Thursday 27 June 2013

NYAH TOKSIN - HERB LAX

Photo


Baru sampai rumah... nilah stock yg baru amik. Banyak yg downline punya. Rezeki kita kongsi2. Seronok downline saya. Amik brg kt rumah je. Tak payah beratur, jem, byr parking dll. Ikhlas kita tolong2 mana yg terdaya. Paling banyak order herb lex. Dah lama benda ni xda (out of stock). Herb lex ni utk nyah toksin dlm bdn. Kalau mkn mlm sok pagi insyallah ke tandas.. Hubungi saya kalau nak order ye.... Tq...

JOM JOIN SHAKLEE

Photo: Amik stock lg.... Alhamdulillah.  Rezeki anak2....


Hari ni amik stock kat Shaklee Empire, Subang. Bila dah hujung bulan nie agak sibuk sikit kat sana. Alhamdulillah saya lihat semakin ramai orang melayu yang menceburi bidang ni dan kebanyakkannya orang perempuan. So teruskan usaha anda, insyaallah kejayaan itu milik orang yang rajin berusaha. 

CERIA DAN BAHAGIAKAN ORANG LAIN

Pengalaman menunjukkan antara cara terbaik untuk ceria & bahagia ialah dgn "sentiasa menceriakan & membahagiakan org di sekeliling kita." Hari ini, apa perkara simple & rutin yg boleh kita lakukan utk membuat ahli keluarga kita tersenyum, ketawa, ceria & good mood atau rasa di sayangi & di hargai! Bila kita tak fokus, kita terleka & terlupa utk membelai org tersayang yg ada di sekeliling kita. Alangkah rugi jika hari ini berlalu tanpa suntikan keceriaan drp kita kpd org yg tersayang. Jom buat mrk senyum & ketawa & bersyukur dgn segala ni'mat yg Allah beri kpd kita. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Saturday 22 June 2013

RESTOCK LAGI

Photo: Stock yg baru ambil semalam. Meal Shake kembali memdominasi jualan. Myb dah nak dekat habis promotion kot. Hari ni dah nak betolak ke Lumut. So sape2 org lumut yg nk order pm segera ye. Sy hantar by hand...


Stock yg baru ambil semalam. Meal Shake kembali memdominasi jualan. Myb dah nak dekat habis promotion kot. Hari ni dah nak betolak ke Lumut. So sape2 org lumut yg nk order kol segera ye. Sy hantar by hand...

COQHEALTH

Photo: Yg ni adalah CoQHealth. Produk terbaru dr Shaklee. Vitamin untuk org sakit jantung atau yg ada tanda2 sakit jantung. Baru lancar dlm 3 minggu. First time beli vit ni. Tu pun untuk downline je.


Yg ni adalah CoQHealth. Produk terbaru dr Shaklee. Vitamin untuk org sakit jantung atau yg ada tanda2 sakit jantung. Baru lancar dlm 3 minggu. First time beli vit ni. Tu pun untuk downline je. Banyak lagi yg nak kena belajar mengenai vitamin baru nie. Nak order kol saya ye... 

Friday 21 June 2013

LEARN FROM EXPERT

Photo  Photo


Sampai jugak akhirnya. Hampir2 tersesat. First time jejakkan kaki kat sini. Hari tu ada talk by Dr Robert Reiser, from Florida State University di Open Universiti. Sangat menarik lecture yg disampaikan. Banyak yg saya belajar sepanjang satu hari kursus ni... TQ OUM atas jemputan.

VITAMIN UNTUK SI MANJA

Photo: Promo terbaik bulan ni utk anda semua.. MEALSHAKES!! Mealshakes bagus utk siapa??

~ Kanak2 kerap demam
~ Kanak2 kerap sembelit
~ Kanak2 yang kurang selera makan
~ Ibu2 mengandung, menyusu
~ Warga emas
~ Individu yang nak berpuasa
~ Individu yang tak suka telan tablet

... Senang citer semua org boleh amik la.. Jom order.. Harga SUPER DUPER SPECIAL khas utk anda.. 

