Friday 11 October 2013

IDEA BUSINESS NO 7 - KEDAI KERETA ONLINE

Assalamualaikum...

Selama ni saya asyik kongsi idea business sahaja. So hari ni saya nak kongsi satu business yg saya dah buat. Simple je  business ni.. Tak perlu banyak masa, murah dan ideal kalau nak buat. Okay ideanya adalah kedai kereta online. Cmni idea ni timbul, mula2 saya ada satu kereta je. So kalau ada meeting atau nak antar anak ke sekolah atau hantar pengasuh susah sikit

So saya beli la kereta kedua (satria). Beli pun murah je. Cash. Mula2 memang nak guna tapi saja2 gatal, saya gi iklankan kat www.mudah.com.my. Saje test market. Pas insert iklan je, berderet call yg masuk... So saya belajar la cmna cara nk jual kereta. Then deal dan saya jual kereta yg saya beli tu. Dapat la untung sikit. So saya start berfikir, best gak business ni.. Then saya continue lagi beli satria dan kancil... So betukar2 la kereta saya sampai sekarang. 

Kenapa orang beli kat saya?? Kenapa saya boleh jual dengan senang?? Okay cmni, saya beli atas orang dan saya pastikan kereta yg saya beli tu lagi murah yg dijual kat kedai used car (sebab kalau korang jual kete kat used car dia amik lagi murah dr harga yg saya beli kat korang). Dan bila saya jual kat orang saya akan pastikan harga saya lagi murah yg dijual kat used car (sebab used car jual mahal sikit, yela nk byr tapak, bayar saleman dll). Saya tak da kos sampingan. Tu sebab kereta saya murah.. Hehehe... Lagipun prinsip saya untung kecik2 cukup la... Used car untung berlipat kali ganda. Kalau nak tahu lebih lanjut cara2 nak beli kereta terpakai ni boleh cari kat blog saya. Saya pernah post.

Kaedah dia camni ye. Mula2 beli kereta terpakai cash. Beli kereta yg murah2 je. saya beli yg RM15,000 ke bawah. Kenapa beli cash??? sebab kalau hutang susah nak clearkan borang2nya. Nak kena tukar nama la dan bermacam2 lagi. Nak jual pun kena cash. Kalau buyer tu takda cash suruh dia buat pinjaman peribadi (lagi jimat dari pinjaman kete). Kenapa kena jual cash??? Sebab bank hanya boleh released duit pada pemunya kereta berdaftar. Ingat ye bila kita beli kete kat orang kita TAK tukar nama lagi (sama kaedah used car). Atau pun bank boleh released cek kat used car sahaja. Orang perseorangan tak boleh. 

Bila beli, pastikan orang yg jual tu clearkan hutang kereta tu... Sebab nak amik geran kereta yg asli. Buat la perjanjian sikit.. reka sendiri je... Pastikan kereta tu milik orang yg jual, check ic dia supaya sama dengan nama kat geran, check dengan JPJ. 

Perjanjian tu kita kena mention yg kalau kena saman atau xcdent, atau apa2 selepas kita beli, adalah menjadi tanggung jawab kita sepenuhnya (ni nk bg penjual tu selesa dengan kita). Then bila dapat kete saya bawa ke bengkel utk check sepenuhnya dan repair sikit2. Tukar minyak hitam, minyak gear dan apa2 yg patut. Bersihkan kete, polish ke, cuci engin dll. So start la iklankan kete tu kat mudah tadi....

So, amacam. Saya dah buat dah business ni. Setakat ni alhamdulillah. Ada la untung sikit2. Konsep business ni sama2 untung. Kita dan pembeli. Nak belajar lebih lanjut boleh calling2. kita sharing2. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment