Wednesday 30 October 2013

THE ART OF NEGO

Assalamualaikum...




Saya stop jap mengenai solid food. Hari ni sy nak kongsi mengenai The Art of Negotiation. Nampak  mudah tapi tak ramai yg faham konsep nego nie. It any corporate business, nego adalah salah satu element yg penting sebabnya benda ni dapat menentukan berapa margin yg kita dapat. Lebih bijak kita nego lebih banyak keuntungan yg kita dapat. 

Hari ni saya nak ceritakan mengenai cara2 nak nego di dalam business jual kereta sahaja (sebab ada yg bertanya). Sebaik2nya nak nego ni kena berdepan dengan pemunya. So, maksudnya bila nak buat business jual beli kereta ni JANGAN beli pada broker. Kalau nak guna bolehlah. Broker ni akan amik sedikit keuntungan atas kenderaan tersebut dan believe me, it's hard to nego with them. Sebab apa??? sebab dia takda urgency utk jual kenderaan tersebut. U nak atau tak nak dia masih tak rugi apa2.

Berbanding dengan owner, kekadang dia nak guna duit terdesak/cepat atau nak sambung belajar, atau nak gi oversee, nak jual cepat dll. So mudah sikit nego dengan owner nie. Bila nego, go for the lowest price at the first time yg anda rasa. Bab ni kena baca dan buat research sikit sebelum jumpa owner (tapi mestilah reasonable). 



Lagi banyak maklumat yg anda tahu lagi baik. Contohnya kenapa harga kereta 2nd hand iswara/kia/hyundai/wira/satria rendah??? kenapa harga honda/toyota tinggi??? berapa anda kena spent untuk repair kereta tu (harga tayar, timing belt, drive shaft, dll. Kena tau sikit2 tentang kereta dan engin kereta). Berapa kos tukar nama/insuran dsbgnya??? berapa harga pasaran (yg paling rendah org jual), berapa owner dan perkara2 lain yg boleh menurunkan harga kereta tersebut. Kena juga tahu pasaran kereta tu kat luar cmna... semua point ni dapat menurunkan harga kereta

So go for the lowest at the first time, and make sure anda dah tetapkan maksimum harga yg anda rasa anda mampu (berdasarkan kajian anda). Kat TV anda boleh lihat teknik2 nego ni dalam History Channel. Cuba tengok The Pickers, King of Restoration, Pawn Star, Counting Car dll. Banyak term yg diorang guna spt breaking the ice, combination, harga pukal, baling duit syiling, gold rust dll. 

Nego it's about your attitude. Jangan sombong bila jumpa penjual, kena humble, cakap baik2, jangan mendesak, minta baik2, kalau tak boleh just minta maaf dan berterima kasih sebab dia sudi jumpa anda. Semua element ni berkaitan dengan manusia (yg ada hati dan perasaan). So pandai2 lah anda amik hati penjual tu. Bila dia suka anda senang je nak minta diskaun....

Okay selamat mencuba..

Friday 25 October 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 3

Assalamualaikum...

Another busy week. So tak sempat nak sambung kisah solid food. Tapi hari ni ada ruang sikit saya coret sekadar terdaya. Hari ni kisahnya adalah...  apa pulak makanan yg sesuai utk baby???. Solid food utk baby ni MESTI yg lembut, atau cecair atau yg senang dikunyah/tak perlu kunyah (baby kan xda gigi). Lagipun pembentukan muscle dia masih lemah untuk mengunyah dan menghadam makanan. 

Okay fomula yg senang untuk diingat. Mulakan baby food dengan makanan yg di dalam bentuk cecair iaitu sayur2an yg diblend. Sayur ni jugak boleh di campur dengan nasi  tetapi mesti di blend. Antara sayur yg boleh di cuba termasuklah carrot, potatoes, sweet potatoes, bunga kubis dan seumpamanya.


Klik gambar untuk besarkan dia...


Selain tu, wife saya juga campur susu badan kat dalam baby food ni. Dan ia juga disarankan oleh kebanyakan penulis2 buku mengenai baby food. Satu lagi yg perlu diingat.... Semua sayur2an yg hendak dijadikan makanan baby MESTI direbus terlebih dahulu. JANGAN campur dengan garam atau gula atau MSG atau apa2 sahaja. Vegetable semata2. Kalau nak campur buah2an pun boleh gak tapi buah2an tu pun perlu direbus dahulu sebelum di blend. Banyak artikel yg saya baca penulis menyarankan bagi baby avocado. So cuba cari kat laman web nape avocado???? Nanti share kat sini ye....  