PM Syuhada Wahi
Call/SMS 019-7062362
syuhada_wahi@yahoo.com


MEALSHAKES!! Mealshakes bagus utk siapa??

~ Kanak2 kerap demam
~ Kanak2 kerap sembelit
~ Kanak2 yang kurang selera makan
~ Ibu2 mengandung, menyusu
~ Warga emas
~ Individu yang nak berpuasa
~ Individu yang tak suka telan tablet


Jom order.. Harga SUPER DUPER SPECIAL khas utk anda.. 

PM Syuhada Wahi
Call/SMS 019-7062362
syuhada_wahi@yahoo.com

MIGHTY 3 GEM

Photo: Ramadhan nak tiba dah ni.. Anda dah ganti puasa ke belum?? Saya Alhamdulillah puasa penuh tahun lepas sbb mengandung.. Hopefully tahun ni dapat penuh lg sbb Breastfeed pulak.. InsyaAllah...

Yang nak ganti puasa dan buat persediaan untuk puasa ni, sesuai sangatlah kalau stand by Mighty 3 Gem ni (Mealshake, ESP, Performance).. Sebab apa?

* Mengenyangkan
* Diperkaya dengan 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat Perlu
* Bertenaga sepanjang hari
* Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
* Memelihara kesihatan menyeluruh
* Mengurangkan kehausan
* Mencegah penyahhidratan
* Melembabkan kulit
* Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh

So memang sesuai diambil ketika berpuasa. Sesuai juga diberikan kepada anak-anak yang bersekolah supaya mereka berasa bertenaga apatah lagi di bulan Ramadhan..

Tetapi ia tidak terhad ketika berpuasa je.. Ia juga boleh dijadikan pengganti sarapan pagi.. So sesiapa yang nak diet tu, atau yang tak nak ambil makanan berat ketika bersarapan, memang sesuai sangatlah kan.. hihhii

PM Syuhada Wahi / Azman Shaari
Call / SMS 019-7062362
Emel syuhada_wahi@yahoo.com


From my lovely wife article (ni kes malas nak update blog)

Ramadhan nak tiba dah ni.. Anda dah ganti puasa ke belum?? Saya Alhamdulillah puasa penuh tahun lepas sbb mengandung.. Hopefully tahun ni dapat penuh lg sbb Breastfeed pulak.. InsyaAllah...

Yang nak ganti puasa dan buat persediaan untuk puasa ni, sesuai sangatlah kalau stand by Mighty 3 Gem ni (Mealshake, ESP, Performance).. Sebab apa?

* Mengenyangkan
* Diperkaya dengan 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat Perlu
* Bertenaga sepanjang hari
* Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
* Memelihara kesihatan menyeluruh
* Mengurangkan kehausan
* Mencegah penyahhidratan
* Melembabkan kulit
* Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh

So memang sesuai diambil ketika berpuasa. Sesuai juga diberikan kepada anak-anak yang bersekolah supaya mereka berasa bertenaga apatah lagi di bulan Ramadhan..

Tetapi ia tidak terhad ketika berpuasa je.. Ia juga boleh dijadikan pengganti sarapan pagi.. So sesiapa yang nak diet tu, atau yang tak nak ambil makanan berat ketika bersarapan, memang sesuai sangatlah kan.. hihhii

PM Syuhada Wahi / Azman Shaari
Call / SMS 019-7062362
Emel syuhada_wahi@yahoo.com

Monday 17 June 2013

ADAKAH PERLABURAN ANDA HALAL?

Ada org tanya saya tentang satu pelaburan (tak perlu lah saya sebutkan namanya) yg lebih kurang cmni bunyinya. Melabur 100 ringit kemudian dapat ’lesen’ cari downline . Then downline tu akan bg duit ke kita 100 ringgit (bg direct) dan dia pulak dapat ‘lesen’ untuk cari downline lain dan proses ini berterusan. Camna tu?

Okay begini, sebenarnya senang sahaja, jawapan saya HARAM pelaburan tu dan tidak sah di sisi undang2 Malaysia (semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)). Tak percaya tanyalah ustaz. Ingat, fahami konsep muamalat di dalam islam sebelum memulakan apa2 perniagaan. Mesti ada barang atau perkhidmatan baru ada muamalatnye. Atau boleh juga pelaburan tapi INGAT wajib tahu syarikat tu melabur kat mana. Dunia ni sementara sahaja, akhirat jualah tempat selama-lamanya.

Daripada anda melabur RM 100 tu baik anda buat begini . Anda create satu laman web (kalau tak pandai upah orang). Anda jadi yg paling atas. Now anda cari downline utk melabur (bayarlah seratus kat anda). Bukan susah nak cari downline. Cmni caranye.... Anda pergi kat mana kereta2 mewah anda ambil gambar (tutup/adjust no platnye), pergi kat rumah banglow ambil gambar lagi. Ada duit post gambar duit. KEBANYAKKAN (tidak semua) rakyat Malaysia mudah sahaja untuk digelapkan matanya.  

Bila dia join anda, anda bagi ‘lesen’ kat dia untuk cari downline lain. Setiap 30 hari downline anda dan ke bawah kena register semula (hidupkan lesen la tu) dengan anda (bayar lagi RM100/RM50). Dengan lesen ni baru dia boleh cari downline semula. Kalau dia tak renew anda blok akaun dia. Untung tak? Senang je kan nak cari duit? Memang senang cmtu tapi ingat kita orang ISLAM, ada HALAL dan HARAM.  Nak kaya/berjaya sekali pun jangan sampai kita jual agama. I’m very sure government akan ambil tindakan kalau kita buat skim cmni. Apa jadi kat downline yg paling bawah bila akaun kita kena block???? Sanggupkah kita makan duit HARAM???

Mungkin org kata 100 ringgit apa la sangat. INGAT ni bukan sebab duit. Ni soal agama. Soal akidah. Berniagalah dengan beretika. Juallah apa sahaja asalkan ia halal dan sah. Kalau takda modal jadilah agen dropship atau buat MLM (Shaklee bermula dengan modal RM 75.00 sahaja), ada duit sikit jadi pemborong cari agen dropship, ada bakat menjahit jual baju online. Macam macam boleh jual. Jual tudung, baju, barang elektronik (jual yg ori sahaja, yg clone tu xsah dan salah sebab mencuri hak rekacipta orang - makan duit HARAM gak tu), supplement, barang baby, sabun dll.  Jom kita berniaga dengan berhemah. Nak lebih faham konsep muamalat layari:

http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam

Thursday 13 June 2013

ADAKAH PRODUK ANDA HALAL?



Tak kira apa produk yang anda gunakan pastikan 2 pekara ini dipatuhi iaitu:

1. HALAL (WAJIB) - Tak kira kat mana ia dihasilkan pastikan institusi yg mengawal produk halal negara tu MESTI mengiktiraf produk tersebut HALAL. Shaklee contohnya, walaupun dikeluarkan di negara Amerika Syarikat tetap mendapat pengiktirafan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA).

2. Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM adalah badan yg bertanggung jawab untuk memastikan semua ubat-ubatan/supplement yg kita ambil adalah 100% selamat. Oleh itu, bila nak beli barang pastikan adanya no KKM. Nak puas hati lagi check dengan KKM.

Ingat. Berhati-hatilah kerana terlalu banyak ubat tiruan di luar sana.

KESILAPAN KEBANYAKAN PENGEDAR



Semalam sempat layan The Apprentice Asia. Ada 2 kesilapan besar yang dilakukan oleh peserta dan ditegur oleh Mr. Tony Fernandes.  Kesilapan sebeginilah yang selalu dilakukan oleh banyak pengedar diluar sana.

Pertama, peserta tak tahu harga produk. Ingat tak semasa episode pertama di mana peserta dikehendaki menjual ikan. Macam mana nak berniaga jika kita tak tahu harga produk atau tak tahu bagaimana nak letakkan harga yg lebih competitive. End up produk habis terjual tapi mengalami kerugian. Kesilapan yg sama diulang oleh peserta kali ni. Bila mereka nak belajar?

Kedua,  pengetahuan mengenai produk. Sebagai peniaga anda mesti mahir terhadap produk yg anda pasarkan. Macam mana nak berniaga sekiranya pelanggan tanya, kita tidak dapat memberikan jawapan yg baik. Shaklee bukan mudah kerana ia memerlukan pengetahuan mengenai nutrisi . Satu ilmu baru pada kita. Kita kena mahir kenapa, mengapa, bagaimana dan pelbagai persoalan mengenai produk. Semua ini memerlukan pembacaan dan perkongsian. Ramai pengedar yg ghairah mempromosikan barangan tapi gagal memberikan maklumat yg mencukupi kepada pelanggan.

Ingat ye Shaklee BUKAN ubat ia makanan tambahan (supplement). Kita makan supplement bukan untuk menyembuhkan penyakit tapi memberikan keperluan vitamin yg mencukupi kepada badan. So, apabila system immune badan kuat ia boleh melawan penyakit, menjadikan badan sihat, mencantikkan kulit, memberikan tenaga dan lain2. Dan INGAT supplement diambil semasa sihat tetapi ubat diambil semasa sakit.

Wednesday 12 June 2013

APAKAH SEBENARNYA VITAMIN D




Vitamin D terdiri daripada kumpulan fat-soluble secosteroids yg berfungsi sebagai penyerap kalsium dan phosphate. Vitamin D yang penting untuk badan manusia adalah ergocalciferol (vitamin D2) dan Cholecalciferol (vitamin D3). Apa yg menarik mengenai vitamin D ni adalah badan kita boleh menghasilkan Vitamin D secara semulajadi iaitu apabila ia terdedah kepada pancaran matahari (daripada kolestrol) dalam kuantiti yg sepatutnya. Maksudnya cmni, apabila kita makan makanan yg berlemak, kolestrol yg ada dlm lemak tersebut akan berkumpul di bawah kulit. Bila matahari kena kulit kita ia akan membakar kolestrol tu dan menghasilkan vitamin D. Selain daripada itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada ikan seperti salmon, tuna, sardine dan pati ikan kod.

Vitamin D3 diperlukan oleh tubuh badan untuk menyerap kalsium ke dalam tulang dan gigi. Macam mana tu? Okay begini, susu yg kita minum di dalam bentuk cecair tu tidak boleh dengan sendirinya meresap ke dalam tulang. Di sini lah kegunaan vitamin D3, untuk menyerab kalsium yg ada dalam susu yang kita minum dan membawa ia masuk ke dalam tulang.

Satu lagi soalan. Kenapa kita kena makan Supplement sedangkan vitamin D3 ni boleh diperolehi daripada cahaya matahari (ultraviolet (UV))? Mudah sahaja, vitamin D yg dihasilkan daripada matahari cepat hilang sepertimana ia mudah dihasilkan. Lagi satu cahaya matahari yg menembusi tingkap tidak membantu penghasilan vitamin D badan kerana cahaya UV tidak dapat (atau mungkin sangat sedikit) menembusi tingkap. Kulit kita mesti direct contact dengan cahaya matahari baru tubuh boleh menghasilkan Vitamin D. Dan mungkin kita tidak sanggup untuk berjemur di bawah matahari.

Menurut  United States Institute of Medicine (IOM) cadangan pengambilan harian vitamin D3 adalah seperti berikut:

a. 800 IU's: berumur 71 tahun ke atas,
b. 600 IU's: berumur 1 ke 70 tahun
c. 400 IU's: dari lahir ke 12 bulan.
d. 600 IU’s: Wanita mengandung.

Note* IU adalah singkatan kepada International Unit.

Vitamin D3 ini juga boleh diperolehi di dalam bentuk tablet seperti yang dihasilkan oleh Shaklee. Setiap tablet mengandungi 100 IU’s.

Nak order? Call me at 019-4053358 atau isteri saya 019-7062362.

