Monday 10 June 2013

APA ITU DROPSHIP

Anda boleh berniaga apa sahaja asalkan ia halal, sah dan memberikan pulangan yg setimpal dengan apa yg anda usahakan. Perhatikan di dalam FB bahawa banyak peniaga yg mempromosikan pelbagai jenis barangan. Bagaimana keuntungan mereka? Begini, ada peniaga yg menjalankan perniagaan secara dropship, MLM, sdn bhd, enterprise dll. Hari ni saya nak cerita mengenai dropship.

Dalam perniagaan dropship ni, anda less risk kerana anda tidak memerlukan modal dan tidak simpan stok. Maknanya anda promosikan produk daripada pembuat/agen/pemborong dan mereka2 nilah yg akan pos barang kat customer. Keuntungan anda diperolehi setelah ditolak harga yang anda bayar kepada pembuat/agen/pemborong. Keuntungan yang anda perolehi ini bersifat one off. Maknanya jual dapat untung sekali sahaja. Oleh itu, anda kena rajin post/iklan/promosi dan lain2.

Perniagaan seperti ini banyak diceburi oleh rakan2 saya di FB. Bagi saya asalkan ada keuntungan anda teruskan. Cuma saya berpendapat, ada kaedah lain yg mungkin lebih menyenangkan untuk anda terokai. Mungkin anda boleh mencuba MLM kerana di dalam perniagaan MLM ni ia bersifat berterusan. Maknanya suatu hari nanti mungkin anda tidak perlu bekerja lagi dan hanya menguruskan downline sahaja (jadi consultant/pengajar). Lagipun dengan perkembangan terkini semua promosi hanya dijalankan di alam maya. So, anda tidak lagi perlu jumpa orang satu persatu.

Apa kata anda cuba menjadi Pengedar Shaklee. Business Shaklee bermula dengan hanya 75 ringgit sahaja (untuk business kit). Dulu saya pun tak yakin. Sebab nak jual barang ni bukan mudah ditambah pulak dengan presepsi kita kepada MLM. Tapi sebenarnya kalau kita tahu kaedah2nya dan kita berada di dalam group yg kukuh, Insyaallah segalanya mungkin. Yg penting ada orang yg boleh terus menerus consult anda.

No comments:

Post a Comment