Wednesday 17 February 2016

ISU LAMBAKAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA




DIMANA SILAPNYA? 

Ada beberapa soalan yg kita perlu jawab sebelum kita bercerita panjang mengenai isu nie iaitu:

Soalan: Sanggup tak orang tempatan buat apa yg pekerja asing ni buat (dirty, difficult and dangerous)?
Jawapan: Ada yang sanggup tapi jumlahnya tak ramai terutamanya generasi-generasi muda zaman sekarang.

Soalan: Kenapa tak sanggup?
Jawapan: Pada hemat mereka pendapatan tak setimpal dengan gaji yang diberikan dan dengan gaji yg tidak setimpal itu mereka tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup terutamanya di dalam lanskap ekonomi yg agak mencabar ni (kenaikan harga barangan keperluan, toll, minyak dsbgnya).

Soalan: Kenapa ini berlaku?
Jawapan: Ramai majikan/syarikat yg mementingkan profit berbanding pembangunan modal insan dan kesejahteraan negara. 

Soalan: Kenapa jadi begitu?
Jawapan: Kita diajar selfish dr kecik sampai besar dan kurangnya penerapan nilai2 jati diri. 

Soalan: Kenapa nak bawak lagi pekerja asing sedangkan jumlah mereka sudah terlalu ramai kat Malaysia?
Jawapan: Yang ramai itu masih belum mampu manampung permintaan jumlah pekerja yg ada sebab banyaknya pembukaan cawangan2 baru (seperti kedai mamak), bertambahnya orang yg berumah tangga (suami isteri kerja so kena cari pembantu rumah), pembukaan ladang2 baru, ada je kilang baru yg dibina (tenaga pekerja), pembangunan pusat2 kormesil yg baru (tukang buat rumah/bangunan), pembukaan jalan raya yg baru (buruh kasar) dan semestinya kesemua facility yg disebutkan tadi memerlukan penyelenggaraan (maintenance). 

Soalan: Berapa ramai pekerja asing yg tidak bekerja berbanding rakyak tempatan yg tidak bekerja?
Jawapan: Jauh bezanya terlalu jauh (jabatan buruh kena bagi statistik). Tidak dinafikan ada juga pekerja asing yg tidak bekerja tapi jumlahnya tak ramai sebab nawaitu diorg datang ke malaysia untuk mencari nafkah. Maka jika dilihat dari konteks ini penambaha pekerja asing kat malaysia adalah perlu. 

Soalan: Dimana silapnya apabila perkara ini berlaku?
Jawapan: Silap pada Diri Sendiri, Sistem Pendidikan Nasional dan Polisi2 Kerajaan.

Soalan: Bagaimana nak mengurangkan kebergantungan pekerja asing nie?
Jawapan: Saya ada solusinya tapi biarlah orang gomen yg fikirkan.