Bagi baby makan makanan yg sama sekurang2nya 3 hari berturut-turut. Yg ni sebabnya untuk kita test baby kita sama ada dia ada allergic (alahan) atau tak dengan sesuatu makanan.... Bagi makan baby dan perhatikan. Selalunya makanan yg boleh menyebabkan alahan adalah seperti telur, kacang, ikan dll.

Okay, tu je utk hari ni. Sambung minggu depan pulak.. Assalamualaikum

Friday 18 October 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 2

Assalamualikum...

Sambung semalam,  Australian Breastfeeding Association menyatakan bahawa sekiranya baby amik solid food less than 6 month boleh menyebabkan baby mudah terkena penyakit dan tidak membantu tumbesaran. Salah satu health concerns apabila memperkenalkan baby dengan solid food sebelum 6 bulan adalah iron deficiency (Iron deficiency (sideropenia or hypoferremia) is one of the most common of the nutritional deficiencies). Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk..... Dlouhy, Adrienne C.; Outten, Caryn E. (2013). "Chapter 8.4 Iron Uptake, Trafficking and Storage". In Banci, Lucia (Ed.). Metallomics and the Cell. Metal Ions in Life Sciences 12. Springer.

Kenapa jadi camni?? Kenapa baby mudah terkena penyakit bila amik solid food sebelum 6 bulan?? Okay begini (dalam bahasa yg mudah difahami). Apabila baby amik solid food dia akan cepat kenyang. Apabila baby cepat kenyang dia akan KURANG menyusu (sebab dah kenyang). Bila dia menyusu pulak kandungan iron yg ada dalam susu ibu akan lebih mudah diserap oleh solid food tadi berbanding badan baby. So badan baby kurang dapat khasiat susu. Kurang menyusu maknanya kurang dapat antibodi. So baby senang kena penyakit sebab antibodi tak kuat. Dan apabila baby kurang menyusu juga (disebabkan kenyang), susu ibu akan start berkurangan. 

Di dalam dunia ni masih belum ada satu susu formula yg mempunyai khasiat yg sama atau lebih baik dari susu ibu. So make sure your baby dapat menyusu dengan secukupnya (sebab tu Allah S.W.T. suruh ibu menyusukan baby). Ini semua ilmu tuhan. 

Okay cukup untuk hari ni, iaitu ilmu mengenai kenapa baby kena amik solid food selepas 6 bulan. Nanti sambung lagi ye..

Thursday 17 October 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 1


Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi mengenai solid food.. Baby saya pun dah masuk 6 bulan dan ni lah masa untuk dia makan.. Bab makan ni biasanya pasangan2 muda atau yg baru dapat anak pertama tu, dengar nasihat org2 tua je.. Kita akan biasa dengan ayat camni "ala kamu dulu tu masa baby mak sumbat je macam2, idup lagi sampai hari ni" Susah kan sebab melibatkan orang2 tua. Takpe, cakap baik2 sebab sekarang ni zaman ilmu pengetahuan dan apa yg saya nak kongsi kat sini adalah hasil kajian di seluruh dunia dari orang yg berbeza2. Saya sampaikan sahaja.

Biasanya pasangan2 muda ni akan tanya bila baby boleh start makan??? banyak mana nak makan?? Nak bagi makan apa dulu??? dan beribu2 persoalan... Okay saya mula satu2. Mengikut kebanyakan pediatricians, baby boleh start makan masa berumur 6 bulan (ada juga yg cakap 4 ke 6 bulan). Kenapa?? sebab dalam tempoh 6 bulan tu adalah masa badan baby belajar cara2 nak digest makanan. So dalam tempoh 6 bulan yg pertama makanan baby adalah susu ibu semata-mata (susu formula saya tak recommend). Maknanya air suam ke, air kosong ke, susu kambing ke tak perlu....

Namun begitu, boleh gak bagi baby makan lebih awal dari tempoh 6 bulan.. Biasanya baby akan bagi beberapa sign.. antaranya adalah

a. Dia dah boleh diam dalam keadaan duduk (dengan support) dan naikkan kepala dengan sendiri...

b. Dia dah tengok2 dan interested dengan apa yang mama dia makan dan cuba2 nak ambil makanan tu. 

c. Dah start nak extra milk (lebih dari yg biasa).

d. Berat baby dah double berbanding masa dia lahir dulu.

e. Dah boleh/pandai kemam (simpan) makanan dalam mulut. 

Time baby makan sebenarnya takda... Bila dia free, mama pun free boleh2 la cuba bagi dia makan. Tak perlu 3 kali sehari... Ikut kelapangan mama dan baby. Nie kira cam nak mengajar je... Okay untuk hari nie.. sok sambung lagi ye Insya Allah. 


Wednesday 16 October 2013

IDEA BUSINESS NO 8 - ANIS CHOC MOIST CAKE

Assalamualaikum pembaca sekalian... 

Hari ni saya nak kongsi satu lagi idea business kat kawan2. Tapi kali ni bukan idea saya tapi idea ANIS CHOC MOIST CAKE. Sape dia ni?? tah lah saya pun tak kenal tapi cake dia memang terbaik... Dan yg paling penting idea business dia memang lain dari yg lain.. 

Kak ipar saya pun jual cake.. Azura Cake House... downline saya pun jual cake aina nadirah.... So banyak orang jual cake tapi idea Anis ni memang best. So saya nak kongsi ngan kawan2 supaya kalau korang ada kwn2 yg jual kek boleh share idea ni.. Dont worry tak salah kongis idea orang...

Pernah masuk KFC tak??? sekarang ni KFC dah tak bagi sos guna botol lagi kan??? Nape??? sebab lebih untung dia buat satu station tekan sos. Mana datang idea ni... Yes, datang dari McDonalds... Ni lah yg saya nak bagi tahu, tak salah kita guna idea orang asalkan mendatangkan kebaikan dan bukan copyright (yg ni kena berwaspada ye)...




Okay, nak declare awal2 ni.. saya tak beberapa mengkaji kaedah business nie, so apa yg saya tulis ni adalah hasil sembang2 ngan kawan saya (sebab dia salah satu pengedar Anis Kek nie).. Ramai orang yg buat kek tapi tak ramai yg buat kaedah ni. Biasanya orang yg pandai buat kek dia akan iklankan kat blog atau FB. Yg berduit sikit dia buka kedai bakery

Idea Anis, dia buat kek then dia jual kepada pengedar (tak perlu bayar apa2. Pengedar amik komisen je) pada harga yg sedikit murah.. Contohnya RM 3.00 (Ni kek yg dalam tupperware tu. Cm Red Velvet dsb). Pengedar tadi ni akan cari tempat untuk dia letak kek tu.. Dalam kes ni Petronas (Sebab banyak kek Anis ni kat Petronas). Berapa pengedar jual kat Petronas? RM 3.50 ke RM 4.00. Berapa Petronas jual??? Biasanya RM 5.00 ke 5.30. Berapa pengedar untung?? Biasanya RM 0.50 ke RM 1 setiap kek. Kalau 300 biji satu hari, pengedar dapat RM 300 per day. Kalau kek tu expired?? Pengedar tanggung.. Yg bab ni kena pandai marketing...

Myb anda terfikir baik beli kat kilang Anis je cmtu dapat RM 3.00 berbanding kat Petronas RM 5.00... Betul tak? Ingat ni la idea Anis.. Anda hanya boleh dapat harga RM 3.00 tu kalau anda pengedar dan beli 300 biji (camtu la lebih kurang). kalau nak seketul je, sama je harga kat Petronas tu (myb murah la sikit).. Dengan kaedah ni dia dapat control harga supaya orang tak beli dengan dia direct. Bijak2. Nak murah cari pengedar.. Tapi kalau nak makan seketul je boleh beli kat Petronas je.. 

Dan saya yakin dia akan terus berkembang-kembang. Good idea, kek pun sedap. Dan nak berjaya dalam business camni, kek kena sedap dan harga yg murah (berpatutan). Anis ni untung sebab dia xda risiko rugi sebab bila pengedar beli tak boleh return balik (tu sebab pengedar beli murah). Dan dia tak perlu cari tempat nak letak kek, pengedar yg cari.. Kalau ada seribu pengedar dah ada beribu-ribu tempat.. Ingat!!! selalu saya bgtau business is about connection... 1000 pengedar tu ada beribu-ribu tempat yg di tahu mana boleh dipasarkan kek tu. Kalau kita sorang2 kan susah sikit. 

Dan nak bgtau, bila anda buat kek sedap, fb dan blog sahaja dah tak menang tangan nk penuhi permintaan... So yg buat kek tu boleh guna idea Anis ni... Buat kek sedap2, cari pengedar dan bayar komisen je.. Anda jimat masa utk buat marketing... Dan saya akan sentiasa menyokong orang2 yg business camni.. 

Friday 11 October 2013

IDEA BUSINESS NO 7 - KEDAI KERETA ONLINE

Assalamualaikum...

Selama ni saya asyik kongsi idea business sahaja. So hari ni saya nak kongsi satu business yg saya dah buat. Simple je  business ni.. Tak perlu banyak masa, murah dan ideal kalau nak buat. Okay ideanya adalah kedai kereta online. Cmni idea ni timbul, mula2 saya ada satu kereta je. So kalau ada meeting atau nak antar anak ke sekolah atau hantar pengasuh susah sikit

So saya beli la kereta kedua (satria). Beli pun murah je. Cash. Mula2 memang nak guna tapi saja2 gatal, saya gi iklankan kat www.mudah.com.my. Saje test market. Pas insert iklan je, berderet call yg masuk... So saya belajar la cmna cara nk jual kereta. Then deal dan saya jual kereta yg saya beli tu. Dapat la untung sikit. So saya start berfikir, best gak business ni.. Then saya continue lagi beli satria dan kancil... So betukar2 la kereta saya sampai sekarang. 

Kenapa orang beli kat saya?? Kenapa saya boleh jual dengan senang?? Okay cmni, saya beli atas orang dan saya pastikan kereta yg saya beli tu lagi murah yg dijual kat kedai used car (sebab kalau korang jual kete kat used car dia amik lagi murah dr harga yg saya beli kat korang). Dan bila saya jual kat orang saya akan pastikan harga saya lagi murah yg dijual kat used car (sebab used car jual mahal sikit, yela nk byr tapak, bayar saleman dll). Saya tak da kos sampingan. Tu sebab kereta saya murah.. Hehehe... Lagipun prinsip saya untung kecik2 cukup la... Used car untung berlipat kali ganda. Kalau nak tahu lebih lanjut cara2 nak beli kereta terpakai ni boleh cari kat blog saya. Saya pernah post.

Kaedah dia camni ye. Mula2 beli kereta terpakai cash. Beli kereta yg murah2 je. saya beli yg RM15,000 ke bawah. Kenapa beli cash??? sebab kalau hutang susah nak clearkan borang2nya. Nak kena tukar nama la dan bermacam2 lagi. Nak jual pun kena cash. Kalau buyer tu takda cash suruh dia buat pinjaman peribadi (lagi jimat dari pinjaman kete). Kenapa kena jual cash??? Sebab bank hanya boleh released duit pada pemunya kereta berdaftar. Ingat ye bila kita beli kete kat orang kita TAK tukar nama lagi (sama kaedah used car). Atau pun bank boleh released cek kat used car sahaja. Orang perseorangan tak boleh. 

Bila beli, pastikan orang yg jual tu clearkan hutang kereta tu... Sebab nak amik geran kereta yg asli. Buat la perjanjian sikit.. reka sendiri je... Pastikan kereta tu milik orang yg jual, check ic dia supaya sama dengan nama kat geran, check dengan JPJ. 

Perjanjian tu kita kena mention yg kalau kena saman atau xcdent, atau apa2 selepas kita beli, adalah menjadi tanggung jawab kita sepenuhnya (ni nk bg penjual tu selesa dengan kita). Then bila dapat kete saya bawa ke bengkel utk check sepenuhnya dan repair sikit2. Tukar minyak hitam, minyak gear dan apa2 yg patut. Bersihkan kete, polish ke, cuci engin dll. So start la iklankan kete tu kat mudah tadi....

So, amacam. Saya dah buat dah business ni. Setakat ni alhamdulillah. Ada la untung sikit2. Konsep business ni sama2 untung. Kita dan pembeli. Nak belajar lebih lanjut boleh calling2. kita sharing2. Selamat mencuba. 

Tuesday 8 October 2013

JANJI DITEPATI

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi satu pengalaman di dalam business. Mudah2an dapat jadi panduan kepada kawan2 yg nak berniaga.. Tak besar pun isu ni tapi ia tetap memberi kesan kat kita. Okay isunya adalah JANJI DITEPATI

Berdasarkan pengalaman kita buat business... Dalam business ni salah satu elemen yg pentiang adalah connection. Biasanya connection ni kita akan dapat bila kita attend meeting, discussion, forum, makan2 dll. So kat acara2 cm nilah kita jumpa orang yg besar2 (bukan badan dia besar tapi jawatan dia)

Dan biasanya (bukan semua) orang besar2 ni cakap tak serupa bikin terutamanya orang politik... Kenapa?? okay biasanya bila kita jumpa diorang kat majlis2 ni kita boleh sembang2.. then cm biasalah dia pun jemput kita datang office, sembang2 kat office, nak tolong kita buat business, dll. Boleh kata satu Malaysia lah di control... 

Dan kita yg baru merangkak dlm business ni pun get excited dengan pelawaan org2 besar ni. Tapi sebenarnya indah khabar dari rupa. Yg pertama pengalaman dengan Ketua Menteri (xperlu la saya bgtau sape), bila kita dah set appointment everything is okay. Kita pun gi lah pejabat dia dan kat sini la mulanya. Mula2 kita akan tunggu berjam2, lepas tu tukar venue, last2 jumpa xsmpi setengah jam pun dengan alasan sibuk (dah tau sibuk xyah la jemput orang datang office).

Yg kedua Timbalan Menteri (pun xperlulah bgtau namanya). Sama kes sama je perjalanannya. Masa set appointment dulu macam best je janjinya. Anda yg baca blog ni ingat!!!! sebenarnya simple je, kalau rasa cm sibuk je hari2, tak perlu tabur janji nak jumpa la, invite dtg office la n buat janji kosong HANYA semata-mata nak please someone. Bg tau je tak da masa. Dan kalau tak boleh jumpa pada hari yg dijanjikan atau lewat, maklumkan sahaja. Simple je kan. And now bila dengar orang2 besar ni cakap, saya senyum je. Saya dah tau itu hanya rekaan semata-mata... So, kita layan je la... 

So ingat, anda jangan buat benda yg sama. Dalam business JANGAN janji kosong. Kalau tak boleh cakap tak boleh. Sekali anda buat benda yg tak baik kat orang, benda ni akan tersebar dengan cepat je. Orang akan look down on you (tak kira tinggi mana jawatan anda)... Berniaga dan bekerja la dengan ikhlas bukan untuk manusia tapi untuk Allah SWT

Monday 7 October 2013

OKTOBER PROMOTION



Sempena bulan Oct ni Shaklee buat promosi Cologen Powder. Yg ni pun antara produk Shaklee yg laris. Sebab dia laris, produk ni saya dah ada kat umah (ready stock). Yg duk kat Putrajaya, Damansara dan kawasan sekitarnya boleh call untuk order. Saya hantarkan. Yg jauh2 tu saya pos je ye.. 

Bulan nie sahaja promotion

1. Buy 6 and get 1 free (worth RM298)
2. Free membership (worth RM65)
3. Free postage/delivery
4. Free 444 UV (UV ni dapat duit ye lebih kurang RM114)

Kalau beli 3 pun dapat nie jugak:

1. Beli pada harga ahli (sebab dapat free membership)
2. Free membership
3. Free postage

Nak beli sekotak pun boleh... Kalau rajin boleh tanya kawan2. Beli kongsi.  So masing-masing dapat harga yg murah (sebab dapat free 1 bila beli 6). Bahagi2 sama rata. PM saya atau wife untuk pertanyaan lanjut, consultation atau nak order ye... 

