Monday 25 February 2013




Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.

Di sini, saya senaraikan enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.

Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.

Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.

Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.

Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.

Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.

Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.


Creadit to yahoo.com.my

Friday 22 February 2013


Vitamin B12 adalah nutrisi untuk menyihatkan saraf tubuh, sel darah dan membantu di dalam penghasilan DNA. Vitamin B12 juga membantu mencegah anemia yang dikenali sebagai megaloblastic anemia yang boleh membuatkan manusia letih dan penat.

Ada 2 peringkat tubuh badan menyerap Vitamin B12 daripada makanan iaitu pertama menggunakan hydrochloric asid (di dalam perut) di mana ia akan mengasingkan vitamin B12 daripada protein yang terdapat di dalam makanan. Kemudian Vitamin B12 (yg telah dihurai) akan bergabung pula dengan protein yang dihasilkan oleh tubuh (yang dikenali intrinsic factor) dan diserab ke dalam tubuh.

Keperluan Vitamin B12 seseorang adalah berbeza antara satu sama lain seperti berikut:

1.       Dari lahir sehingga 6 bulan - 0.4 mcg
2.       Bayi 7 – 12 bulan - 0.5 mcg
3.       Kanak-kanak 1-3 tahun - 0.9 mcg
4.       Kanak-kanan 4-8 tahun - 1.2 mcg
5.       Kanak-kanan 9-13 tahun - 1.8 mcg
6.       Remaja 14-18 tahun - 2.4 mcg
7.       Dewasa - 2.4 mcg
8.       Ibu mengandung - 2.6 mcg
9.       Ibu menyusu - 2.8 mcg

Sumber Vitamin B12 adalah seperti berikut:

1.       Hati lembu (sumber Vitamin B12 terbaik)
2.       Ikan, daging, telur, susu dan lain-lain produk tenusu
3.       Cereals dan lain lain-lain produk yang telah menjalani proses fortified (proses menambah nutrient ke dalam makanan akibat kehilangan nutrient semasa proses penyimpanan atau penghasilan). Lihat pada lebel pembungkusan.

Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan rasa penat, lemah badan, hilang selera makan, penurunan berat badan dan megalobstic anemia. Bagi mengimbangi keperluan vitamin B12 di dalam tubuh badan, pengambilan vitamin Shaklee adalah digalakkan.

Penggambilan ubat-ubatan berikut boleh menurunkan paras Vitamin B12 di dalam badan iaitu:

1.   Chloramphenicol, digunakan di dalam anti biotic untuk merawat beberapa jenis jangkitan.
2.      Proton pump inhibitor seperti omeprazole dan lansoprazole, digunakan untuk merawat asid reflux dan peptic ulcer disease.
3.   Histamine H2 receptor antagonist seperti cimetidine dan ranitidine, digunakan untuk merawat peptic ulcer disease.
4.      Metformin, sejenis dadah untuk merawat diabetes.

Thursday 21 February 2013


Hari ni tumpang wife punya update. Sibuk sikit nak siapkan tender. Promosi bulan Feb daripada Shaklee.



Omega adalah asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yang kurang anda sedari! Sedangkan zat ini amat baik untuk kesihatan anda!!
Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
  • Kanser
  • Pembekuan Darah
  • Pembekuan Lemak dalam Darah
  • Kadar Kolestrol berlebihan
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan Perasaan
  • Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA

  • Mencegah Radang Sendi
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan Daya Seks
  • Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
  • Mencegah Penyakit Kulit
  • Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Sumber OMEGA 3 ?
  • Telur
  • Ikan salmon
  • Ikan Tuna
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Ikan makarel

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
 
Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Wednesday 20 February 2013


Assalamualaikum semua. Hari ni terbaca satu artikel kat sisipan utusan. Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM. Katanya penyusuan jelas dinyatakan dalam Al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 233. Namun begitu, terdapat beberapa kaum hawa yg mempunyai masalah untuk menghasilkan bekalan susu yg mencukupi kepada si manja. Kalau diikutkan pendapat orang ada yang suruh makan sengkuang cina, jus kurma dan macam2 lagi.

