Monday 26 August 2013

IDEA BUSINESS NO 3 - TANAH KUBUR

Assalamualaikum pembaca sekelian. Hari saya nak terangkan mengenai satu lagi idea business saya. Benda ni pun dah lama saya fikirkan tapi tak dapat nak dilaksanakan atas faktor yg sama iaitu masa dan money. So saya share sahaja kat blog ni supaya.... mana tahu anda ada kwn2 yg nak atau boleh buat benda ni..

Okay begini, idea ni timbul selepasa saya tengok kubur2 swasta yg dikendalikan oleh org2 cina kat Malaysia. Saya terfikir kenapa org islam tak buat cmni. Tapi saya tahu jawapannya iaitu kita ada tanah wakaf dan tanah perkuburan islam. Tapi persoalannya, adakah lagi 10 tahun tanah2 wakaf/tanah perkuburan islam ni mencukupi?? Insya Allah masih cukup... 

Okay persoalan lain pulak... berapa kerap kita menziarahi pusara kaum kerabat kita.. Secara pukul rata saya menjangkakan hanya 2 kali setahun iaitu semasa hari raya korban dan hari raya aidil fitri. Mayb ada yg lebih tapi KEBANYAKAN nya 2 kali je. Kenapa benda ni berlaku??? bukan kah kita digalakkan mengigati mati?? so apa lagi tempat yg paling sesuai kita untuk mengigati mati?? Bukankah jawapannya tanah kubur..

Tapi amat malang sekali..... Kebanyakkan (tidak semua) tanah kubur org islam tidak terurus... Melalui pengalaman saya sendiri, kubur arwah ibu saya berada jauh di dalam hutan (sebab kat situ lah tanah perkuburan islam)... dan agak semak.. Secara jujur nya saya agak takut nak g melawat sorang2 (seram gak)... kalau g pun 2 kali je setahun... Kenapa benda ni berlaku??? so anda yg bagi jawapan...

Ni idea saya... kita beli satu bukit. Kenapa bukit??? tiru kaum cina ke?? bukan2... kalau kita beli bukit lebih banyak kubur yg boleh dibina kerana strukturnya yg membukit la. Kalau tanah lapang tak beberapa luas... Dlm islam TIDAK ADA konsep lebih tinggi kubur tu lebih dekat dengan tuhan. TAK ADA. Andai kata satu bukit yg kita beli harganya RM 5juta. Then kita buat teres, bina centre yg mengandungi kantin, surau, rumah mandikan jenazah, rumah rehat, taman permainan, parking, pasang spotlight dll. Andai kata kos nya pun dlm RM 5juta jugak. 

Kita bina tanah kubur yg cantik. tak semak, teratur, ada guard, ada parking dan segala macam kemudahan. Tapi setiap tapak kubur tu kita wat sama je dari segi luas, batu nisan, dll (supaya cantik mata memandang). Setiap tapak kita charge kan RM 10k satu (percayalah akan ada org yg nak).. Andaikata satu bukit kita dapat 2000 tapak maka keuntungan kita RM 20juta (RM 10K X 2000 tapak). So tolak modal 10 juta masih ada 10 juta. 10 juta nilah yg akan digunakan utk penyelenggaraan, bayar guard, bil air, elektrik dsbgnya. Disamping tu boleh cas rm 10 ringgit setiap kubur sebulan untuk maintenance sebab nak maintain kubur ni sepanjang hayat. 10 juta tu akan habis lama kelamaan. So untuk maintenance akan dapat RM 20k sebulan (2000 tapak x RM 10). charge penyelenggaraan ni hanya start bila tapak kubur tu digunakan. Sebelum tu hanya bayar tapak sahaja (RM 10K).

