Thursday 28 November 2013

UNTUK APA ANDA BEKERJA???

Hari ni saya nak kongsi satu benda yg ramai orang lupa??? Mudah diungkap tapi susah nak dilakukan. Setiap hari kita gi kerja... untuk apa?? untuk duit? untuk besarkan anak2?? untuk nafkah isteri?? untuk bantu negara menjana pendapatan?? untuk orang tua??? untuk beli kereta??? untuk masa depan??? untuk ......apa......???

Ramai orang (tidak semua) meletakkan dunia sebagai objektif dia bekerja. Tapi dia tak sedar yg dia pentingkan dunia.... bagaimana??? Okay begini, apabila bos takda kita curi tulang, makan tak kira masa, sembang berjam2 kat kantin, xbekerja betul-betul, main fb, main game, balik rumah, ponteng kerja, gi shopping, we chat, wassup, kakao talk dan lain2. HALAL kah gaji kita??? 

Bagi saya, apa yg kita dapat adalah rezeki yg haram dan bila kita makan rezeki yg haram, tiada keberkatan dalam hidup kita dan bila takda keberkatan terjadilah rezeki tak cukup2, selalu mengeluh, kereta selalu rosak, duit selalu habis tak tau gi mana, selalu sakit2, suami isteri bergaduh, anak tak tentu hala dan lain2. Tapi benda ni subjektif, kadang2 ujian Allah kadang2 musibah. Anda sorang je yg tau mana satu ujian mana satu musibah. 

Bagi saya, sepatutnya kita bekerja hanya untuk Allah... Kenapa?? sebab bila kita letakkan agama sebagai objektif, maka kita akan sentiasa menjaga batas2 nya. Bagimana tu?? sebab Allah sentiasa ada kat sisi kita. Takda ruang dan peluang kita tidak diperhatikan. Percayalah, setiap benda yg takda keberkatan tu tak da nikmatnya. Bagaimana pula konsep ni?? Okay begini.... saya selau berpesan pada diri saya, 

1. Lena nya tidur tu bukan terletak pada tebalnya tilam tapi pada nyeyaknya tidur (sampai berdengkur). Tidur atas tikar pun boleh berdengkur. Kalau banyak masaalah duit banyak pun tak nyeyak tidur. Makan rasuah lagi tak tenteram. Risau tak tentu pasal. 

2. Enaknya makanan tu, bukan terletak pada mahal harganya tapi pada kepuasannya kita menikmatinya. Makan kat tepi jalan pun sedap jugak. Kalau kaya mana pun tapi diabetis tak guna jugak..

3. Selesanya rumah tu bukan terletak pada luasnya tapi terletak pada tenteramnya rumah tangga. Kalau rumah banglo pun suami isteri tak ceria/selalu gaduh tak guna jugak. Kalau duk rumah pangsa tapi aman je lagi best. 

So, fikir2kanlah..... 

Monday 25 November 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 4

Assalamualaikum... Nak sambung kisah solid food sikit je lagi. Masa cam tak banyak je nak update blog ni.. so hari ni saya nak bagitau apa yg anda perlukan untuk buat solid food. Ni dia...





Tadaaa... Ni lah yg wife saya guna kalau nak buat solid food. Dia beli kat groupon je.. RM 100 kalau tak salah.. Dah masuk baby ketiga baru tau benda ni. So wife pun beli lah... Hehehe.. Nama dia baby bullet... Benda ni cam blender kecik n ada beberapa storage kecik2. So sekali buat tu boleh simpan asing kat dalam botol dia. So boleh cuba benda ni kalau nak.. 

Tuesday 19 November 2013

BELIEVE IN YOURSELF

Assalamualaikum ...

Lama tak coret2 kat sini... Sekarang ni dah keje tempat baru dengan environment yg baru... Kerja dengan Korean dan semestinya org korea nie very hardworking. Apa yg saya nak kongsi adalah untuk tujuan pembacaan semata-mata.

Okay dulu masa saya nak beralih kerja daripada gomen ke swasta bermacam-macam benda yg saya timbangkan. Yelah saya ada wife, anak2 dan orang tua. Masa tu gaji dah stable. kerja dan masa depan pun dah ok (gomen la katakan). Tapi saya nak pergi lebih jauh, nak terokai bidang yg lain tapi dlm gomen ni peluang tu sangat limited

So saya nekad je, wife pun support. Ramai yg tanya betul ke saya nak berhenti. Bos saya tahan satu bulan borang berhenti sebab dia tak nak saya berhenti. Ketua jurutera TLDM pun interview saya dan terkejut saya nak berhenti. Ramai yg shock sebab saya berhenti... Hehehe... Ramai yg speculate saya ada kerja yg lagi best, dapat offer yg bagus dll. Tapi pada hakikatnya saya berhenti without any plan.. Xda offer, xda perancangan yg khusus dll. Yg ada hanya semangat saya utk berjaya. Tapi saya teruskan jugak.

Saya yakin dengan pengetahuan dan semangat yg saya miliki saya boleh realisasikan impian saya. So mula2, saya tolong wife buat Shaklee... saya nak buat business so kena belajar selok belok business dulu... dan benda ni mula2 memang rasa janggal dan malu sikit tapi lama kelamaan saya mula berminat dengan business ni... sebab kat sini saya make a lot of friends so saya teruskan buat sementara waktu je. Saje nak cari ilmu berniaga...

Lepas habis cuti saya wajib pergi kursus peralihan (dlm tentera ni dia nak suruh gi gak kursus ni - wajib). So saya kerja dengan ex ketua jurutera saya. Alhamdulillah, banyak yg saya belajar dalam business. Right place for me to start my carrier. Kat sini saya kenal ramai orang yg berjawatan tinggi. Dan semestinya ada 5 ke 6 company nak amik saya kerja dengan diorg dengan gaji yg lebih tinggi. Tapi saya tolak sebab saya rasa Opportunity saya kat company ni lebih baik.  

Masa mula2 kerja, jujur saya katakan gaji saya lebih rendah dari yg TLDM bagi. Ikut logik xda orang yg nak buat cm yg saya buat. Tapi saya tak berhenti dan teruskan jugak sebab saya yakin peluang kat syarikat ni sangat luas. Dan akhirnya terbukti sekarang. Saya dapat handle project dengan korean dan gaji pun dah tinggi. Dalam masa kurang 6 bulan je saya dpat gaji 5 angka dan company pulak dapat total kontrak 8 angka. 

Kalau saya terus dalam gomen, ia akan mengambil masa sekurang2nya 15 tahun lagi untuk saya pakai gaji cm sekarang. Itupun kalau naik pangkat cepat. Bagi saya tak salah kalau nak kerja dengan gomen sebab ia satu karier yg stabil tapi kekadang diri mendesak untuk lebih maju dengan lebih cepat. Tapi kalau kwn2 nak wat cam saya ni kena fikir panjang2. Kenali diri dan lihat peluang sedalam2nya. 

Sekarang ni saya dah slow dengan shaklee sebab concentrate dengan karier. So tinggal lah wife saya sorang2. Saya yakin wife saya pun akan dapat gaji 5 angka tahun hadapan melihatkan perkembangan business dia sekarang. Insyaallah. Dan kat sini saya nak bagitau, Tak semestinya orang yg tak gengam ijazah tu tak boleh berjaya. Semua orang boleh maju dan berjaya, yg penting diri sendiri je. Dan saya percaya satu hari nanti salary wife saya akan lebih tinggi dari saya yg kerja secara professional ni (sebab dia buat business Shaklee dan tak terikat dengan sape2).

Upline saya dah sama gajinya dengan CEO CIMB (nak tahu berapa cuba check gaji dia). Bukan orang ternama pun hanya orang biasa2 je. Orang melayu, islam, dan orang kampung jua asalnya. So what the reason untuk anda tak berjaya. Kerajaan tak adil?? kroni?? pilih kasih??? modal takda?? tak da peluang??? orang kampung?? orang melayu??? tak da pelajaran tinggi?? apa lagi alasan yg anda nak bagi???  Ramai yg cari alasan untuk terus berdiam tanpa berusaha dan semestinya kita lebih suka menyalahkan orang lain atas kegagalan hidup kita.... Easy way to escape. So fikir2 kan lah. 

Yes betul, duit bukan segala2nya tapi duit juga boleh jadi pemangkin untuk kita masuk ke syurga (kalau guna dengan betul). Dengan duit kita boleh bersedekah dengan lebih banyak, lebih kerap gi ke mekah, buat makan2, bantu sedara2 mana yg patut dan berzakat.