Tuesday 30 July 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 2 - KKM



Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ni saya nak bagitau mengenai RULE NO 2 sebelum kita berniaga. Benda ni boleh diguna pakai oleh orang2 yg nak berniaga atau pengguna. Undang2 ni khas untuk produk kesihatan atau kecantikan atau seumpamanya (jual baju tak perlu lah hehehehe....)

RULE NO 2 adalah - Pastikan sebelum anda membeli atau menjadi agen atau menjual sesuatu prodak tu dia MESTI/WAJIB ada kelululan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kenapa? sebab gomen nak pastikan kita menggunakan produk yg tidak memberi kemudratan (untuk kebaikan kita juga kan).

Ingat tak dalam 2 minggu yg lepas satu produk yg dinamakan Bedak Ta**ka dan Fig**e Up dirampas oleh KKM. Ni la sebabnya. Rupa-rupanya produk tu takda kelulusan KKM. So, bila beli sesuatu produk tu lihat label dulu, semak no KKM (online pun ada). Jgn lupa semak juga beberapa produk yg telah dibatalkan pendaftarannya. Semak no MALxxxxxxx (contoh seperti di atas). Nak copy n post kat wall masing2 pun takpa (kita sharing2 ilmu yg ada). Ni link dia:

http://portal.bpfk.gov.my (laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM)

Okay sekarang ni produk dah kena rampas, so apa jadi dengan pengedar tu (maybe rugi kot). Nak jual tak boleh (takkan nak jual gak setelah disahkan mengandungi racun merbahaya). Kesian saya lihat pengedar2 yg teraniaya ni. Tapi lagi kesian kepada pengguna yg dah pakai. Macam mana kalau ada kesan sampingan kepada mereka. Bukankah anda telah menganiaya dia???

Benda2 camni bukan baru bagi kita. Tapi sampai bila peniaga2 ni nak sedar dan belajar. Dan inilah salah satu sebab saya mencipta blog ni. Selain mempromosikan barang, saya nak bagi kesedaran kepada kwn2 rakan seperniagaan. Jadi sebelum membeli atau berniaga tu BACA, BUAT RESEARCH dan PILIHLAH syarikat yg benar2 menjaga kualiti produk yg mereka hasilkan.

Saya dah search dan buat penyelidikan sendiri sebelum saya join Shaklee. Vitamin yg dihasilkan diuji beribu-ribu kali sebelum dipasarkan dan kerajaan USA mengenakan kawalan yg sangat ketat ke atas penghasilan produk2 sebegini.Nanti sambung lagi.....

Jom kita membeli dan berniaga dengan penuh berhati2. PM saya atau wife saya utk keterangan lanjut.

Monday 29 July 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 1 - NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ni saya nak bercerita mengenai basic thing dalam perniagaan. Saya harap benda ni dapat dijadikan panduan kepada kwn2 fb sekalian sebelum atau sedang menceburi bidang perniagaan. So baca dengan teliti.. NI RULE NO 1 dalam business.

Myb ada yg bertanya kenapa saya nak highlight benda ni? Ini lah kerja saya sebenarnya, sebagai consultant saya membantu usahawan2 terutamanya bumiputera untuk berniaga. Apa yg perlu anda tahu mengenai business? Kat sini saya cerita versi kawan2 sahaja (nak bagi mudah faham). Dont worry tak ada term yg pelik2.

Okay, yg pertama dan amat penting setiap syarikat atau orang perseorangan yg ingin berniaga di MESTI berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap apa jenis perniagaan yg di ingin lakukan. Kenapa saya highlight benda ni sebab kalau ada org yg ingin mengajak anda melabur cuba check dengan SSM ada tak no pendaftaran SSM dia. Kalau dia kata ada, minta dan semak online dengan SSM. So cuba semak dengan SSM ada tak PERNIAGAAN YG BERKENAAN PELABURAN RM 100 (TAK PERLULAH SAYA SEBUT NAMANYA) YG ORANG DUK PROMOTE KAT WALL ANDA? KALAU ADA ANDA MELABURLAH. Kalau takda anda fikir2 kan lah. 