Benda ni baru dan tak ada org buat lagi... so akan ada perdebatan. Myb ramai yg akan kata mati pun nak buat business. Tapi konsep saya bukan business semata-mata tapi lebih kepada kemudahan dan penyelenggaraan. Yela nak beli tanah, nak wat kemudahan dan maintenance memerlukan duit.... Sebenarnya sekarang ni pun dah ada konsep ni sikit2 sebab bila org gali kubur kita bagi upah gak, beli kain kapan bayar gak, beli batu nisan pun bayar  dll.. Tapi percayalah ada kebaikan disebaliknya seperti kubur nampak cantik dan teratur, nak melawat senang, org pun selalu datang (mudah-mudahan dapat memberi keinsafan). Bila ada kematian terhadap org yg dah beli tapak kubur tu, ada satu tim yg akan bantu menguruskan jenazah dari segi mandikan, kafan, tahlil, dll sambil dibantu ahli kariah kawasan tu. Package lengkap. Secara tak langsung dapat menjana ekonomi org islam seperti tukang buat buat nisan, penggali kubur, jaga, penjual makanan kat kantin dll.

Saya nak jadikan kubur tu sebagai salah satu tempat yg kita selalu lawat... ingat mati, ingat mak bapa kita, ingat tok dan tok wan kita.... biar anak cucu kita kenal mereka... so camna??? ada berani tak??? Kalau anda rasa idea ni ok atau ada kwn2 yg mungkin berminat boleh cuba.... nak sembang lebih lanjut boleh calling saya.. saya bg idea je.... myb tak sesuai myb sesuai... anda putuskan... Tapi kalau ada org yg buat saya nak tempah 5 tapak utk saya, isteri dan anak2. 

Friday 23 August 2013

BREAST KANAN NASI, BREAST KIRI AIR - MITOS ATAU FAKTA?


Masa anak yg pertama dahulu saya selalu dengar org2 tua cakap BREAST KANAN= 
NASI, BREAST KIRI=AIR. Ibu2 mesti selalu dengar benda ni kan. So diorang selalu suruh bb menyusu kedua2 belah (tak perlu sampai kering yg sebelah tu). Mmmm konpius ni? Betul ke penyataan tu atau sekadar MITOS semata-mata??? Okay, kali ni saya akan kupas melalui pembacaan saya dengan fakta2 sains. 

Untuk pengatahuan ibu2 sebenarnya kandungan kedua2 belah breast ADALAH SAMA.... Hahahha maknanya takda nasi dan air nya. Tapi jangan perlekehkan dahulu MITOS ni kerana tentu ada sebab MITOS ni tersebar. Sebab org2 tua ni kadang2 bercakap berkias2. Cuma kita kena pandai mencari makna yg tersirat...



Andaikata MITOS ni benar tentu penat wife saya nak melebel botol susu.... Hahahah... kena lebel nasi dan air... Bagi makan nasi then minum air... Selalunya benda ni kita dengar dari orang2 tua je. Yg moden ni dah faham fakta2 nya. Wife saya bila menyusu dia akan susukan bb sebelah sahaja sampai kering then baru tukar... 

Kalau bb dah kenyang bila menyusu sebelah sahaja camna? 

Hahaha... ni yg ibu2 KENA FAHAM konsep mengepam... Bila bb dah kenyang sebelah sahaja ibu2 perlu keluarkan pam dan mulakan sesi mengepam. Hehehe... susu tu tak akan berpindah ke breast yg kosong tu... Kalau bb minum sikit pun, bila ada balance kena pam. kalau tak dia akan membengkak. Wife saya kata sakit. Tahlah saya tak rasa.. Sakit la kot.. Okay jom kita buat ujian susu. Perasan tak bila ibu2 pam susu, letak dalam botol dia akan ada 2 lapisan. 1 lapisan yg agak cair dan 1 lagi agak pekat. Kenapa jadi cmtu? 

Susu yang cair tu adalah susu yang dihasilkan pada bahagian awal atau nama glamournya FOREMILK. Dalam foremilk kandungan lemaknya adalah rendah. Nilah yg orang2 tua panggil sebagai AIR. Susu yang pekat pula adalah susu yang terhasil di akhir penyusuan atau nama glamournya HINDMILK. Kandungan lemaknya adalah tinggi. So org2 tua panggilnya NASI. Myb ni la asal usulnya nasi dan air tu kot. Hehehe... 

Ingat ye perubahan foremilk ke hindmilk ni berlaku di breast yg sama. Persoalannya bila foremilk ni akan bertukar kepada hindmilk???? Jawab2...

Sebenarnya amat sukar untuk ditentukan bila perubahan itu berlaku sebab ia berlaku secara drastik dan tempoh perubahan bagi seorang individu adalah berbeza. Oleh itu, bila ibu2 menyusukan bb, pastikan bb menyusu sampai kering then kalau dia nak lagi baru tukar ke sebelah lagi. Melalui kaedah ni baru bb tu akan dapat foremilk dan hindmilk. Kalau tak kering mulakan sesi mengepam... Nak tahu teknik mengepam baca entry saya sebelum ni ye... 

Satu lagi soalan.... Kenapa ada 2 jenis susu yg berbeza dalam breast yg sama??? Mmmmm.... Sape boleh jawab???

Okay saya jawab. Begini semasa susu dihasilkan ia akan melalui alveoli (milk producing cells). Tapi bila nak lalu alveoli kebanyakkan lemak akan melekat kat belakang alveoli ni.. sebab lemak ni melekit2. So, oleh kerana dia 'sembunyi' kat belakang, tu la sebab namanya hind (sembunyi). Susu yg dah lepas tu kita panggil fore (hadapan). Susu ni boleh lepas sebab kandungan lemaknya rendah (kurang melekit). 

Apa pentingnya kita tahu benda ni?... Okay begini ye... lebih lama ibu2 simpan susu (tak bg bb minum atau tak pam) lebih banyak foremilk dihasilkan. Susu ni dia akan sentiasa dihasilkan (secara semulajadi). Makin lama makin banyak foremilk. Bila bb minum nanti dia dah kenyang (kenyang dengan foremilk sahaja) so dia tak dapat la hindmilk ni. INGAT ye bb perlu kedua-dua jenis susu ni sebab masing2 ada tugas dan fungsi yg berbeza. 

Lagi soalan... Apa pentingnya foremilk dan hindmilk ni???

Dalam FOREMILK ia mengandungi kandungan laktosa yg tinggi untuk tenaga, menghilangkan dahaga dan perkembangan otak bayi manakala HINDMILK untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. Begitu lah adanya... So betul gak konsep orang tua2 ni air dan nasi kerana air menghilangkan dahaga dan nasi untuk kenyang.. cuma interpretation nya agak lari sikit... 

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini ye. http://kellymom.com/bf/got-milk/basics/foremilk-hindmilk/

Satu lagi fakta yg ibu2 kena tahu... iaitu.... LEBIH SIKIT ibu2 ada susu badan, LEBIH TINGGI kandungan lemak yg ada dalam susu tu. 

Okay... dah kot untuk hari ni... sambung lagi nanti ye... Assalamualaikum...

Thursday 22 August 2013

IDEA BUSINESS NO 2 - EXTRA SPACE



Assalamualaikum.. Pernah nampak lambang nie tak? Secara konsepnya saya telah memikirkan idea business ni myb dalam 15 tahun yg lepas kot. Extra space adalah satu company yg menyediakan tempat untuk anda simpan barang2 yg tak pakai tapi tak nak dibuang (cmtu lebih kurang). Kekadang org suka beli barang tapi sayang nak buang barang yg lama. So makin lama rumah/pejabat dah sendat end up nilah tempat anda boleh simpan. 

Extra space ni sebenarnya dah lama bertapak di muka bumi ni tapi kalau tak salah saya 2 tahun lepas baru wujud/glamour di Malaysia. Cmna idea business saya boleh timbul yg sama je cm extra space ni???? Okay begini, masa saya belajar dahulu kalau ada cuti panjang sahaja mesti nak balik kampung. Tapi masa tu naik bas je, xda kereta lagi. Kadang2 saya sampai awal kat puduraya tu, sebab nak shopping dulu brg2 kat family. 

Masalahnya beg yg nak bawak balik kpg ni banyak, nak usung berat pulak so saya simpan kat tempat simpan beg kat puduraya tu... Haaaa kat situ lah timbul idea business ni.. Saya terfikir masa tu, myb this kind of thing boleh dibuat business tapi dalam scale yg lebih besar.... Begini sediakan satu warehouse, buat bilik kecik2 than sewakan. Sewa harian, sewa mingguan, sewa bulanan atau tahunan. Kat US benda ni dah banyak org buat.