Tuesday 11 June 2013

SHAKLEE AWARD



Business boleh diibaratkan seperti berlari marathon. Ia memerlukan masa yang lama dan stamina yang berterusan. Orang yg berjaya adalah yang mampu mengekalkan stamina sehingga ke garisan penamat. Dan disebalik setiap kejayaan tu pasti ada coach yg membimbing pelari tersebut. Coach ini lah yg dipanggil upline di dalam business Shaklee. Ni adalah award yg wife saya terima semasa Shaklee National Conference sempena kejayaan dia di dalam business ni. So, kalau wife saya boleh lakukan kenapa anda tidak. Tidak kira apa business yg anda lakukan, buatlah dengan bersungguh2. Insyaallah kejayaan akan hadir bersama2 anda. Semoga Berjaya.  

PROMOTION OF THE MONTH - MEAL SHAKE




Promo terbaik bulan ni utk anda semua.. MEALSHAKES!! Mealshakes bagus utk siapa??

~ Kanak2 kerap demam
~ Kanak2 kerap sembelit
~ Kanak2 yang kurang selera makan
~ Ibu2 mengandung, menyusu
~ Warga emas
~ Individu yang nak berpuasa
~ Individu yang tak suka telan tablet

... Senang citer semua org boleh amik la.. Jom order.. Harga SUPER DUPER SPECIAL khas utk anda..

PM Syuhada Wahi
Call/SMS 019-7062362
syuhada_wahi@yahoo.com

SHAKLEE GROUP

Yg ni gambar wife (no 2 dari kiri) dengan group2 dia. Yang paling tengah bertudung merah tu adalah upline wife saya. Dia adalah seorang Jurutera QA/QC di Petronas, KLCC. Tapi sekarang ni dah jadi full time wife dan pengedar Shaklee. Dia juga merupakan top shaklee distributor. Pendapatan dia pada masa sekarang ni adalah 6 angka sebulan (private and confidential utk saya cerita).

Untuk berjaya dalam business seperti Shaklee ni anda memerlukan seorang yg boleh consult anda dengan sebaik2nya. Anda juga perlu berada di dalam group yg kukuh kerana kita tak mampu untuk mengetahui semua perkara dan di dalam group ni lah mereka berkongsi2 ilmu tentang produk Shaklee dan strategi2 perniagaan. Di dalam group ni juga lah mereka saling bantu membantu.

So, lets be part of us.

Monday 10 June 2013

APA ITU DROPSHIP

Anda boleh berniaga apa sahaja asalkan ia halal, sah dan memberikan pulangan yg setimpal dengan apa yg anda usahakan. Perhatikan di dalam FB bahawa banyak peniaga yg mempromosikan pelbagai jenis barangan. Bagaimana keuntungan mereka? Begini, ada peniaga yg menjalankan perniagaan secara dropship, MLM, sdn bhd, enterprise dll. Hari ni saya nak cerita mengenai dropship.

Dalam perniagaan dropship ni, anda less risk kerana anda tidak memerlukan modal dan tidak simpan stok. Maknanya anda promosikan produk daripada pembuat/agen/pemborong dan mereka2 nilah yg akan pos barang kat customer. Keuntungan anda diperolehi setelah ditolak harga yang anda bayar kepada pembuat/agen/pemborong. Keuntungan yang anda perolehi ini bersifat one off. Maknanya jual dapat untung sekali sahaja. Oleh itu, anda kena rajin post/iklan/promosi dan lain2.

Perniagaan seperti ini banyak diceburi oleh rakan2 saya di FB. Bagi saya asalkan ada keuntungan anda teruskan. Cuma saya berpendapat, ada kaedah lain yg mungkin lebih menyenangkan untuk anda terokai. Mungkin anda boleh mencuba MLM kerana di dalam perniagaan MLM ni ia bersifat berterusan. Maknanya suatu hari nanti mungkin anda tidak perlu bekerja lagi dan hanya menguruskan downline sahaja (jadi consultant/pengajar). Lagipun dengan perkembangan terkini semua promosi hanya dijalankan di alam maya. So, anda tidak lagi perlu jumpa orang satu persatu.

