Monday 22 September 2014

BERUSAHALAH

Assalamualaikum...

Tak kira apa jua kerjaya yg kita lakukan sama ada makan gaji atau kerja sendiri pasti kita inginkan yg terbaik. Sebabnya yg terbaik itu adalah peningkatan terhadap kerjaya kita... Namun tak semua yg terbaik akan beroleh kejayaan. Itulah lumrah hidup... segala2 telah ditentukan cumanya kita tak akan tahu apa ketentuan kita... 

So, teruskan berusaha walau kita masih tak peroleh apa2 lagi. Insya Allah selagi mana kita tidak berputus asa selagi itu akan ada ruang untuk kita berjaya... Dan kalau akhirnya kejayaan itu bukan milik kita, redhalah kerana.......... ada sebab Allah x bagi kita berjaya.. Mungkin kita akan kehilangan sesuatu apabila kita berjaya, atau mungkin kita lupa padaNya atau mungkin......... 

Friday 5 September 2014

KERJA SENDIRI ATAU MAKAN GAJI

Assalamualikum pembaca budiman,

Makin hari makin sibuk rasanya dengan rutin harin yg tak berkesudahan. Inilah realiti apabila kita bekerja dengan orang / makan gaji. Kita ada tanggung jawab yg perlu dilaksanakan. Saya seperti kebanyakan pembaca di luar sana kekadang rasa nak bekerja sendiri sahaja. Tapi, banyak faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum saya ambik keputusan dan semestinya ia akan memberikan kesan kepada perancangan kewangan, keluarga dan kehidupan harian. Jangan semberono buat keputusan. Timbang dengan sebaik-baiknya. 

Saya masih tak yakin nak bekerja atau memulakan perniagaan sendiri. In a simple word, it's too risky. So saya bekerja makan gaji tapi sambil2 tu saya buat business. Sehingga ke hari ni alhamdulillah, dua2 memberangsangkan. Business yg saya buat xmemerlukan banyak masa sangat. Insya Allah satu hari nanti bila business ni dah berkembang saya boleh lah berhenti makan gaji. 

Malaysia ni banyak sangat peluang untuk berniaga dan maju.  Hampir setiap hari saya dapat fikirkan sesuatu perniagaan yg baru/ kaedah baru. Cuma nak buat tu yg agak mencabar dari segi komitment, masa dan lain2. 

Lepas ni saya nak upgrade salah satu business yg saya buat ke tahap yg lebih tinggi. Apa dia? nanti saya ceritakan. So rajin2 lah singgah ke blog saya ni.