Selain daripada tempat simpan barang anda boleh juga sewakan kepada org2 yg nak renovate rumah. Yelah masa tu kan rumah bersepah dan tak beberapa selamat so mereka2 ni boleh simpan semantara kat tempat tu. Atau boleh sewa juga kepada office yg nak berpindah. Dari tempat lama ke tempat baru (tempat baru tu nak renovate dulu ke). Ada lagi, anda juga boleh sediakan perkhidmatan pindah barang dari rumah/pejabat ke warehouse tu. So pelanggan tak perlu cari lori sewa..... Untung tak? sebenarnya untung sangat2 sebab extra space ni dah ada cawangan kat banyak negara... Kenapa saya tak buat?? ada 2 sebab, yg pertama masa dan yg kedua kewangan... 

Tapi benda ni masih baru kat Malaysia, persaingan masih tak banyak.. so kalau anda ada kawan2 yg nak buat silakan... dan kalau anda rasa idea business ni ok, apa kata anda share dengan kawan2 anda. Mana tahu ada yg berminat. dapat pahala. Alhamdulillah... Ada lg idea business yg saya nak kongsi... nanti saya sambung lagi.. 

Tuesday 20 August 2013

PINJAM TAK PERLU BAYAR - PART 2

Assalamualaikum pembaca sekelian... Maaf lama tak update.. sibuk menguruskan kenduri aqiqah dan hari raya.. Hahahaha.... Okay hari ni saya berkesempatan utk update mengenai post saya yg terdahulu... 

Apa yg tricky di pinjaman MBSB... Yg ni saya pernah buat so apa yg saya kongsi adalah hasil daripada pengalaman sendiri... Apabila kita buat pinjaman MBSB (andai kata 200K) kita tidak akan dapat penuh sebab MBSB akan potong sikit untuk urusan pentadbiran (mana2 bank pun sama dont worry). Tapi tak banyak la dalam 3-4K kot (saya dah tak ingat). 

Selain tu, MBSB juga akan langsaikan salah satu hutang anda. Kenapa? sebab MBSB tak nak anda hutang keliling pinggang. Yg ni saya sangat2 setuju sebab kalau anda pinjam di banyak tempat anda lagi rugi jika mengambil kira interest. So lebih baik anda pinjam dan langsaikan beberapa hutang yg kecil2 ni. Tapi kalau takda hutang lagi best..

Masa saya pinjam hari tu, saya langsaikan hutang kereta so saya hanya tinggal hutang MBSB dan hutang rumah sahaja. Tapi saya pinjam MBSB ni utk beli rumah ketiga dan bukan nak simpan ke KPF. So kalau anda nak pinjam anda kena take into consideration this fact.

Lebih mudah kalau anda ada duit simpanan dan masukan terus ke KPF. Sikit2 lama2 banyak la. Insya Allah.. Saya sekeluarga rasa dah nak sampai maksimum... Sekarang ni nak buat surat ke KPF utk membenarkan tambahan syer lebih daripada 250K. So kalau anda pun dah sampai maksimum jom kita pakat2 tulis surat ke KPF supaya membenarkan tambahan syer. Sebab, kalau 250K boleh dapat dividen RM 41K setahun maka 500K boleh dapat 82K setahun. Lebih kurang 6.8K sebulan.... 

Tu je kot post saya kali ni. Saya secara peribadi menyarankan sangat2 kalau anda menyimpan di KPF. Selamat dan dijamin oleh kerajaan. Selain dari KPF ada satu lagi koperasi yg cemerlang di Malaysia ni... Yg ni pun tempat saya menyimpan duit gak... Apa dia? Nak tahu? sambung lain kali ye... bagi suspen sikit...


Tuesday 13 August 2013

PINJAM TAK PERLU BAYAR - PART I



Assalamualaikum pembaca sekalian. Dah lama sangat saya nak kongsi ilmu pengetahuan ni. Kalau anda bukan peneroka atau anak peneroka pun tak pa. Boleh baca. Mana tahu satu hari nanti anda bermenantukan anak peneroka atau kawin dengan anak peneroka (cam saya) so maklumat ni sangat berguna. Dulu saya nak share tapi saya takda fakta2 yg kukuh so saya silent seketika. Tapi sekarang ni dah ada so saya share dengan pembaca sekelian....