Apa kata anda cuba menjadi Pengedar Shaklee. Business Shaklee bermula dengan hanya 75 ringgit sahaja (untuk business kit). Dulu saya pun tak yakin. Sebab nak jual barang ni bukan mudah ditambah pulak dengan presepsi kita kepada MLM. Tapi sebenarnya kalau kita tahu kaedah2nya dan kita berada di dalam group yg kukuh, Insyaallah segalanya mungkin. Yg penting ada orang yg boleh terus menerus consult anda.

SIGNING CEREMONY MIGHT METEOR

  


Assalamualaikum.. Hari ni dapat hadir signing ceremony antara MIGHT METEOR dan incoaching, Korea di Menara KL. This signing ceremony witness by YBhg Dato' Hafsah Hashim, CEO of SME Corp Malaysia.

Saya tertarik dengan kata-kata aluan dari CEO of SME. Dia bg tau ada 4C untuk sesuatu syarikat tu berjaya iaitu Connect, Communicate, Consult dan Callaboration. Semua strategi yg dia bgtau saya dah terangkan di dalam blog ni dahulu.

Dalam business seperti shaklee ni sangat penting untuk anda berada di dalam group yg kukuh. Kerana group ni lah yg membolehkan anda mendapat tunjuk ajar yg sewajarnya. Untuk berjaya dalam perniagaan anda tidak boleh keseorangan. Anda perlu dibantu (pada permulaan). Ini lah peranan upline anda untuk consult anda sehingga berjaya.

So let's joint us. Kita sama2 berniaga.

Tuesday 4 June 2013

MEMBELI KERETA SECOND HAND (samb)

Ari ni saya nak sambung kisah prosedur nak beli kereta 2nd hand. Okey, selepas kita dah puas hati dengan condition dan harga kereta tu, kita buat surat niat (karang sendiri sahaja). Ingat!!! pastikan nama yg tertera pada geran sama dengan nama penjual tu (semak ic dia). PERINGATAN!!! PASTIKAN anda tidak buat bayaran dahulu sebelum proses tukar nama selesai. Bayar booking boleh (bayar sikit je dulu. lebih kurang RM200- RM500) tapi mesti direkodkan pembayaran tu.

Okay sekarang ni kereta tu dah ada kat kita (sebab nak buat puspakom atau boleh suruh je penjual tu buat pemeriksaan puspakom). Pe yg perlu kita buat adalah:

1. Pergi atau call puspakom terdekat untuk ambil no giliran. Puspakom menggunakan kaedah booking untuk buat pemeriksaan. Maknanya kali pertama kita datang utk ambil tarikh temunjaji sahaja.

2. Bila dah sampai tarikh temujanji bawa kereka ke puspakom utk buat pemeriksaan. Boleh bawa sendiri atau suruh orang bawa. tapi kena bawa bersama GERAN ORIGINAL. Bg tau penjaga kaunter tu nak buat B5 (tukar nama). Road tax mesti hidup maa.. Pastikan jugak tinted menggunakan penapis cahaya yg lulus. Kalau tak baik tanggalkan siap2.

3. Bila dah selesai Puspakom akan keluarkan satu sijil. Sijil ni boleh digunakan untuk sebulan sahaja. Kalau tak tukar nama selepas sebulan kena buat puspakom semula. Sijil ni kena bawa ke JPJ semasa proses tukar nama.

4. Next, pergi ke kedai yg ada jual insuran. Beli insuran atas NAMA KITA (PEMBELI). Bawa insuran tu ke JPJ semasa proses tukar nama.

Okay habis bab tu. Sekarang bab borang pulak.

Ada beberapa borang JPJ yg kita kena isi. Borang ni boleh download kat internet sahaja. Kalau tak da boleh pm saya. nnti saya bg (free je). Borang tersebut adalah:

