kutukan org2 terdekat terus tutup. Isteri saya memulakan perniagaan dengan bonus RM 20 ringgit je sebulan dan dalam masa setahun baru dapat RM 1000.00 keseluruhan. Tapi dia teruskan juga dan sekarang alhamdulullah, pendapatan bulanan dah 4 angka. Bonus tahunan mencapai 5 angka. Lebih banyak malah berkali-kali ganda dari bonus tahunan saya sebagai seorang jurutera profesional.

2. Malas. Anda perniaga dan semestinya anda kena pasarkan produk. Anda kena kerja. Buat marketing, post, iklan, blog, dll. Imposibble anda tidak buat apa2 tapi nak berjaya. Dan itulah kaedah yg selalu digunakan oleh org yg tidak bertanggung jawab utk menipu anda. Bagi org yg pemalas anda selalu akan kena tipu. Melabur pada tempat yg tidak sepatutnya. Ingat bila berniaga anda MESTI kerja.

3. Strategi. Sebagai org baru di dalam perniagaan, anda memerlukan bimbingan dari org yg telah berjaya. Anda kena belajar selok belok perniagaan dahulu sebelum memulakan perniagaan. Anda kena ada ILMU. Shaklee selalu buat kelas untuk pengedar mengenai produk, khasiat, cara penggunaan dll. Tapi itu masih tak cukup. Sebab tu anda memerlukan upline (pembimbing) untuk mendapatkan khidmat nasihat. Itulah sebabnya my wife buat lagi kelas kalau ada masa kepada downline. Kita nak bagi mereka faham selok belok perniagaan. Boleh dikatakan tiap2 hari ada sahaja downline bertanyakan soalan.

4. Banyak lagi nak kongsi. Myb lain kali ye... Saya nak simpulakan bahawa tak kira apa perniagaan yg anda ingin ceburi, belajarlah dahulu selok belok perniagaan. Hanya dengan ILMU sahaja anda dapat mengelakkan diri daripada ditipu. Dah banyak kawan2 sekeliling saya ditipu dan kebanyakannya di dalam skim pelaburan. So berhati-hatilah. Sebab sikap berhati2 inilah saya dapat mengelak diri saya daripada ditipu. Alhamdulillah.

5. Sekiranya anda berminat untuk BERNIAGA, saya boleh kongsi dengan anda sekadar terdaya. Shaklee hanya bermula dengan modal RM 65.00 sahaja. Kita lahirkan seberapa ramai peniaga islam yang boleh. Kita bangkitkan ekonomi islam. Berjaya atau tidak bukan terletak kepada sesuatu bangsa tetapi di atas apa usaha yg telah kita lakukan. Selamat berniaga....


CUTI-CUTI MALAYSIA

At Gold Coast Morib with my 2nd hero. Yg 1st dah layan diri sendiri...

Monday 27 May 2013

KENAPA MANUSIA DIKURNIAKAN AKAL???

Kenapa Allah SWT kurniakan kita akal sedangkan kita ada mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar? Bukan kah kita dah boleh dapat jawapan apabila kita melihat di depan mata atau kita dengar dari orang yg kita percaya. Jawapan dari saya mudah sahaja iaitu apa yg kita nampak atau dengar tidak semestinya betul. Itulah gunanya akal untuk kita mentafsir, menilai dan membuat keputusan.

Kenapa saya highlight perkara ni? Dewasa ni banyak yang saya perhatikan apa yg kita share atau post bersifat apa yg kita rasa. Bukannya apa yg fakta kata. Ingatlah apabila kita memperkatakan sesuatu mengenai keburukan orang dan benda tu BENAR, ia dinamakan MENGUMPAT dan apabila ia TIDAK BENAR, itu FITNAH namanya.

Pada saya kedua-dua perkara ini tidak mendatangkan kebaikan dan saya pasti itu bukan ajaran Islam. Oleh itu sekadar berkongsi - gunalah akal yg dikurniakan oleh Allah SWT untuk kita menilai dan mentafsir sesuatu perkara sebelum kita mengambil apa2 keputusan. Apabila kita tidak mengetahui akan kebenaran sesuatu perkara tu, maka adalah lebih baik untuk kita DIAM.

Ingat ye share dan post yg baik2 sahaja. Selamat mencuba.