Ok, saya mulakan dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Tahu tak bahawa felda ni ada koperasi sendiri yg dinamakan KPF. Maksud koperasi ni adalah ahli2nya simpan duit kat situ kemudian pihak pengurusan guna duit yg disimpan tu untuk buat business. Nanti bila dapat untung di bahagi2kan mengikut kadar simpanan. Lebih kurang camtu lah bunyinya. Kalau rugi? duit simpanan tetap ada tapi dividen sikitla (ni yg untungnya KPF, rugi pun dapat dividen). 

KPF ni adalah tempat saya simpan duit simpanan, sebabnya mengikut rekod2 terdahulu KPF antara koperasi yg memberikan dividen tertinggi kepada ahli2nya. Berapa ye? Okay, pada tahun 2012 dividen KPF adalah sebanyak 10% manakala bonusnya 6.5% menjadikan jumlah keseluruham 16.5% selain itu duit simpanan kita telah ditolah zakat wang simpanan (2.5%). Banyak tu, lebih kurang 19 % (10+6.5+2.5). Ni konsep seperti yg dibuat oleh tabung haji. Sebab tu kalau simpan duit kat tabung haji tak perlu bayar zakat. Tabung Haji dah zakatkan duit simpanan kita. 

Okay berbalik mengenai KPF. Camna kita nak pinjam duit, tak nak bayar tapi SAH disisi undang2. Okay baru nak mula ni. Mula2 anda kena cari duit untuk dimasukkan ke dalam KPF. Anda boleh keluarkan simpanan dari akaun yg lain atau buat pinjaman peribadi. Haaaa Pinjam lagi. Mana nak pinjam? JANGAN CARI ALONG. Pinjam tempat yg sah. Untuk orang gomen saya SANGAT2 mengalakkan pinjam kat Malaysia Building Society Berhad - MBSB (anak syarikat KWSP). Kenapa? Sebab yg ni kerajaan punya maaa..... Atau boleh jugak buat pinjaman peribadi kat bank (untuk bukan gomen). Sebab apa pinjam kat bank??? sebab interestnya cuma 3-4%. Masih untung sebab 19% (dividen) - 4% (interest) masih ada 15% untung.... 

Cmna nak buat pinjaman MBSB? Senang aje, cari agen atau layari www.mbsb.com.my. 

NOTA: Pinjaman MBSB adalah untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat yang ada potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), ataupun Government Linked Company (GLC) seperti TNB, TM, Universiti, Pos Malaysia, SYABAS, PUAS, Risda, MAB (Malaysia Airport Berhad), Puncak Niaga, dan lain-lain. 

16.5% dividen bermakna...... kalau anda ada RM250K (maksimum) kat dalam KPF anda akan dapat RM41,250K setahun atau RM3,437.50 sebulan.... Goyang kaki sahaja dapat duit.... Zakat tak payah bayar ye sebab dah ditolak siap2 (maksudnya anda dah bayar zakat secara automatik). So apa nak buat dengan RM3,437.50 ni... Ambil RM1,400 dan bayar pinjaman peribadi tadi.... Lebih tu pandai2 la anda menguruskannya.. Tapi benda2 camni MESTI DISIPLIN. Jangan nanti dapat dividen anda tukar kereta la, tukar perabut la, tukar isteri la, dll..... 

Okay satu lagi peringatan.... untuk tahun pertama anda masih takda dividen... so kena ada sedikit duit untuk bayar installment untuk tahun pertama sahaja atau anda boleh buat pinjaman peribadi dan bila dapat duit ketepikan sedikit untuk bayar installment tahun pertama (lump sum)...

Tapi pinjaman MBSB ni ada tricky sikit.... Nak tahu? esok saya sambung ye.....

