Tuesday 21 July 2015

WHAT DO YOU WANT?

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah tahun nie dapat beraya di Johor bersama keluarga tersayang. Bila balik ke kampung je banyak yg saya perhatikan. Kekadang kesian saya lihat bangsa saya sendiri terutamanya golongan2 remaja. Ramai yg suka berlonggok kat simpang2 jalan dengan lagak2 ala stuntman. Diorang nie memang berbakat tapi sayangnya Malaysia tiada tempat yang sesuai untuk mereka merealisasikan bakat yg dimiliki. Saya pernah ke Disneyland Paris dan kat dlm tu ada show tentang camna orang Amerika buat aksi2 stuntman. Percayalah aksi stuntman bebudak Malaysia ni lebih hebat dari yg saya lihat kat sana. Mungkin taman2 tema kat Malaysia boleh fikirkan dan adapt this concept. 

Bukanya salah kita berkumpul jumpa kawan2 tapi biarlah berpada2. Ini tidak, hari2 melepak sampai 2, 3 pagi. Lebih teruk buat bising, race, main mercun dll. Sedih saya tengok generasi pelapis Malaysia yg akan datang. Semoga Allah SWT berikan rasa keinsafan kepada mereka dan saya yakin kalau kita semua mendoakan yg terbaik untuk mereka, Insya Allah akan terbuka hati mereka untuk berubah. Mana tahu satu hari nanti mungkin mereka jadi insan yg lebih baik dari kita. Insya Allah. 

Selain tu, banyak benda yg saya lihat sewaktu saya dikampung. Banyak sangat business opportunity yg boleh di buat di kampung. Banyak yg saya boleh ubah kat kampung wife saya (Felda) sebenarnya. Dan saya yakin kalau saya buat business kat kampung income saya akan lebih dari apa yg saya dapat sekarang. Harap2 ada orang kampung yg dapat buat seperti apa yg saya fikirkan. 

Tapi ada satu benda yg sangat terkesan di hati saya bila balik ke kampung. Sebenarnya kat kampung ni aman dan tenang berbanding kat kota2 besar. Benda2 ni yg membuatkan saya lebih bersemangat untuk pulang ke kampung bila saya dah berjaya nanti. Insya Allah. 

Kita kena faham konsep kenapa kita hidup kat dunia nie. Ya betul kita hidup kerana Allah. Itu tidak boleh dinafikan. Selain itu kita nak hidup kita BAHAGIA. Difinasi BAHAGIA pulak berbeza2 mengikut prespektif masing2. Ada orang yg bahagia bila ada kereta besar, rumah besar, wang ringgit melimah ruah dll tapi bagi saya definasi BAHAGIA tu lain. 

BAAHAGIA bagi saya apabila saya ada waktu yg cukup untuk mengadap tuhan (x kelam kabut dan terkejar ke sana sini), tidur dengan lena walaupun atas tikar getah (less problem), makan sedap ikut selera (walaupun murah dan hanya makanan kampung), buat benda yg saya suka tanpa ada paksaan dr mana2 pihak, bebas bergerak kemana sahaja tanpa ada rasa takut, ada lebih waktu dengan family dan banyak lagi. 

So anda yg tentukan apa definasi BAHAGIA untuk anda. Tidaklah semestinya wang ringgit itu boleh membuatkan anda BAHAGIA. Mana lebih baik??? duduk rumah besar tapi x gembira atau duduk rumah kecil tapi happy je??? 

Saya punya definisi senang je... Duduk rumah besar dan happy. Itu yg terbaik... Hahahaha... 

Selamat Berniaga dan berusaha. Ingat pepatah saya 'Bila Nak Berniaga, What Make U different?