Tuesday 24 September 2013

JALAN2 KAT AMSTERDAM

 



Alhamdulillah dapat jalan2 kat Amsterdam lepas abis keje.. Hilang rasa penat keje kat sana... Ustaz saya pernah cakap dia ada terbaca satu buku yg dikarang oleh seorang ulamak terkenal (saya tak ingat nama buku tu).... Dlm buku tu dia bgtau apabila dia kat negara Omputih dia rasa cam negara Islam tapi apabila dia kat negara Islam dia rasa seperti kat negara Omputih (dari beberapa sudut)... Kenapa??? Nk tau??? anda kena merantau dan lihat peradaban sana... Insya Allah anda akan dapat jawapannya... 

DOKTOR PUN JUAL SHAKLEE

 

Assalamualaikum pembaca sekalian... Sampai2 sahaja dari Amsterdam anak pulak demam.. So sebelum balik rumah tu saya singgah jap kat Poliklinik An-Nur, Persint 9, Putrajaya. So ni lah gambar dalam poliklinik tu. Tau tak Doctor pun jual Shaklee (klinik swasta takpe jual supplement ni, klinik kerajaan memang tak boleh). Semua orang dah tau kebaikannya... Picture tells thousand word. So u all decide.. 

Wednesday 11 September 2013

IDEA BUSINESS NO 5 - TAMAN-TAMAN SYURGA


Assalamualaikum pembaca sekalian.... Pernah nampak logo ni??? Yes ni lah logo Children Islamic Center (CIC) where leader are born... Apa benda CIC ni??? CIC ni adalah sebuah tadika je.. yes tadika je... tapi nama ni dah well established kat Malaysia.. Okay nie idea saya.... bukan tadika tapi idea ni datang dari tadika CIC nie.

Kat Malaysia ni banyak orang buat tadikan?? macam macam tadika ada.. Kenapa?? sebab demand melebihi supply.. Kat tempat saya di Putrajaya, tadika ni tak cukup... Bukan setakat tu je, pusat jagaan pun tak cukup.. So sbg alternative saya hantar pengasuh sahaja... Bukan saya sorang tapi saya rasa ramai sangat... So bagi saya pengasuh ni adalah HERO YANG TIDAK DIDENDANG. Kalau pengasuh ni mogok, kerajaan boleh lumpuh (BELIEVE ME). Sebabnya ramai orang yg terpaksa amik cuti....

Okay panjang pulak melalutnya... Okay straight tu the point... tadika ni dah banyak sangat yg buat so apa kata kita buat pusat jagaan orang tua pulak.. Ops jangan melatah dulu... baca dulu sampai habis.. Then you decide...   Kita kena buat apa yg orang tak buat atau kurang orang buat. BERFIKIR TANPA KOTAK (bukan di luar kotak sebab kat luar kotak pun kita masih boleh nampak kotak tu... tak berkembang minda)...

Idea ni saya namakan Taman-Taman Syurga (TTS). Okay konsepnya begini... Pagi2 sebelum g kerja hantar orang tua gi TTS dulu... atau orang tua kita boleh drive sendiri je... sampai kat sana lepak la dulu sarapan ke apa yg patut.. Then pukul 8 pagi semua berkumpul buat senaman ringan... pusing2 lake ke, senamrobik ke, jalan2 ke, anything yg berkaitan dgn senaman ringan la (Jangan suruh main bola pulak)... Dah ramai ni seronok la sikit... abis kul 10 pagi...

Pastu boleh la rehat jap, sambung sarapan ke, sembang2 lagi ker then mandi. Kul 11, start kelas agama... Dah tua2 ni apa lagi nak dikejar... belajar ni sampai bila2 pun boleh... sampai kul 1. Pastu kul 1 gi masjid berdekatan siap sedia solat berjemaah (HIDUPKAN SOLAT BERJEMAAH). Habis solat makan tghri sampai kul 3.00 (nak mandi ke, rehat ke boleh la). Kul 3.00 start balik kelas agama sampai kul 4.30. Pastu solat asar berjemaah... habis solat asar boleh la sambung senaman balik... then tunggu anak amik atau balik sendiri...

INGAT!!!! KONSEP NI ANAK AMIK MAK BAPAK LEPAS WAKTU KERJA... BUKAN KONSEP RUMAH ORANG2 TUA... BUKAN KONSEP TINGGAL MAK BAPAK.....

Kenapa boleh buat konsep ni??? Pertama - Sebagai anak kekadang kita risau mak bapak tinggal kat rumah sorang2 (tambah2 lagi kalau mak bapak kurang sihat). At least kat sana ada kawan2. Boleh sembang2. Lagipun diorang tak la bosan sangat duk rumah... Kedua - Nak belajar agama waktu siang ni agak susah sikit sebab ustaz kebanyakannya mengajar kat sekolah2. So kat sini berpusat boleh hire seorang permanent ustaz untuk mengajar. Ketiga - Kita boleh create pekerjaan kat org yg jaga TTS, ustaz, tukang masak dll. Keempat - Orang tua2 ni kurang bersenam, so kalau ada ramai kwn2 baru semangat sikit nak bersenam. 

