Friday 2 August 2013

IDEA BUSINESS NO 1 - KEDAI RUNCIT ONLINE


Semalam saya upload gambar ni kat dalam facebook. Ramai yg berminat nak tahu idea saya. Idea ni tercetus 2 tahun dahulu lagi. Tapi saya tak da masa dan atas faktor komitmen kerja saya tak teruskan. So hari ni saya nak berkongsi idea ni. Mana tahu satu hari nanti anda atau kwn2 anda nk buat business ni. Okay begini idea saya...

Nama business yg saya nak buat ni adalah kedai runcit online. Maksudnya anda buat satu lamanweb/blog then publish semua jenis barang2 runcit siap dengan harga. Gambar dan harga anda boleh cari kat internet atau g pasaraya dan catatkan harganya. Pas dah puas hati dengan lamanweb/blog yg anda cipta tu anda kena marketingkan blog anda. Senang je, buat flyers/risalah atau promote kat fb. Mula2 memang slow sikit tapi bila org dah tahu insyaallah akan maju. 

Modal.... Tak da (atau sangat sedkit) modal sebenarnya business ni. Menarik kan. Kenapa tak da modal??? cmni... Buat blog free je. Promote kat fb pun free je... mybe nak buat flyers/risalah jelah nak kena keluar sikit. Kedai??? kedai tak da. sebab tu nama dia kedai runcit online...

So barang nak amik mana??? Nak beli barang cmna??? Haaa... ni yg nak g tau ni. Mula2 orang baca laman web/blog anda. Pastu dia shooping online then dia buat payment dahulu (bank transfer/kad kredit). Duit ni yg anda guna beli barang. Barang pulak amik kat pasaraya yg anda dah survey harga dia (harga kene sentiasa berubah ikut harga pasaraya pilihan anda dan MESTI sama dengan yg anda publish kat blog). Then you go to shopping, sent barang, bagi resit kat customer (WAJIB BAGI). DONE.. Siap. 

Kat mana untung anda.... Mmmmmm..... saya rasa camni, untuk setiap pembelian:

a. RM 100 dan ke bawah upah RM 15.00
b. RM 100.10 sehingga RM 200 upah RM 20.00
c. Dan seterusnya... Biar reasonable....

Nak berjaya dalam business ni mesti JUJUR, PERAMAH, MENEPATI JANJI, DISPLIN, DLL (kira semua nilai2 murni dalam islam lah). Business ni hanya akan berjaya bila anda ada sifat2 ni. Customer untung jugak sebab tak perlu jem, bayar parking, bayar tol, jimat masa, yg ada anak kecik tu tak yah susah2 nak shopping, jimat tenaga (cari barang keperluan) dll. 

Order cmna??? kumpulkan order dulu... maksudnya anda bagi time untuk close order contohnya order terakhir pukul 2 petang (sebab boleh bantu isteri amik anak sek dulu). Bila dah sent anak, tengok order then gi shopping.... habis shopping buat delivery. Sent terus ke pejabat customer. (naik moto je tak jem). Motor tu modified sikit (letak bakul kat belakang, kiri dan kanan). 

Kalau order banyak cmna??? upah orang.. kembangkan business. kalau dah maju sangat boleh pakai lori.... tapi time management mesti pandai. ketahui masa2 jln jem dsbnya. Bila dah makin banyak yg order, anda standby pekerja kat pasaraya. Order masuk je terus passs order kat pekerja anda. Nnti anda datang xyah shopping lagi. Terus load brg sahaja....

Bila dah maju lagi... baru simpan stok kat rumah atau gudang.... Pelahan2. Okay selain dari keuntungan dari segi upah tu anda boleh dapat untung dr laman web/blog anda. Bila laman web/blog anda popular akan ada je syarikat yg jual brg runcit nak iklankan produk mereka kat situ (cm mudah.com.my). so dapat duit lagi.... Okay that all. sape nak cuba business ni boleh try.. saya rasa ok dan tak berisiko... Atau mungkin satu hari nanti ada org yg mulakan. Kita tunggu dan lihat satu hari nanti.... Okay habis. Kita kongsi2 sedikit ilmu yg ada. Selamat berniaga...

Mohon anda share blog ni kat wall fb masing2 kalau anda rasa idea ni ok.

2 comments:

  1. Saya nak jemput saudara azman untuk buat kedai runcit online. Saudara azman boleh layari bangibangiperdana.com atau kedairuncitonline.com

    ReplyDelete
  2. Saya nak jemput saudara azman untuk buat kedai runcit online. Saudara azman boleh layari bangibangiperdana.com atau kedairuncitonline.com

    ReplyDelete