Friday 30 May 2014

IDEA BUSINESS NO 10 - RUMAH SEWA

Assalamualaikum pembaca tersayang. Hari ni saya nak berkongsi mengenai satu lagi business yg saya dah buat bertahun-tahun lamanya. Selain itu, sayu juga akan tunjukkan satu idea baru dalam business rumah sewa. 

Okay begini, semasa saya mula2 bekerja dahulu, saya terus beli rumah. Masa tu murah je. Tapi rumah ni saya tak pernah duduk. Beli beli terus je sewa.. saya duduk kat kuaters yg gomen sediakan. Setiap bulan saya bayar RM 30 je kat bank untuk rumah ni. Yg selebihnya penyewa bayar. Selepas 8 ke 9 tahun saya terus je jual rumah ni. Saya untung lebih kurang 6 angka. 

Bila keja dah lama sikit saya beli satu lagi aset iaitu apartment. Yg ni pun sama saya tak pernah duduk. Mula mula saya bayar lebih kurang RM300 kat bank tapi sekarang ni saya dapat positif income RM 300 sebulan. Semua hutang bank, penyewa yg bayar. So cmna? begini, mula2 dulu saya sewakan rumah kosong je tapi sekarang saya buat fully furnish, so dapat sewa tinggi sikit. Nak fully furnish rumah ni tak perlu modal yg banyak. asalkan kita pandai cari insya allah. Beli perabut terpakai pun boleh gak. lagi jimat

Rumah ketiga saya pun sama. Yg ni semi D. yg ni pun saya sewa gak. tapi yg ni mahal sikit bayaran kat bank dan sewa dia tak tinggi. Rumah kosong gak ni. Tapi boleh la sebab asalkan ada penyewa, properties ni dah kira untung. 

Anda boleh cuba buat business ni, cuma kena ingat yg business ni memerlukan cash money yg banyak. Rumah pertama 10% from value rumah; rumah kedua dan seterusnya 30%. So kena pandai2 berjimat dan ingat slow2. Jangan tamak. Mula kecik2. 

Okay nie pulak idea baru yg saya nak cuba. Mula2 anda sewa rumah (tempat mesti strategik, banyak permintaan dan biar kawasan yg middle class and above). Anda sewa rumah ni let say 3 tahun. Anda jangan duduk tapi anda fully furnishkan rumah ni. Andai kata anda sewa RM 1000 sebulan, bila dah fully furnish anda boleh sewakan RM2,000 sebulan. Sebulan anda dapat RM 1,000 tanpa buat apa2. Itu baru satu, kalau sepuluh?? bagaimana??

Tapi ingat business ni agak berisiko sebab anda ada bebanan hutang RM1000 setiap bulan. Lagi lambat anda cari penyewa lagi merugikan. Tapi sepanjang saya berurusan dengan sewa rumah ni, sangat2 tinggi permintaan terutamanya di kawasan KL, putrajaya dan kawasan berhampiran. Kekadang saya ygtak menang tangan melayan terlalu banyak call.  

TAPI BUSINESS CAMNI MAYBE AGAK SUSAH KOT SEBAB MESTI OWNER SUSAH NAK BAGI KEBENARAN SEWA ATAS SEWA. SO KENA PANDAI2 CONVINCE OWNER. SEBENARNYA DUA DUA PIHAK UNTUNG KALAU BERNIAGA CAMNI. SEWA CAMNI BIASANYA KOLEJ2 SWASTA BUAT. KITA SEWAKAN KAT KOLEJ PASTU KOLEJ SEWAKAN KAT STUDENT. LEBIH KURANG CAMTU LA.

Selain itu, business ni melibatkan manusia so pelbagai karenah diorang ni. Anda kena pandai menilai manusia sebelum bagi sewa dan buat dokumen lengkap. Dont trust anybody. Nak tahu lebih lanjut boleh text kat saya. Kita kongsi2 ilmu yg ada. Selamat mencuba.