Konsep ni bukan setakat utk org yg ada org tua je... Orang yg berpencen tapi anak2 jauh pun boleh join.. banyak aktiviti yg boleh di create dan tidak semestinya keagamaan semata2. Contohnya lawatan, community service, berbasikal, gotong royong kenduri kendara, main kompang, memancing dll. Banyak la... Jangan suruh Hiking sudah la... So camana??? Okay tak idea ni... Tak da orang yg buat lagi ni.... So kalau anda rasa okay dan ada kawan yg berminat boleh la cuba... Mula dari bawah... pelahan2. Okay, next time saya bagi idea business lagi... Kalau ok jangan lupa share ye.. Assalamualaikum..

WHAT PEOPLE NEED

 

Meeting dengan Feiran Solution Sdn Bhd. Salah satu contoh usahawan yg berjaya... Sebenarnya dalam business ni segalanya mungkin... Yg penting kita kena pandai amik peluang... Yes opportunity... Orang yg berjaya adalah orang yg bijak mengambil peluang dan peluang ni tidak datang bergolek... kita kena cari.. So, berusahalah.. Lihat sekeliling dan fahami human behavior.... Apa yg orang nak... 

Pernah terfikir tak kenapa orang naik Air Asia lebih daripada MAS?. Apa kurangnya MAS facility cantik, service tip top, ramah, mesra, kemudahan mencukupi dll. Tapi dibandingkan dengan Air Asia jauh bezanya (cuba lihat Terminal LCC dan bandingkan dengan KLIA)... Apa yg orang nak sebenarnya... Bila campur tolak darab bahagi pada dasarnya harga MAS pun competitive berbanding Air Asia... So what make people choose Air Asia berbanding MAS... Mmmm.. Myb Marketing strategi, myb price (i mean naik kapal terbang tak perlu makan dll).... Sebenarnya ni lah strategi Air Asia, offer harga termurah at the first place. Nak makan tambah duit. extra luggage tambah duit. Airport tax secure dulu (skrg myb dah tak kot)... Yg penting harga bukak mesti murah.. Kalau MAS wat camtu.... pun boleh dapat harga murah jugak (tp nanti org cakap tiru pulak)... Cuba lihat Tune Hotel pulak.. extra bantal extra duit, nak air cond extra duit.. tambah tu tambah ni sama je harga hotel biasa sebenarnya.. tapi yg penting mula2 harga mesti rendah...This is strategi...  This what make they grow.. 

Ingat!!!! bila nak berniaga lihat what people need not what you need...... Oh one more thing shaklee dah berpuluh-puluh tahun di Malaysia tapi kenapa baru sekarang (dalam 2-3 tahun ni) sales dia melonjak.. Kenapa baru sekarang... What make people choose shaklee lately .... Okay assignment untuk anda... Buat kajian... Hahaha.. Selamat berniaga...

Saturday 7 September 2013

IDEA BUSINESS NO 4- PROPERTIES EXPLORER

Assalamualaikum pembaca sekelian... Tq baca blog saya ni... Ramai yg suka idea2 gila saya.. Hahaha.. Dalam business ni tak kira apa back ground education kita yg penting how good we deliver profit kepada syarikat. Oleh kerana ramai yg suka idea business saya, hari ni saya nak post satu lagi idea business. Kali ni saya namakan Properties Explorer.

Apa tu properties explorer?? Okay begini, Pernah baca Motor Trader? Motor trader adalah satu majalah yg khas untuk iklankan jual kereta sahaja.. Dari muka hadapan sampai ke muka belakang iklan sahaja... Ada artikal pun artikel iklan je. Apa maknanya artikel ni??... Maksudnya dari muka hadapan  sampai muka belakang motor trader dapat duit. Satu muka tu (tertakluk kat mana dia duduk dan besar mana) adalah duit. Orang lain nak buat majalah ada susah sikit sebab nak cari artikel, upah photography ambil gambar artis, cari cerita2 panas, cari motivator dll. Keuntungan majalah2 lain ni daripada jualan dan iklan yg ada kat dalam majalah tu. Tapi motor trader tak perlu cari artikel dan semuanya iklan. 100% iklan.


Orang beli tak majalah iklan ni??? Jawapannya beli kerana apa... Mula2 dulu masa dia mula2 keluar myb 2 bln sekali je penerbitan tapi sekarang seminggu sekali dan tak perlu cari artikel... orang yg cari motor trader sebab nak iklankan kereta utk dijual atau bagi artikel utk promosikan kereta baru...

Okay berbalik kepada properties explorer... Buat konsep yg sama cam motor trader.. ruang iklan utk disewa, buat marketing sikit then cetak dan edarkan kat kedai2. Konsep properties explorer ni adalah konsep buku (cam motor trader). Mula2 sikit tapi lama2 insyaallah laris sebab.... org nak beli rumah, agen, developer, suri rumah dll. Kenapa suri rumah? Sebab selain dari iklan rumah boleh gak iklankan barang2 sampingan rumah seperti langsir, perabut, gazebo, taman, cat, dan macam2 lg la. Bnyk yg boleh diiklankan..

Developer pulak nak advertise rumah baru yg nak dijual.. percayalah boleh laku sebab cuba baca kat the star... banyak tak iklan rumah? dan bila melibatkan properties ni harga dia boleh tinggi sikit..... so kalau anda ada kwn2yg kerja kat karang kraf ke atau syarikat penerbitan myb boleh cuba idea ni... Okay cukup utk hari ni... nnti sy sambung lagi... banyak lagi idea business nk kongsi ni... assalamualaikum...