Wednesday 16 October 2013

IDEA BUSINESS NO 8 - ANIS CHOC MOIST CAKE

Assalamualaikum pembaca sekalian... 

Hari ni saya nak kongsi satu lagi idea business kat kawan2. Tapi kali ni bukan idea saya tapi idea ANIS CHOC MOIST CAKE. Sape dia ni?? tah lah saya pun tak kenal tapi cake dia memang terbaik... Dan yg paling penting idea business dia memang lain dari yg lain.. 

Kak ipar saya pun jual cake.. Azura Cake House... downline saya pun jual cake aina nadirah.... So banyak orang jual cake tapi idea Anis ni memang best. So saya nak kongsi ngan kawan2 supaya kalau korang ada kwn2 yg jual kek boleh share idea ni.. Dont worry tak salah kongis idea orang...

Pernah masuk KFC tak??? sekarang ni KFC dah tak bagi sos guna botol lagi kan??? Nape??? sebab lebih untung dia buat satu station tekan sos. Mana datang idea ni... Yes, datang dari McDonalds... Ni lah yg saya nak bagi tahu, tak salah kita guna idea orang asalkan mendatangkan kebaikan dan bukan copyright (yg ni kena berwaspada ye)...




Okay, nak declare awal2 ni.. saya tak beberapa mengkaji kaedah business nie, so apa yg saya tulis ni adalah hasil sembang2 ngan kawan saya (sebab dia salah satu pengedar Anis Kek nie).. Ramai orang yg buat kek tapi tak ramai yg buat kaedah ni. Biasanya orang yg pandai buat kek dia akan iklankan kat blog atau FB. Yg berduit sikit dia buka kedai bakery

Idea Anis, dia buat kek then dia jual kepada pengedar (tak perlu bayar apa2. Pengedar amik komisen je) pada harga yg sedikit murah.. Contohnya RM 3.00 (Ni kek yg dalam tupperware tu. Cm Red Velvet dsb). Pengedar tadi ni akan cari tempat untuk dia letak kek tu.. Dalam kes ni Petronas (Sebab banyak kek Anis ni kat Petronas). Berapa pengedar jual kat Petronas? RM 3.50 ke RM 4.00. Berapa Petronas jual??? Biasanya RM 5.00 ke 5.30. Berapa pengedar untung?? Biasanya RM 0.50 ke RM 1 setiap kek. Kalau 300 biji satu hari, pengedar dapat RM 300 per day. Kalau kek tu expired?? Pengedar tanggung.. Yg bab ni kena pandai marketing...

Myb anda terfikir baik beli kat kilang Anis je cmtu dapat RM 3.00 berbanding kat Petronas RM 5.00... Betul tak? Ingat ni la idea Anis.. Anda hanya boleh dapat harga RM 3.00 tu kalau anda pengedar dan beli 300 biji (camtu la lebih kurang). kalau nak seketul je, sama je harga kat Petronas tu (myb murah la sikit).. Dengan kaedah ni dia dapat control harga supaya orang tak beli dengan dia direct. Bijak2. Nak murah cari pengedar.. Tapi kalau nak makan seketul je boleh beli kat Petronas je.. 

Dan saya yakin dia akan terus berkembang-kembang. Good idea, kek pun sedap. Dan nak berjaya dalam business camni, kek kena sedap dan harga yg murah (berpatutan). Anis ni untung sebab dia xda risiko rugi sebab bila pengedar beli tak boleh return balik (tu sebab pengedar beli murah). Dan dia tak perlu cari tempat nak letak kek, pengedar yg cari.. Kalau ada seribu pengedar dah ada beribu-ribu tempat.. Ingat!!! selalu saya bgtau business is about connection... 1000 pengedar tu ada beribu-ribu tempat yg di tahu mana boleh dipasarkan kek tu. Kalau kita sorang2 kan susah sikit. 

Dan nak bgtau, bila anda buat kek sedap, fb dan blog sahaja dah tak menang tangan nk penuhi permintaan... So yg buat kek tu boleh guna idea Anis ni... Buat kek sedap2, cari pengedar dan bayar komisen je.. Anda jimat masa utk buat marketing... Dan saya akan sentiasa menyokong orang2 yg business camni.. 

4 comments:

  1. T.kasih tuan atas perkongsian.Rasanya ini namanya bisnes trading. B2B

    ReplyDelete
  2. Thank u 4 all information,,,mmg brguna sgt2,,thanks

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)
    saya yana wakil dari Kak ANIS, founder Anis Choc Moist Cake

    nak sampai kan pesan kak Anis to say million thanks for your appreciation toward the idea by sharing it to others. alhamdulillah :)

    entry lama, kami baru jumpa..hehehe...
    keep in touch kayyy ^_^

    ReplyDelete
  4. Saya pon baru terbaca. Puan anis memang hebat!

    ReplyDelete