1. TM-1 (Pind1/2012) - borang ni kita isi masa nak tukar nama nanti.
2. JPJK3 - Borang ni penjual kena isi dan tandatangan (bahagian A). Kita isi bahagian B (butir-butir pemilik baru).
3. TM-AB (Pind/1/2012) - Borang ni kena isi kalau penjual tak nak pergi ke JPJ dengan kita. Kalau dia nak g sekali borang ni tak perlu isi. Kalau dia tak pergi dia kena fotostat ic dia lekat kat borang tu dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah (RM 2.00 je) atau pegawai JPJ (free). Kalau kita pun tak nak g dan suruh orang lain yg tukar nama, kita pun kena isi borang ni dan dapatkan pengesahan.
4. JPJ-SAB 01 dan JPJ-SAB02 - Borang ni penjual dan pembeli kena isi dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah atau pegawai JPJ (kalau tak nak gi JPJ). Kadang2 borang ni JPJ tak nak pun sebab borang TM-AB tu dah isi. Kadang2 JPJ nak pulak. Tapi kalau penjual dan pembeli pergi ke JPJ sama2, borang ni tak perlu isi.

*Nota: kalau nak senang penjual dan pembeli pergi ke JPJ sama2. Isi 2 borang sahaja. Proses tukar nama kena cas RM 100.00. Bayar kepada JPJ.

Okay selesai. Senang je kan. Kalau kita beli dari orang, sekurang2nya kita kenal orang tu sape. kalau rosak ke apa ke boleh contact dia. Lagi pun harga dia jauh lebih murah dari yg dijual kat kedai used car tu. Selain tu, confirm kereta yg kita beli tu bukan kereta curi atau kereta potong atau kereta lelong.

Buat sendiri sahaja semua proses tu. Ada gak runner yg boleh buat semua proses tukar nama ni tapi cas di 200 ke 300 ringgit. So fikir2 kan lah.. Selamat mencuba...

Monday 3 June 2013

STRATEGI DI DALAM BUSINESS (Samb)

Hari ni saya nak sambung mengenai satu lagi strategi yg kita perlu guna di dalam perniagaan iaitu:

4. Networking. Sebagai perniaga untuk produk Shaklee ni kita memerlukan networking untuk menyokong kelangsungan perniagaan kita. Networking ini dapat mengurangkan risiko kehilangan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan kita. Bagaimana ia berfungsi?

Okay begini (berdasarkan pengalaman kami). Sebagai peniaga Shaklee, pada permulaan kita tidak menyimpan banyak stok kerana kita kuatir stok tersebut susah nak jual. Jadi kita hanya simpan barang2 yang diketagorikan sebagai fast moving item. Iaitu produk2 popular sahaja. Namun begitu, kekadang kita tidak menjangkakan adanya order daripada pelanggan terhadap produk yg kita tak simpan atau mahal atau kita kehabisan stok. Ingat!!! pelanggan ada banyak pilihan untuk membuat pesanan kerana terdapat banyak pengedar shaklee di luar sana dan kebanyakkan daripada mereka, hari ni tanya hari ni nak barang gak.

So kita tak nak kehilangan pelanggan dan dalam masa yg sama kita tak nak kerugian. Maksudnya kita boleh pergi ke shaklee beli barang dan hantar kepada pelanggan tetapi kaedah ini memerlukan masa, tenaga dan wang (duit minyak, tol dan parking). Jadi keuntungan kita tidak berbaloi.

So, sebagai pengedar Shaklee kita ada jaringan (networking), kita ada upline dan kita ada downline. Ia berlegar dalam kelompok yg sama. That why dalam group kami kita selalu buat aktiviti supaya setiap downline kenal antara satu sama lain. So bila kita xda barang kita kol upline atau downline atau kwn2 dalam group yg sama dan pinjam barang (kita xbeli tapi ganti balik barang yg sama). Inilah kaedah yg kami gunakan untuk memastikan barang tu dapat deliver dalam masa yg ditetapkan dan tiada risiko kerugian. Kita tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau duduk jauh kita galakkan diorang berkomunikasi dengan pengedar2 terdekat. Wujudkan group sendiri, cari kawan2 terdekat.

Apa yg saya nak tekankan adalah di dalam perniagaan ni kita tak boleh kera sumbang, kita tak boleh buat sorang2, kaya sorang2. Kita kena saling bantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, carilah group yg kukuh dan kelompok yg aktif kerana ia akan dapat memudahkan perniagaan kita.. So, let's join us. Kita kongsi2.