Saya ada alternatif melalui kaedah pengambilan vitamin daripada Shaklee. Kita namakan set menyusu. Boleh klik kat sebelah kanan. Vitamin ini BUKAN untuk baby tapi untuk ibu. Vitamin ini insyaallah dapat membantu menyihat kesihatan ibu dan seterusnya merangsang penghasilan susu. Namun begitu, ibu mesti displin di dalam pemakanan, jgn stress dan rajin2 lah mengepam susu 2 jam sekali. Kalau boleh guna pam elektrik sebab dulu wife pernah guna pam manual. Seksa. Lebih kerap dipam lebih banyak susu dihasilkan. Nak tahu lebih detail lagi? layari www.syuhada-wahi.blogspot.com.

Selamat mencuba..

Tuesday 19 February 2013



Hari-hari jem. Inilah keadaannya setiap hari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Jarak rumah ke office dalam 35 KM tapi jemnye 30 KM. Nasib baik naik moto je. Takda lah terasa sangat.. So, soalannya sampai bila nak tempuh jem ni.. Penat gak kekadang tu. Bahaya pulak tu.. cmna ye?? Ikut hati memang nak wat business sendiri je. tapi kena tunggu lagi sebab nak kukuhkan business Shaklee ni. Bila wife dah jadi master nanti boleh kot berhenti n concentrate pada business ni. Upline wife dapat bonus SEBULAN more than 150K. Kenapa saya tidak?

Friday 8 February 2013

Assalamualaikum. Hari tu saya terbaca satu post yg menyatakan ramai org yg buat MLM ni kejar target semata-mata, nak cari keuntungan dll. Bila difikir2kan betul gak ckp dia. Secara tak sedar itulah sebenarnya perniagaan. Hakikatnya ramai peniaga online atau MLM ni tidaklah menjual produk semata-mata. Kita tanya dahulu masalahnya, bagi awareness, bagi suggestion berdasarkan fakta, khidmat nasihat dsbnya. Kita nak jadi pengedar yg jujur dan beretika. Ada org tanya boleh ke mkn Shaklee ni boleh kurus dlm masa sebulan. Kita jawab BOLEH tapi dengan syarat kena jaga pemakanan (mesti) sebab vitamin bukan utk kurus tapi makanan tambahan. What u eat is what u get. Perlu ambil vitamin utk memenuhi keperluan badan sebenarnya. Kesihatan dan kecantikan itu bermula dari dalam.

Shaklee adalah business, bukan syarikat yg mengamalkan sistem piramid. Nak berjaya kena rajin, buat marketing, membaca, hadir kelas dsbgnya. Cuba lihat business di sekeliling kita CIMB, Maybank, Etika, Takaful, Nestle, KFC, TM malah syarikat kereta seperti Merc, BMW, Ferarri, Proton pun buat marketing. Salesman mesti ada target setiap bulan. Itulah motivasi kita. Itulah dunia perniagaan sebenarnya. Ramai org nak kaya, tapi malas bekerja. So ambil jalan mudah melabur pada tempat yg tidak sepatutnya. Beringat sebelum terkena.

Cara sesebuah syarikat buat iklan berbeze2. Ada yg guna tv, radio, surat khabar, jumpa direct customer, blog, fb dsbgnya. Tony Fernandez (ceo air asia pun buat sale jugak). Shaklee bukan syarikat pelaburan. Daftar dan tunggu then jadi jutawan. Business kena kerja, buat marketing. Sekarang ni dah banyak medium utk kita promote brg. Bukan mcm dahulu, kena jumpa org satu2. Kita guna medium fb dan blog utk promote brg. Xsusah sngt sbb Shaklee dah ada nama. Yg penting sekarang nak bagi awareness tentang kesihatan kepada org ramai.

Sy pilih Shaklee sbb sy dah kaji Syarikat ni. Vitamin yg dihasilkan telah dilakukan kajian beribu-ribu kali sblm masuk ke pasaran. Ia juga dihasilakn oleh saintis dan nutritious. Bukan ikut rasa sahaja. So, kesimpulannya nak berjaya kena rajin kerja, set target, jujur dll. Selamat berniaga.

