Tuesday 3 March 2015

KESILAPAN DI DALAM IKLAN

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ni saya nak kongsi satu lagi kesilapan yg kerap dilakukan oleh orang2 yg berniaga. Benda mudah dan simple je... iaitu bidang pengiklanan di FB. Saya perhatikan ramai yg mula menjadikan perniagaan sebagai kerja sampingan. Alhamdulillah. Tapi teknik pengiklanan jauh terpesong daripada jalan yg sepatutnya. 

Cuba perhatikan di dalam FB anda..... masih ramai yg mempromosikan plan lebih daripada produk mereka sendiri.... maksudnya orang lebih suka post - Bila berniaga produk itu dan ini anda belah jadi kaya raya.... then post gambar duit, rumah besar, kereta mewah secara berlebih-lebihan. Cerita tentang produk sangat2 kurang..

Itu semua adalah plan perniagaan semata-mata (business plan). Yg lebih penting sebenarnya adalah apa kebaikan produk yg anda ingin niagakan. Sy bg contoh..... ada satu business tentang penyedia perkhidmatan telekomunikasi kaedah baru..... setelah sembang2 dengan kawan yg menjual benda ni baru saya faham apa sebenarnya benda tu. Rupa2nya memang bagus produk ni bagus dan ada advantage.... tapi di dalam FB orang promote jadi kaya lah, berhenti kerja lah, pakai kereta mewah lah, pencen muda lah, dll.... So apa produknya???? apa kebaikan produk??? 

Iklan yg baik adalah iklan yg boleh bagi tau orang kenapa mereka perlu beli produk dari anda... ceritalah mengenai kebaikan produk, kongsi testimoni, dll. Benda2 nie semua kena banyak membaca dan buat sedikit research.... Orang yg berniaga produk kesihatan lagi lah kena banyak membaca.... lagi banyak informasi yg anda tahu lagi baik dan memberi kelebihan kepada anda... INGAT ramai orang kat luar sana berniaga produk yg sama dengan anda... SO WHAT MAKE YOU DIFFERENT???

MLM adalah satu bentuk perniagaan yg sah dan halal. TAPI BUKAN SEMUA...Yg sah dan halal ni pulak orang salah guna... selalu bagi false hope semata2 nak cari client atau downline.... end up banyak yg rasa tertipu.....

Boleh tak kongsi plan perniagaan ni... Jawapannya boleh tapi jangan berlebih-lebihan... 

Selain itu, bila berniaga:-

1. Jangan over claims. Lebih sudu dari kuah... cerita yg betul2. Ada satu produk tu - makan garam boleh hilangkan kanser. Biar rasional.....

2. Jangan edit gambar sebelum dan selepas bila buat testimoni. Ada org yg gelap kemudian makan produk jadi putih melepak... adoi... gambar edit sahaja... biar rasional.. Yg buncit jenoh tahan nafas nak bagi nampak tegap... dll.

3. Jangan tipu...  Ada orang snap gambar kereta mewah tapi bukan dia yg punya... ambil gambar depan rumah orang... nak bagi nampak gah semata2.... realitynya apa pun takda

INGAT!!!!!! KONGSIKAN KEBAIKAN PRODUK 

'STOP SELLING START SHARING'