Tuesday 25 March 2014

#Remembering Flight MH370

#Remembering Flight MH370

Baru semalam PM umumkan yang Flight MH370 ended di Lautan Hindi. Walaupun masih belum dijumpai dan disahkan serpihannya berita tersebut pasti meruntum hati seluruh rakyak Malaysia terutamanya waris terdekat.


Buat semua keluarga penumpang Flight MH 370 salam takziah dari saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Doa saya agar anda semua tabah dan sabar menghadapi ujian dari Nya. Manusia merancang, Allah pun merancang dan sebaik2 perancangan adalah dariNya. 

Tuesday 18 March 2014

#DoakanUntukMH370

#PrayForMH370

Assalamualaikum pembaca tersayang. Di saat kita menikmati hari2 mendatang, ada insan yg sedang merintih menanti kepulangan orang tersayang. Misteri yg terlalu sukar untuk dirungkaikan sama ada secara logik atau saintifik (selagi belum ditemui MH370). Banyak teori dan spekulasi yg di utarakan namun saya lebih suka berdiam dan mengikutinya dari saluran yg sah dan bertauliah. Mencari MH370 adalah keutamaan. 

Oleh itu, saya akan terus menerus berdoa dan berharap sesuatu yg positif bakal menjelma. Selagi belum ditemui jasadnya, selagi itulah ada harapan yg masih boleh disandarkan. Saya juga memohon sesiapa yg membaca blog ni agar bersama-sama berdoa kerana ada di antara kita yang mana doanya mungkin dimakbulkan. Insyaallah. 

To MH370 - Please Come Back


#DoakanUntukMH370