Friday 11 July 2014

PETUA BERNIAGA

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. Dalam bulan Ramadhan ni banyak yg berniaga di bazar-bazar.. Ada satu kekurangan yg sangat ketara saya perhatikan. Ramai yang berniaga benda yang hampir sama sahaja so persaingan dalam perniagaan amat kuat. Untuk berjaya anda mesti jadi lain dari yg lain. Camna tu??

Saya bagi contoh... ramai yg berniaga minuman (sebab yg ni paling senang dan untung banyak) tapi produk yg dijual sama je.. laychee kang, cendol, air sanquick, air keladi, air milo, air katira dll. So apa kata anda cuba begini pulak... anda tetap jual air yang sama tapi gunakan sedikit tarikan mengenai kebersihan. Maksudnya anda gunakan air yg telah dimasak, gunakan ketul ais home made menggunakan air yg dimasak, pakaian mesti kemas dan bersih, pakai penutup mulut dan kepala dll. Kekadang benda2 yg kecik ni lah yg menjadikan anda berbeza dengan orang lain. Kelainan itu adalah daya tarikan kepada business anda. 

Lagi satu, gantung banner besar2 dan promosikan kelainan kedai anda ni. Insya Allah orang akan tertarik. Tapi apa2 pun perlu diingat ia mesti menepati apa yg anda promosikan. Maknanya kena lah mask air tu betul2, ketul ais tu mestilah menggunakan air yang telah dimasak. Sebenarnya saya terfikir gak nak berniaga air ni (minat) tapi masa x mengizinkan. so saya kongsi idea ni untuk sape2 kat luar sana yg nak mencuba. 

Selamat berniaga..