Monday 12 August 2013

WELCOME BACK

Assalamualikum dan selamat hari raya...

lama xupdate blog. Maklumlah cuti raya. Blog pun cuti gak.... Rasanya masih ramai yg bercuti sebab sekolah cuti semester. Yg akan pulang ke kota saya nasihatkan agar berhati2 di jalan raya. take your time, dont rush and be happy bila memandu.

Sesekali apabila memandu saya selalu perhatikan di lorong kecemasan. Kebanyakkan (tidak semua) kenderaan yg menyalahgunakan lorong kecemasan adalah yg memandu kenderaan  mewah. Betul kata orang, first class car tapi third class minda. Nanti kalau anda tersangkut kat dalam jem cuba2 lihat kat lorong kecemasan tu. Okay la myb diorang ni sentiasa sibuk. Nak kejar masa sangat kot atau myb PM panggil beraya kat rumah. Fikir yg baik2 sahaja lah. 

Saya alhamdulillah.... dah selamat sampai ke Putrajaya pun. Hari ni dah start kerja. So cam biasa start lah semula mengupdate blog. Macam mana saya boleh terjebak dengan dunia blogger ni? Kalau tanya saya, saya pun tak tahu macam mana saya boleh berminat untuk menulis kat blog ni. Asalnya saya hanya buat blog khas untuk mempromosikan produk shaklee semata-mata. Tapi disamping tu saya selitkan kisah2 mengenai dunia perniagaan, penyusuan, hal ehwal wanita (lelaki ni malas membaca terutamanya blog) dan sebagainya...

Lama kelamaan ramai pembaca yg PM atau sms dan berterima kasih kepada saya atas maklumat yg saya kongsikan. Bermula dari situlah saya semakin bersemangat untuk meneruskan penulisan di dalam blog ni. Moga2 apa yg saya sampaikan dapat dijadikan panduan kepada pembaca sekalian dan saya beroleh sedikit pahala daripada Allah SWT. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment