Thursday 20 November 2014

IDEA BUSINESS IN KOREA

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Hari ni saya nak kongsi salah satu lagi idea business utk korang cuba buat. Idea ni saya dapat semasa saya melawat Korea baru2 nie. Business yg mudah2 je dan yg banyak permintaan terutamanya kaum Hawa. 

Begini ideanya... 

Brg2 kat korea ni xlah mahal sangat walaupun mata wang dia besar dari kita. Barang2 yg murah dan selalu pelancong dr Malaysia cari adalah kain dan kerongsang. 2 benda nie kalau yg nak buat berniaga memang boleh lah sangat. 








Borong banyak2 then hantar pakai pos then jual kat Malaysia. Ambil untung sikit setelah ditolak harga modal, tiket kapal terbang, penginapan dan kos penghantaran. Dapat melancong dan berbisness sekaligus. 

Soalannya.. Kenapa Korea?? Bukankah barang2 dari China lagi murah??? Nie yg sya nak bagitau... Idea business camni bukan idea baru... dah ramai yg buat camni tapi kebanyakkan orang ambil barang dr China. Dan sepertimana yg tertanam didalam kepala kita barang dr China rendah kualitinya (kebanyakkannya BUKAN semua). 

So bila nak berniaga kita xboleh ikut kebanyakkan orang buat. Kita kena kreatif dan inovatif. Barang dr Korea terutamanya kerongsang tinggi nilai kualitinya dan saya dah lihat sendiri bagaimana mereka hasilkan kerongsang nie (memang made in Korea). Orang kata batu dia berkilat dan susah nak tanggal berbanding kerongsang tempatan. 

Saya juga dah lihat kerongsang nie dijual 3 kali ganda di internet berbanding harga yg saya beli di Korea. So kalau kita beli banyak2 dan jual insyaallah boleh cover modal beserta keuntungan. Kain pun sama, harga dia lebih rendah dari harga kain tempatan. Bab2 ni org pompuan memang pandai menilai. 

Harus diingat, xsemua tau macam mana nak gi korea and cari tempat amik barang, nak pos lagi n mcm2 kerenah. So nie lah sebenarnya idea yg saya nak introduce. Pertama  kena ada modal yg banyak. Beli berkontena2 dan bawak balik ke Malaysia. Kemudian cari agen dropship n bg komisyen kepada yg menjual atau cari mana2 kedai accessories n jual je kat diorang dlm kuantiti yg banyak. So, anda berniaga dalam skala yg besar. Sekali sekali jadi taukeh la kan.... Nak jual sendiri pun boleh jugak...

Risk - Xda kot sebab barang2 cmni xbasi. Design sepanjang zaman cuma kena preserved betul2 utk tahan lama. 

Banyak lagi yg boleh di ambil kat korea ni seperti kasut, beg, baju, charms, dll. Semuanya murah2. Lebih murah dr yg ada kat Malaysia sebab diorang produce produk diorg sendiri. Kualiti dia memang terbaik. Design pun up to date. Nak lagi advance??? Bawak balik n Re-branding. Nak tau tentang re-branding boleh baca entry saya yg lepas2. 

Kalau nak tau kat mana nak cari barang tu, saya dengan ikhlas hati boleh bagitau. Consultancy percuma... Ilmu untuk bekalan akhirat. 

Monday 10 November 2014

KOREA TRIP



Assalamualaikum pembaca sekalian..  

Kali ni saya nak share tentang business visit to DSME Korea. Alhamdulillah dapat peluang dtg Korea kali ketiga. Tapi kali ni lawatan saya berbeza dr yg sblmnya. Kali ni bkn sekadar dpt masuk DSME tapi dapat gi workshop dia n jln2 kat dlm. Xsemua deligasi dpt access yg cmni... 

Makin lama sy jln kt sini makin kerdil rasanya shipyard kat Malaysia. Jauh dan banyak lagi yg kita perlukan utk membangunkan industri maritum kt Malaysia.. Semua ni sbnrnya PELUANG untuk menjana income.. Bnyk idea business dlm fikiran sy (yg bigger scale).. nnti bila ada masa sy kongsi.. kalau bkn saya yg buat mayb org2 yg baca blog ni boleh buat.. 

Yg penting Usaha.. 

*saya rasa kalau saya berada in a right place, right position, right job and right time, Insyaallah saya mampu ubah industri maritim di Malaysia jauh lebih baik dari apa yg ada sekarang.... Insyaallah.