Friday 4 October 2013

APA ITU LDR

Assalamualaikum kawan2... Pernah dengar LDR tak???... Yg ni pun kalau ibu2 tak faham boleh di jatuhkan hukuman sebat.... Hahaha... Dulu masa saya tak tahu wife saya selalu sebut LDR ni... Sekarang baru saya faham... Hehehe.... Okay saya kongsi kat sini.. Artikel ni saya extract dari https://www.breastfeeding.asn.au

The Let-Down Reflex (LDR)
  • By sucking at the breast, your baby triggers tiny nerves in the nipple.
  • These nerves cause hormones to be released into your bloodstream.
  • One of these hormones (prolactin) acts on the milk-making tissues.
  • The other hormone (oxytocin) causes the breast to push out or ‘let down’ the milk.
  • The let-down reflex makes the milk in your breasts available to your baby.
  • Cells around the alveoli contract and squeeze out the milk, pushing it down the ducts towards the nipple.
  • Oxytocin also makes the milk ducts widen, making it easier for the milk to flow down them.
  • The let-down may happen if you see or hear your baby or even just think about him.
  • The let-down can also be triggered by touching your breast and nipple area with your fingers or by using a breast pump.
  • People often say that your let-down may not work as well if you are very anxious, extremely tired, upset or in pain. The truth is that breastfeeding is a powerful process. With support and encouragement, mothers cope with many different stresses and still breastfeed successfully.
You may be aware of the let-down as:
  • a tingling feeling, which can be quite strong
  • a feeling of sudden fullness
  • milk dripping from the other breast
  • a change in the baby’s sucking pattern from a quick suck-suck to a rhythmic suck-swallow pattern as the milk begins to flow.
In the early days you might feel your uterus contract when you let down, especially if this is not your first baby.
Let-downs usually occur more than once during a feed; however most mothers will only notice the first. These other let-downs occur in response to changes in a baby’s suckling. Some mothers feel the let-down in the early days or weeks, but later find that this feeling goes away.
Ways you can help your let-down to occur when feeding or expressing:
  • Relax. While you feed or express, breathe slowly and deeply. Some mothers find it helpful to have a warm drink first or listen to calming music. Warmth may also help, for example having a warm shower or placing a warm face washer on your breast for a few minutes before starting.
  • Gently massage your breasts. Stroke your breast towards the nipple with the flat of your hand or edge of a finger. Gently roll your nipple between your fingers.
  • Think about your baby. If you are expressing, you may find it easier to express while you are close to your baby. When you are away from your baby, you may find it helpful to look at a photo of your baby.
  • Support. Your support person may also help by giving you a gentle back and shoulder massage to help you relax. Some mothers, however, prefer to express or feed in private as they feel under pressure if anyone is watching them.


Thursday 3 October 2013

IDEA BUSINESS NO 6 - PART TIME MAID

Assalamualaikum pembaca sekalian. Lama xcoret2 kat blog nie. Ada gak yg tertanya2. Myb ramai yg nak idea business. Bln Sep adalah bulan yg paling sibuk. Ada training, oversea trip, meeting, discussion dll. So, kurang la dapat menaip kat  blog ni. Tapi yang pasti IDEA BUSINESS tak pernah kering. Bln 9 jugak adalah bulan rezeki. Dah dapat completekan car bonus cycle dr Shaklee. Alhamdulillah.

Hari ni saya nak kongsi satu lagi idea business. Benda nie pun bukan benda yg baru cuma kita jarang dengar. Kat Amerika memang dah berjaya. Idea ni saya namakan part time maid. Saya pernah nampak orang gantung iklan ni tapi sangat2 jarang benda ni ada, dan kalau ada pun bukan secara professional. So apa kata kalau kita jadikan benda ni satu pekerjaan yg professional. Bagaimana?

Okay. Ni idea saya. Mula2 kita tubuhkan satu syarikat. Kita gajikan 2 orang pekerja dan kita sebagai supervisor (amik pengalaman dulu).  Pagi2 masuk office lihat job sheet (nie tempahan semalam). Sebagai permulaan, boleh amik order satu hari 2 rumah sahaja iaitu sekali pagi dan sekali petang.  

Mula kecik2 jangan tamak. Lihat market dulu, build up your company name, give a good service dll. This is I call learning phase. Kt Bandar ni org masing2 sibuk. Rumah tu kkdg lintang pukang dibuatnya. Masuk dengan hero2 malaya lagi.. HMmmm.. Bila dah balik kerja masing2 penat. Kalau dapat husband yg membantu Alhamdulillah (Ehmmm2).  Nak amik pembantu rumah pulak, agen cas melampau2, pembantu rumah lari, kedutaan sekat kemasukan, tak da privacy dll.