Monday 12 August 2013

WELCOME BACK

Assalamualikum dan selamat hari raya...

lama xupdate blog. Maklumlah cuti raya. Blog pun cuti gak.... Rasanya masih ramai yg bercuti sebab sekolah cuti semester. Yg akan pulang ke kota saya nasihatkan agar berhati2 di jalan raya. take your time, dont rush and be happy bila memandu.

Sesekali apabila memandu saya selalu perhatikan di lorong kecemasan. Kebanyakkan (tidak semua) kenderaan yg menyalahgunakan lorong kecemasan adalah yg memandu kenderaan  mewah. Betul kata orang, first class car tapi third class minda. Nanti kalau anda tersangkut kat dalam jem cuba2 lihat kat lorong kecemasan tu. Okay la myb diorang ni sentiasa sibuk. Nak kejar masa sangat kot atau myb PM panggil beraya kat rumah. Fikir yg baik2 sahaja lah. 

Saya alhamdulillah.... dah selamat sampai ke Putrajaya pun. Hari ni dah start kerja. So cam biasa start lah semula mengupdate blog. Macam mana saya boleh terjebak dengan dunia blogger ni? Kalau tanya saya, saya pun tak tahu macam mana saya boleh berminat untuk menulis kat blog ni. Asalnya saya hanya buat blog khas untuk mempromosikan produk shaklee semata-mata. Tapi disamping tu saya selitkan kisah2 mengenai dunia perniagaan, penyusuan, hal ehwal wanita (lelaki ni malas membaca terutamanya blog) dan sebagainya...

Lama kelamaan ramai pembaca yg PM atau sms dan berterima kasih kepada saya atas maklumat yg saya kongsikan. Bermula dari situlah saya semakin bersemangat untuk meneruskan penulisan di dalam blog ni. Moga2 apa yg saya sampaikan dapat dijadikan panduan kepada pembaca sekalian dan saya beroleh sedikit pahala daripada Allah SWT. Insya Allah. 

Friday 2 August 2013

IDEA BUSINESS NO 1 - KEDAI RUNCIT ONLINE


Semalam saya upload gambar ni kat dalam facebook. Ramai yg berminat nak tahu idea saya. Idea ni tercetus 2 tahun dahulu lagi. Tapi saya tak da masa dan atas faktor komitmen kerja saya tak teruskan. So hari ni saya nak berkongsi idea ni. Mana tahu satu hari nanti anda atau kwn2 anda nk buat business ni. Okay begini idea saya...

Nama business yg saya nak buat ni adalah kedai runcit online. Maksudnya anda buat satu lamanweb/blog then publish semua jenis barang2 runcit siap dengan harga. Gambar dan harga anda boleh cari kat internet atau g pasaraya dan catatkan harganya. Pas dah puas hati dengan lamanweb/blog yg anda cipta tu anda kena marketingkan blog anda. Senang je, buat flyers/risalah atau promote kat fb. Mula2 memang slow sikit tapi bila org dah tahu insyaallah akan maju. 

Modal.... Tak da (atau sangat sedkit) modal sebenarnya business ni. Menarik kan. Kenapa tak da modal??? cmni... Buat blog free je. Promote kat fb pun free je... mybe nak buat flyers/risalah jelah nak kena keluar sikit. Kedai??? kedai tak da. sebab tu nama dia kedai runcit online...

So barang nak amik mana??? Nak beli barang cmna??? Haaa... ni yg nak g tau ni. Mula2 orang baca laman web/blog anda. Pastu dia shooping online then dia buat payment dahulu (bank transfer/kad kredit). Duit ni yg anda guna beli barang. Barang pulak amik kat pasaraya yg anda dah survey harga dia (harga kene sentiasa berubah ikut harga pasaraya pilihan anda dan MESTI sama dengan yg anda publish kat blog). Then you go to shopping, sent barang, bagi resit kat customer (WAJIB BAGI). DONE.. Siap. 

Kat mana untung anda.... Mmmmmm..... saya rasa camni, untuk setiap pembelian:

a. RM 100 dan ke bawah upah RM 15.00
b. RM 100.10 sehingga RM 200 upah RM 20.00
c. Dan seterusnya... Biar reasonable....