Wednesday 6 February 2013

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi mengenai lelaki dan vitamin. Melalui pemerhatian saya hampir 90% pelanggan kami adalah wanita. Kenapa tidak ramai lelaki yang makan vitamin? Jawapannya adalah kerana kebanyakkan kaum lelaki kurang memberi penekanan terhadap kesihatan atau mungkin ego. Buktinya saya sendiri, semasa mula2 isteri saya menggunakan produk Shaklee saya tidak pernah cuba makan atau menggunakan produk tersebut kerana saya berpendapat tubuh saya sihat, saya selalu berjogging, tiada masalah kesihatan, saya aktif, tidak merokok dll. So, kenapa nak makan vitamin?

Namun begitu, saya mula2 menggunakan vitamin apabila saya demam. Pelik kan? Ini kerana di dalam keadaan biasa saya sangat susah nak makan vitamin. So, bila sakit my wife pun ambil peluang ni suruh saya makan vitamin. Lelaki ni bila dah sakit, suruh makan 'ubat' apa pun dia akan telan. Dari situ saya dapat rasakan perubahan dan sehingga sekarang saya akan makan vitamin bila demam. Sekarang ni di dalam keadaan sihat saya ambil supplement untuk jaga kesihatan tubuh badan dan top up energy selepas bersukan.

Susah nak cerita bagaimana rasanya bila kita ambil supplement. Hanya yg makan sahaja dapat merasai keberkesanannya. Di dalam keadaan normal kita tidak akan tahu bahawa badan kita kekurangan vitamin. Tapi apabila usia meningkat badan kita akan menunjukkan simptom2nya. Apa yang saya makan adalah Vitamin C, Herb Lax, OsteMatrik, Performance dan ESP Soy Protein.

Di sini ingin saya ingatkan bahawa yg menyembuhkan, merawat dan menyihatkan kita bukanlah vitamin itu tetapi Allah SWT. Kita berusaha melalui kaedah2 yg ada. Selamat mencuba.

Tuesday 5 February 2013

Assalamualaikum... ramai yg keliru mengenai supplement ni. Ada yg anggap supplement ni ubat, milk booster, kuruskan badan, cantik muka dll. Hakikatnya supplement adalah "a dietary supplement, also known as food supplement or nutritional supplement, is a preparation intended to supplement the diet and provide nutrients, such as vitamins, minerals, fiber, fatty acids, or amino acids, that may be missing or may not be consumed in sufficient quantities in a person's diet. Supplements containing vitamins or dietary minerals are included as a category of food in the Codex Alimentarius, a collection of internationally recognized standards, codes of practice, guidelines and other recommendations relating to foods, food production and food safety".

"These texts are drawn up by the Codex Alimentarius Commission, an organization that is sponsored by the Food and Agriculture Organization(FAO) of the United Nations and the World Health Organization (WHO)".

Hakikatnya vitamin dr makanan yg kita makan tak cukup menampung keperluan vitamin utk badan. So, kita amik supplement ni utk menampung kekurangan ini. Bila keperluan vitamin utk badan mencukupi kita boleh jadi sihat, sistem immune badan baik, kulit cantik, kawal kadar kolestrol dll. Insyaallah.

Monday 4 February 2013

Assalamualaikum..

Pertama kali hantar dokumen tender ke Kementerian Dalam Negeri. Dulu saya yang buat evaluation tender tapi sekarang saya jadi penender pulak. Itulah roda kehidupan. Rupa-rupanya susah juga nak buat tender ni. Banyak nak kena study, cari sumber dan buat negotiation dengan ramai orang. Preparation perlu dibuat daripada pelbagai sudut sebab kita tak nak menjanjikan kepada kerajaan sesuatu yang mungkin tidak dapat ditunaikan.

So, nanti kita tengok lah sama ada boleh menang tak tender tu. Cabaran utama adalah harga. Ia perlu compatative tetapi tidak mengabaikan aspek kualiti. Dato' bagitau untung sikit pun tak pe. Tak perlu terlalu ambitious. Untuk tender ni saya handle 100% walaupun baru pertama kali melakukannya. Susah tapi seronok.

Corporate Business  ni banyak cabaran dan agak mencabar. Business Shaklee ni mudah banyak. Tapi konsepnya sama sahaja. Marketing. How good u can market your product. Apa yg boleh buat orang membeli produk kita? So, kalau ada impian nak buat business MLM carilah produk yg halal, berkualiti, diiktiraf, selamat dan mematuhi semua peraturan2 yg telah ditetapkan. Selamat berniaga.