Berbalik kepada idea tadi, Maid ni akan kerja ikut pakej yg kita tawarkan contohnya pakej A  mengandungi basuh dan sidai baju, lipat kain, sterika baju, cuci tandas, jaga anak, mengemas dll (anda tentukan sendiri), pakej B lain pulak bidang tugasnya dan bayarannya pun berbeza2. 

Kita amik 2 orang maid untuk buat kerja dalam satu rumah atas beberapa factor iaitu:

1. Kita ada pakej jaga budak so bila ada budak susah sikit nak handle sebab budak2 ni remeh sikit. Yelah nak mandikan, bg makan, pakai baju, melayan kerenah, menangis nk pujuk, mcm2 lah. So bila ada 2 orang, boleh gilir2 seorang jaga seorang buat kerja rumah. (Yg pakej jg budak ni biasanya org amik kalau emergency sahaja maksudnya pengasuh demam ker, sek cuti peristiwa ker, dll). Sebab apa? sebab kalau nak guna service ni suruh jg budak hari2 mahal.

2. Supaya ada check and balance. Kalau seorang buat kerja tak betul seorang tegur. Kalau ada nak buat benda tak baik (mencuri , mendera dll) seorang boleh tegur. Nanti saya kupas isu ni.

3. Mempercepatkan dan meringankan kerja. Mana tau kena alih kerusi ke, alih almari ke, panjat tangga ker dll.

Kat Malaysia ni integrity kita masih ditahap yg rendah . So nak buat ni agak susah sikit pada mula2. Sebab apa? Sebab customer call kita, kita dan wife g kerja, tinggal anak2 yg masih tak faham apa2 kat rumah dgn org yg tak dikenali, buat dirompak rumah kita ke…. mana tau (nie adalah tanggapan/halangan terbesar dlm perniagaan ni). So kita kena remove this barrier. Tapi bila kita buat dengan betul dan berintegriti insyaallah boleh berjaya…. It’s all about integrity. U buat sekali benda tak elok, that it tomorrow your business will gone.

Cmna nak control ni? kat sini lah peranan anda. Ada kena create satu rule, cari pembantu yg anda betul2 kenal peribadinya (susah sangat benda ni tapi boleh buat), or myb satu bilik kt rumah tu kena lock dan tak perlu kemas (contohnya master bedroom), atau boleh buat semakan sebelum dan selepas (dptkan tandatangan customer selepas dia balik kerja), mcm2 yg anda boleh buat untuk elak perkara2 negatif ni.

Berapa nak cas? okay saya jangkakan begini. Pukul rata satu rumah RM100 (customer  tak akan guna mereka nie hari2). Cas ni masih relevan. At least seminggu sekali je. Sebulan baru 400. Masih untung lg customer tu. Dan tabiat org kita masa dia guna pembantu ni dia akan simpan seminggu punya baju, pinggan, suruh seterika baju seminggu punya baju dll. Satu hari kita dapat 200 (2 rumah). 30 hari 6 ribu. 1000 byr pembantu sbln (jd 2 ribu sbb 2 org), tolak lain2 kos dlm 1000 masih untung 3000. Okay tu baru satu set (2 org). Kalau ada 1000 set? UNTUNG 3 juta ringgit sebulan…  1000 set baru 2000 rumah sehari dengan 2000 pembantu… Saya yakin kalau anda buat betul2 dengan amanah Anda Akan Berjaya.. Cuma ingat bila ia melibatkan integrity amat susah nak dikawal. Mcm2 kerenah customer, sterika tak cantik la, barang hilang la, tak kemas la, tak cantik la dll. So anda kena setkan standard, kena buat rule and regulation dll. SUSAH TAPI BOLEH...

So cmna? ada berani? Okay, nie idea sahaja… Saya yakin ada org akan mulakan idea ni.. Tak percaya? Nanti kita sama2 tengok. Banyak lagi yg saya nak kongsi… banyak sangat idea business nie…  lain kali ye… Assalamualaikum…