Nak berjaya dalam business ni mesti JUJUR, PERAMAH, MENEPATI JANJI, DISPLIN, DLL (kira semua nilai2 murni dalam islam lah). Business ni hanya akan berjaya bila anda ada sifat2 ni. Customer untung jugak sebab tak perlu jem, bayar parking, bayar tol, jimat masa, yg ada anak kecik tu tak yah susah2 nak shopping, jimat tenaga (cari barang keperluan) dll. 

Order cmna??? kumpulkan order dulu... maksudnya anda bagi time untuk close order contohnya order terakhir pukul 2 petang (sebab boleh bantu isteri amik anak sek dulu). Bila dah sent anak, tengok order then gi shopping.... habis shopping buat delivery. Sent terus ke pejabat customer. (naik moto je tak jem). Motor tu modified sikit (letak bakul kat belakang, kiri dan kanan). 

Kalau order banyak cmna??? upah orang.. kembangkan business. kalau dah maju sangat boleh pakai lori.... tapi time management mesti pandai. ketahui masa2 jln jem dsbnya. Bila dah makin banyak yg order, anda standby pekerja kat pasaraya. Order masuk je terus passs order kat pekerja anda. Nnti anda datang xyah shopping lagi. Terus load brg sahaja....

Bila dah maju lagi... baru simpan stok kat rumah atau gudang.... Pelahan2. Okay selain dari keuntungan dari segi upah tu anda boleh dapat untung dr laman web/blog anda. Bila laman web/blog anda popular akan ada je syarikat yg jual brg runcit nak iklankan produk mereka kat situ (cm mudah.com.my). so dapat duit lagi.... Okay that all. sape nak cuba business ni boleh try.. saya rasa ok dan tak berisiko... Atau mungkin satu hari nanti ada org yg mulakan. Kita tunggu dan lihat satu hari nanti.... Okay habis. Kita kongsi2 sedikit ilmu yg ada. Selamat berniaga...

Mohon anda share blog ni kat wall fb masing2 kalau anda rasa idea ni ok.

Thursday 1 August 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 3 - HALAL




Okay RULE NO 3 - HALAL. Yg ni yg paling utama dan terpenting. Segala2nya bermula dari sini. Bila ada orang mempromosikan sesuatu barang kat anda (yg berkaitan la), minta dia tunjukkan (gambar pun jadilah) sijil halal atau logo halal. Tak kirala barang tu makjun ke, vitamin ke, ubat ke, minuman ke, makanan ke, apa2 saja yg berkaitan. Pastikan anda makan atau menjual benda yg halal SAHAJA. WAJIB.

Lain negara lain simbol halalnya. Tak kisah lah yg penting kalau produk tu dari oversea pastikan ada pengesahan halal ni. Pengesahan pula mestilah daripada badan yg diiktiraf. Bukan sesuka hati cop sahaja. Shaklee ada sijil halal (seperti gambar di atas) dan sebab tu lah saya confidence makan walaupun ia dari USA. Kalau dah dapat dari badan islam yg diiktiraf kat oversea tu tak perlu la utk dapat sijil halal JAKIM lagi (nak amik pun boleh).

Ada juga beberapa produk dari oversea yg dibawa masuk ke Malaysia tak da simbol halal atau sijil halal. Tapi barang tu halal. So cmna? Kalau anda ada syarikat, anda kena dapatkan sijil halal dari JAKIM (bila ada sijil ni baru senang nak dipasarkan). Kalau anda distributor, paksa company tu dapatkan sijil halal tu. Kalau company tu taknak? ANDA JANGAN JADI DISTRIBUTOR PRODUK TU. ADA BENDA YG LEBIH PENTING DARI DUIT. 

Kes2 yg cmni biasanya orang buat rebranding. Maksudnya dia jumpa satu produk (diyakini halal) yg bagus kat over so dia invest dan bawak masuk ke pasaran Malaysia. Kalau dia guna nama asing mungkin agak susah sikit. So untuk menarik perhatian pengguna Malaysia dia guna nama yg lebih ke Malaysian. Tapi ingat, apa2 pun HALAL TETAP DIUTAMAKAN.

Okay, selamat berniaga...