Ada pulak tu, org cakap makcik yg jual goreng pisang kat tepi jalan tu takda mendaftar pun. Betul, memang makcik tu tak mendaftar. Tapi kita tahu apa business yg dia buat. Hukum melabur ni macam mana? Cmni ye.... anda ada modal anda melabur kat dalam syarikat atau orang perseorangan (kawan2 ke sedara ke dll). Diorang ni buat business (tanam sawit ke, bina bangunan ke, jual ikan ke, jual baju ke, any businesss la). So bila ada untung, keuntungan ni dibahagi2 sesama kita sebagai pelabur. Cuba check yg ni pulak, anda labur RM 100 kat kawan anda pastu dia bagi lesen kat anda untuk cari org untuk anda cari downline pulak. Siapa dia yg boleh bagi lesen kat anda cari downline? Apa akan jadi kat orang yg terkemudian nanti..... Business apa cmni?

Business ni ada 2 kaedah sahaja anda melabur atau anda jual barang/produk. Nak melabur, melaburlah kat tempat yg betul. Kat mana? nanti saya share.

Orang2 group ni cakap anda kena berusaha, buat iklan, rajin dan baru dapat hasilnya. TAPI DALAM ISLAM NI BUKAN KONSEP USAHA TU SAHAJA. ISLAM NI CAKAP....... NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Maksudnya begini, anda berniat untuk berjaya, maju, nak ubah kehidupan keluarga, tapi anda merompak, menipu, mencuri dll (usaha la tu) boleh tak? TAK BOLEH CAMTU. Tak boleh jual benda haram, tak boleh jual barang cetak rompak (curi hak), dll. Ada juga orang sibuk duk promote barang dari jenama terkenal (samsung lah, furla la, adidas la, LV la, dll) tapi barang clone. Tak boleh maaa... Mencuri namanya. Mencuri hak rekacipta. 

Rezeki yg kita dapat tak halal. Tolong faham konsep business ni ye... Banyak lagi yg saya nak bagi contoh. Kita sambung lain kali je. Ada masa scroll ke bawah dan baca tajuk Adakah Pelaburan Anda Halal. Next saya akan sentuh isu lain pulak ye.. Isu Halal. Selamat berniaga.

Friday 26 July 2013

KISAH EBM - PART V

Okay habis kisah susu. Sekarang ni nak bagi tau kaedah2 nak susukan baby guna botol pulak. Yg ni SANGAT PENTING. Nilah yg selalu berlaku kat Malaysia. BABY TERSEDAK SUSU. Ingat lubang puting botol tu jangan ditebuk luas2. Biar sederhana sahaja. Kita mungkin nampak seolah2 baby lapar nak menyusu bila dia ada bunyi 'glup glup'. Tapi sebenarnya di sedang melawan kemasukan susu yg laju tu. JANGAN SELITKAN BOTOL PADA BANTAL ATAU BIAR BABY MENYUSU TANPA DIAWASI. PEGANG DAN PERHATIKAN BABY.

Kenapa kita kena control kemasukan susu? Ni sebabnya:

a. Untuk membolehkan baby kawal jumlah susu yg dia nak minum.

b. Apabila ibu2 bekerja, biarkan baby minum sekadar keperluan sahaja (tapi mesti cukup lah maksudnya jangan terlalu kenyang). Ni yg kena kawal kemasukan susu. Nanti apabila ibu pulang bekerja, baby akan minta disusukan lagi. INGAT DI DALAM BIDANG PENYUSUAN LEBIH KERAP BABY MENYUSU LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

c. Untuk mngelakkan over feed.

