Thursday 17 October 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 1


Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi mengenai solid food.. Baby saya pun dah masuk 6 bulan dan ni lah masa untuk dia makan.. Bab makan ni biasanya pasangan2 muda atau yg baru dapat anak pertama tu, dengar nasihat org2 tua je.. Kita akan biasa dengan ayat camni "ala kamu dulu tu masa baby mak sumbat je macam2, idup lagi sampai hari ni" Susah kan sebab melibatkan orang2 tua. Takpe, cakap baik2 sebab sekarang ni zaman ilmu pengetahuan dan apa yg saya nak kongsi kat sini adalah hasil kajian di seluruh dunia dari orang yg berbeza2. Saya sampaikan sahaja.

Biasanya pasangan2 muda ni akan tanya bila baby boleh start makan??? banyak mana nak makan?? Nak bagi makan apa dulu??? dan beribu2 persoalan... Okay saya mula satu2. Mengikut kebanyakan pediatricians, baby boleh start makan masa berumur 6 bulan (ada juga yg cakap 4 ke 6 bulan). Kenapa?? sebab dalam tempoh 6 bulan tu adalah masa badan baby belajar cara2 nak digest makanan. So dalam tempoh 6 bulan yg pertama makanan baby adalah susu ibu semata-mata (susu formula saya tak recommend). Maknanya air suam ke, air kosong ke, susu kambing ke tak perlu....

Namun begitu, boleh gak bagi baby makan lebih awal dari tempoh 6 bulan.. Biasanya baby akan bagi beberapa sign.. antaranya adalah

a. Dia dah boleh diam dalam keadaan duduk (dengan support) dan naikkan kepala dengan sendiri...

b. Dia dah tengok2 dan interested dengan apa yang mama dia makan dan cuba2 nak ambil makanan tu. 

c. Dah start nak extra milk (lebih dari yg biasa).

d. Berat baby dah double berbanding masa dia lahir dulu.

e. Dah boleh/pandai kemam (simpan) makanan dalam mulut. 

Time baby makan sebenarnya takda... Bila dia free, mama pun free boleh2 la cuba bagi dia makan. Tak perlu 3 kali sehari... Ikut kelapangan mama dan baby. Nie kira cam nak mengajar je... Okay untuk hari nie.. sok sambung lagi ye Insya Allah. 


No comments:

Post a Comment