Wednesday 22 May 2013

ETIKA PERNIAGAAN

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak berkongsi mengenai etika perniagaan. Kalau kita lihat facebook hari ini, pasti kita akan lihat pelbagai iklan mengenai pelbagai produk. Kadang2 kita dapati terdapat iklan yg agak keterlaluan dari segi testimoninya, pengubahsuaian gambar, perbandingan (sebelum dan selepas) yg tidak betul dan bermacam2 lagi. Wife saya pun dah terkena.. Ada satu iklan tu secara terang2an menggunakan gambar yg dipost oleh wife untuk melariskan produk mereka. Gambar berkenaan diambil berlatar belakangkan stok susu isteri yang disimpan di dalam peti sejuk. Kononnya dengan makan produk mereka (sebagai milk booster) dapat memperbanyakkan susu. Sedangkan ia tidak betul dan nama isteri pun salah.

Tapi untuk tidak memanjangkan cerita kita bagi message utk pengiklan tu remove sahaja post mereka. So ingatan saya - jadilah peniaga yg jujur dan amanah terhadap apa yg anda niagakan. Sebagai orang islam adalah wajib kita mematuhi segala garis panduan yg telah ditetapkan. Jangan terlalu ghairah mengaut keuntungan dengan mengabaikan nilai dan etika perniagaan. Selamat berniaga.

Tuesday 21 May 2013


APA YG KITA BELAJAR DI DALAM BUSINESS SHAKLEE???

"Dream the Impossible, Believe the Unbelievable, Never take 'NO' for an answer". Nanti bila show ni keluar kat TV banyak yg boleh kita belajar untuk menjadi seorang usahawan yg berjaya. Rasanya dah 2 tahun wife saya menceburi business shaklee ni. Apa yg saya pelajari adalah:

1. Untuk berjaya anda memerlukan pembimbing yg telah berjaya kerana mereka memainkan peranan yg sangat penting untuk membantu anda mengenai selok belok perniagaan. Oleh itu pilihlah Upline yg benar2 dapat memberi bimbingan kepada anda. 

2. Never give up. Teruskan usaha anda walau mungkin anda akan menemui kesukaran utk memasarkan produk anda. Insyaallah usaha yg berterusan akan memberikan hasil yg baik.

3. Jangan malu. Ingat Shaklee adalah perniagaan. Oleh itu, anda perlu terus melakukan marketing untuk memasarkan produk tanpa rasa malu. Anda peniaga dan semestinya anda perlu melakukan marketing tapi lakukannya dengan beretika. Malu biar bertempat.

4. Sentiasa berfikiran positif. Yes, positif yang anda akan berjaya. Work hard, work smart dan gunakan medium seperti facebook, tweeter, blog dan lain-lain utk memasarkan produk.

5. Agama dan Doa. Ingat setinggi mana pun kita atau seberjaya mana pun kita, kita adalah hambaNya. Teruskan berdoa untuk dipermudahkan jalan kejayaan dan apabila dah berjaya bantulah insan2 seagama kita dengan kekayaan yg kita ada. Bantulah org2 miskin, keluarkan zakat, rakyat palestin, pelarian Rohinya, mualaf dan lain-lain.

Monday 20 May 2013

KATA-KATA DARI USTAZAH SITI NOR BAHYAH

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA..... sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN... sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi.... sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI....

"Dipetik dari facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood"


ADAKAH KITA SUSAH????
Assalamualaikum. Last week saya berkesempatan menonton bersamamu di TV3. Lama rasanya tak tengok rancangan ni. Saya betul2 respect kat makcik ni. Seorang ibu tunggal yg sangat cekal. Bayangkanlah dia menoreh getah, berkebun (pisang) dan melakukan kerja2 lelaki untuk menyara keluarga. Bila kena temuramah aje terus mengalir air mata menceritakan betapa susahnya hidup dia. Kita kena selalu lihat org susah baru kita bersyukur dengan apa yg kita ada. Bak kata makcik nie, Kalau kita ingat kita susah ada lg insan yg lebih susah dari kita. So Alhamdulillah dengan segala rezeki yg telah Allah kurniakan.

Wednesday 15 May 2013

KENAPA PEREMPUAN SUKA MEMBEBEL???

Kenapa org perempuan suka membebel? Ingat tak masa kecik2 dulu kita selalu dengar mak kita membebel. Sebatu dah dengar nama kita kena panggil... Kita tak akan tahu kerana kita tak berada di tempat dia. Nak tahu kita kena buat apa yg mak kita buat.

Saya dah tahu jawapannya. Sebenarnya ibu-ibu kita penat buat kerja rumah. Yes, penat. Kalau tak percaya boleh cuba tapi bukan sehari atau seminggu.... paling sedikit pun mesti sebulan (constant). Saya dah buat dan saya tahu betapa penatnya seorang ibu menguruskan rumah tangganya.

Apa yg saya buat? Okey start dari pagi.

- bangun, kejutkan ank sekolah (susah nak suruh bebudak mandi pagi ni), hantar anak ke sekolah.
- balik basuh baju (baju sekolah dan kasut kena berus tangan dulu sbb selalu kotor), basuh pinggan, sapu lantai, sidai baju, kemas rumah sampai tengah hari (atau bercucuk tanam sikit) then ambik anak sekolah.
- balik dari sekolah beli makanan (sbb saya tak masak), suruh anak makan, mandi, pakai baju dan hantar ke sekolah agama.
- balik kemas balik pinggan mangkuk yg anak makan, sapu sampah dan rehat jap (boleh tido jap).
- bangun, angkat kain, lipat kain, ambik anak dari sekolah agama, bawak g taman mainan.
- balik suruh anak mandi, siap2 g surau smbhyg maghrib.
- balik dari surau ajar anak mengaji sampai isyak then bawak g surau lg utk smyg isyak.
- balik smyg isyak, makan, then ajar anak belajar buku2 sekolah pulak sampai kul 1030.
- Habis sahaja belajar, anak pun tido. So saya akan basuh pinggan, sapu rumah then tido.
- Esok repeat the same thing.

- Itu pun saya tak buat beberapa perkara seperti memasak (3 kali sehari), mandikan baby dan jarang amik ank sekolah (sebab saya kerja). Bila ada kesempatan atau saya outstation isteri saya akan buat sendiri.
Baju sekolah, baju KAFA dan baju kerja saya akan gosok pada hari ahad untuk seminggu (senang sikit). So, saya standby baju dan kasut banyak2.

Bayangkan dulu basuh kain guna tangan, memasak guna kayu, paip air pun takda, ambik anak naik basikal dll. Penat kan? Buat kerja rumah ni tak semudah yg disangka.... Penat sangat. Percayalah.

Kekadang suami bila balik kerja terus membebel kat isteri then cakap penat. Sebenarnya buat kerja rumah lagi penat dari kerja kat pejabat ni. So bertimbang rasalah.

Saya dah buat dan saya akan terus buat utk meringankan bebanan isteri saya. Bab memasak ni saya boleh gak cuma my wife masak berkali-kali ganda sedap dr yg saya masak. So kita bahagi2 la kerja rumah tu.

Okay, Selamat Mencuba.

IMDEX, SINGAPORE

Ni gambar yang saya ambil semasa di IMDEX Asia 2013 di Changi Exhibition Center pada 14 Mei 13. Di sini saya belajar marketing tetapi di skop yang lebih luas. Semua pemain industri pertahanan dari serata dunia ada di sisi. Bersama saya adalah mantan Panglima Tentera Laut iaitu Tan Sri Ramlan. Beginilah business. It's about opportunity, connection, influent and others. Tak kira apa business yg kita lakukan kita kena rajin berusaha. Insyallah kejayaan pasti bersama kita.

Tuesday 7 May 2013


Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi mengenai scams (penipuan). Saje je nak bagi rasa kesedaran kepada semua friend. Dah lama nak kongsi ni tapi tak berkesempatan. Okey begini, lebih kurang 2 bln yg lalu my wife dapat hadiah berjumlah lebih kurang RM 625,000.00 daripada readers digest. Hahaha... teruja kan. Tapi saya tak response. Sebab apa ye.. Sebab saya rasa ini hanya penipuan sahaja kerana:

1. Sebelum surat kedua (pemenang) ini disampaikan saya perlu response surat pertama dahulu baru boleh dipilih sebagai pemenang tapi saya tak response pun surat pertama cmna boleh menang ye.

2. Saya tak langgan pun reader digest kenapa saya pulak yg dipilih.

3. Surat untuk response tu perlu dialamatkan ke tempat yg tak ada nama jalan, nama bangunan. hanya ada peti surat sahaja. Pening la posmen tu nak cari alamat syarikat tu. Kalau kita yg cari lagi pening kot...

so, saya menyimpulkan ini hanya scam semata-mata. so saya tak response. dan harap2 semua friend pun tak response surat2 cmni. Tak rugi apa2 kalau tak dapat tapi kalau kena tipu lagi rugi.

Bagi saya nak berjaya atau nak kaya kena usaha. Tapi kalau pertandingan itu diyakini benarnya tak salah mencuba. Insyallah kejayaan tu ada kalau kita berusaha... Sekadar berkongsi sahaja..