Macam mana nak susukan baby? Nampak mudah sahaja kan tapi ada rahsia disebaliknya iaitu:

a. Baby kalau menangis tidak semestinya dia nak susu. Mungkin dia tak selesa sebab lampin basah atau kena gigit nyamuk atau dia sakit atau sebagainya. Sebagai ibu bapa fahami karektor anak. 

b. Susukan baby ni BUKAN ikut time (time menyusu baby sebenarnya xda jadual). IKUT sign yg baby tu bagi. Contohnya dia hisap jari, gomol2 muka dia kat dada ibu, dsbnya. Kalau ibu tak bagi semasa stage ni baby akan mula menangis (minta perhatian tu).

c. Nak menyusukan baby ni LEBIH BAIK biar di duduk (maksudnya dalam keadaan tegak) daripada berbaring. Ni sebabnya supaya baby boleh minum sedikit demi sedikit bukannya terus telan sahaja.

PERHATIAN: Apabila ibu2 hantar anak kepada pengasuh atau tinggal dengan orang gaji pastikan mereka menelefon anda sekiranya stok EBM kehabisan. JANGAN CUBA SURUH MEREKA BAGI MINUMAN LAIN. 

Rasanya sampai disini sahaja kisah EBM untuk saya kongsikan dengan anda. Kalau ada tambahan boleh PM saya. Nanti saya upload kat blog saya untuk kita kongsi2.

Nak menjayakan EBM ni suami kena main peranan dan jgn biarkan isteri sorang2 sahaja. Ambil tahu dan belajar sama2. Ingat ye... APA YG IBU MAKAN KHASIATNYA AKAN DAPAT DIRECT KAT BABY. AMALKAN MAKANAN YG SIHAT, JAGA KESIHATAN DAN JANGAN LUPA AMBIL VITAMIN. Selamat mencuba.



Thursday 25 July 2013

KISAH EBM - PART IV

Sambung kisah EBM semalam. Bila susu tu dah suam bolehlah bagi baby minum. Tapi untuk baby yg baru nak belajar minum tu, kadang2 dia akan tolak menyusu botol ni. Nak tahu kenapa? Sebab baby tu rasa geli. Hahaha.. dia rasa lain daripada yg dia penah rasa (mother's skin). Tapi don't worry, baby ni cepat adopt dengan keadaan sekeliling. Lama2 di redha la. 

Camna kalau baby tu masih tak nak jugak? Cuba bagi guna sudu atau cawan kecik. BAGI DALAM KEADAAN BABY DUDUK (dukung dia). Kalau tak boleh jugak try pujuk lagi. Ibu2 boleh jalan2 pusing2 sambil tu pujuk dia suruh minum. Insya Allah. 

Sebenarnya yang menjadi masalah paling besar adalah apabila ibu start naik kerja. Sebab masa ni yg bagi susu bukan mama dia lagi tapi orang lain. Camna nak buat ye? Begini, mengikut Australian Breastfeeding Association, ibu perlu tinggalkan baju (yg tak basuh lagi) kat pengasuh / pembantu rumah supaya bila baby bau baju ibu, dia akan terangsang untuk menyusu. Mmmm... Saya ingatkan ini petua orang2 tua sahaja tapi rupa2nya di guna pakai di peringkat antara bangsa. Hebat juga orang2 tua kita ni ye....Okay boleh cuba petua ni. 

Ingat tak 2 hari lepas saya ada bagitau yang susu ni boleh disimpan di dalam botol atau plastik EBM. Yang dalam plastik EBM ni kuantiti dia banyak. So apabila telah dicairkan (sama je kaedah dengan botol), ibu2 perlu tuang ke dalam botol2 kecik. Contohnya dalam plastik ada 14 Oz so ibu2 perlu sediakan 4 botol kecik (4oz). Beri perhatian!!! semasa dicairkan susu ni masih di dalam keadaan sejuk ye. Ambil satu botol rendam dalam air panas (40 darjah celcius) sampai susu tu suam dan bagi  pada baby. Baki 3 botol yg masih tidak digunakan letak semula kat dalam freezer (bahagian dingin, jangan bekukan semula). Habiskan stock 3 ni dulu. 

Okay habis bab ni... next topic sambung esok pulak ye.... Sikit je lagi nak habis.

Wednesday 24 July 2013

KISAH EBM - PART III

    


Hari ni saya nak sambung kisah EBM sebab ramai ibu2 yg berminat. Terima kasih.... Okay, sekarang ni ibu2 dah tahu cmna cara nak simpan susu. Susu yg disimpan dalam botol atau plastik tu perlu ditandakan tarikh dan masanya (cm gambar kat atas tu). Ibu2 perlu tanda supaya kita guna susu yg lebih awal disimpan terlebih dahulu. Dalam engineering kita panggil konsep FIFO (First In First Out). Sape masuk deep freeze dulu dia keluar dulu. Hahaha....

Selain itu, wife saya buat buku catatan EBM sebagai rekod (buat sendiri je). Buku ni tak da jual kat kedai. Kat buku ni ada rekod bila dia pump susu, kul berapa, kuantiti berapa dan bila guna. Biasanya susu ibu ni bila kita simpan kat dalam botol ia akan jadi 2 lapisan. Tak macam susu formula atau susu lembu. Dont worry it's normal. Nanti bila nak guna goncangkan sahaja supaya ia sebati semula. 

*INGAT. JANGAN CAMPUR SUSU IBU DENGAN AIR ATAU SUSU FORMULA ATAU SUSU DARI IBU YG LAIN.

Okay sekarang ni saya nak story cara2 nak guna susu tu pulak. Susu yg telah dibekukan tadi tu dah jadi macam ketul ais. So kita keluarkan dari deep freeze dan simpan kat tempat dingin (peti ais yg bahagian bawah tu). Biarkan dia cair sendiri sebab tempat dingin ni tidak akan membekukan susu tapi ia akan ambil masa sedikit. Buat preparation awal. 

Kalau nak guna cepat macam mana pulak? Mmmmm... Begini mengikut fakta daripada Australian Breastfeeding Association Reviewed April 2013 menyatakan bahawa susu yg beku ni boleh diremdam terus ke dalam air suam (lebih kurang 40 darjah celcius). Bila air tu dah sejuk, buang dan tambah air suam yg lain. Ulangi proses ni sampai susu tu suam. Sebelum bagi kat baby tu, test dulu, titikkan kat bahagian belakang tangan (sebab bahagian depan tangan tak sensitif kepanasan). JANGAN OVERHEAT atau MASAK susu tu (sebab nak cepat panas) kerana ia boleh MENGHILANGKAN nutrien yg ada dalam susu tu. 

*INGAT LAGI. SUSU YG BEKU JANGAN DIBIARKAN CAIR PADA SUHU BILIK DAN JANGAN PANASKAN SUSU SAMA ADA ANDA MASAK KE ATAU GUNA MICROWAVE. 

Dah banyak kongsi ni... Kita sambung esok pulak.... I'M PROUD THAT MY WIFE IS A BREASTFEED MOM. Selamat mencuba....

Tuesday 23 July 2013

KISAH EBM - PART II


Semalam lepas update mengenai EBM (Expressed Breast Milk) nampaknya ramai yg melawat blog saya. Tq... Tq.. Ni maknanya ramai yg berminat untuk buat EBM. So atas pemintaan yg ramai tu saya sambung sikit lagi kisah mengenai EBM ni

Hari ni saya nak bercerita mengenai pump yg sesuai. Mula2 dulu semasa wife nak simpan stock EBM ni saya belikan dia pump manual. Memang penat la guna pump manual ni. Tapi oleh kerana dah beli maka  teruskan jugak lah. So kalau ada ibu2 yg nak beli pump buat pertama kali saya sangat2 sarankan untuk beli pump elektrik. Anak kedua wife dah guna pump elektrik. Mahal sikit tapi mudah dan berbaloi digunakan. 


Okay sekarang ni nak simpan kat mana susu yg telah dipump tadi? wife saya guna 2 kaedah iaitu simpan di dalam botol (4 oz) dan simpan kat dalam plastik EBM. Untuk penggunaan botol dan plastik ni saya sarankan gunalah botol/plastik yg BPA free.


BPA tu apa pulak ye? BPA adalah singkatan untuk Bisphenol A. Ia adalah sejenis campuran bahan kimia yg digunakan untuk membuat plastik. BPA mula digunakan semenjak tahun 1960. Dalam jumlah yg banyak ia boleh menyebabkan kerosakan kepada otak dan kesihatan terutamanya kepada baby dan budak2. So kalau nak beli botol atau plastik carilah yg BPA free (takda BPA).


Susu yg telah dipump hendaklah disimpan di tempat sejuk. Tapi tempat penyimpanan pun ada ketagorinya iaitu:


a. Suhu bilik - Tahan 4 jam sahaja. Kemudian akan basi.

b. Peti sejuk 1 pintu bahagian bawah - Tidak disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
c. Peti sejuk 1 pintu bahagian atas (tempat beku) suhu 2-4 darjah celcius boleh tahan 3-5 hari. Then basi.
d. Peti sejuk 2 pintu bahagian atas (-20 darjah celcius - tempat beku la ni) boleh tahan 3 bulan then basi.
e. Deep freeze boleh tahan 6 bulan. 

* Ambil perhatian. Susu yg telah beku kemudian akan dikeluarkan dan dipanaskan (rendam dalam air panas) bila baby minum tak habis jangan bekukan semula. Buang sahaja kerana telah dicemari oleh bakteria.


Banyak lagi kisah EBM ni nanti2 saya sambung lagi ye.. Hehehe.....

Monday 22 July 2013

KISAH EBM - PART I

EBM adalah singkatan untuk Expressed Breast Milk. Maksudnya kita guna kaedah lain untuk mengeluarkan susu dari badan ibu (bukan baby yg menyusu). Kat negara omputih, kaedah ni lah yg sering dipraktikan oleh wanita2 bekerjaya.

Untuk ibu2 yg bekerja, pumping session ni seelok-eloknya bermula 2 minggu sebelum start kerja. Ni sebabnya nak bagi baby terbiasa guna botol. Kebanyakan doktor menyarankan supaya baby boleh guna botol hanya selepas 1 bulan kelahiran. So sebelum tu ibu2 kena bagi direct susu kat baby. Biasanya susu ibu amat sedikit di awal2 kelahiran (jangan give up). Teruskan juga. Nanti lama2 susu tu akan bertambah. Cumanya mesti ibu sebak sebab baby kerap menangis tak da susu.

Kat sinilah pentingnya makanan tambahan (supplement) kerana ia boleh menjadi perangsang kepada milk booster (perangsang sahaja bukan milk booster). Tapi harus diingat makanan tambahan sebenarnya adalah untuk kesihatan ibu, So konsepnya adalah - apabila tubuh badan ibu sihat, bertenaga, tak stress maka susu akan lebih banyak dihasilkan.

Walau tak da susu sekalipun, JANGAN BAGI SUSU FORMULA ATAU AIR SUAM ATAU APA JUGA MINUMAN kat baby. ELAKKAN. Tak ada susu di dunia ni yg sebaik susu ibu. Kalau dah desperate sangat cari ibu tumpang. Yg ni dibolehkan tapi kena jaga sedikit. Anak kita tak boleh kahwin dengan anak ibu tumpang (cmtulah konsepnya).

Pumping session pula bergantung dengan jumlah susu yg dihasilkan ibu. Nak senang kira, lebih kurang 15 minit setiap kali mengepam. Berapa kali ye? Paling senang lebih kurang sama jumlah dengan masa baby menyusu. Kalau satu hari baby menyusu 10 kali maka 10 kali lah pump. Wife saya cakap bila baby nak menyusu ibu boleh rasa. Tah la. Betul kot.

Kat mana nak simpan? Berapa lama boleh simpan? Apa botol yg sesuai? saya sambung next time ye..

RESTOCK LAGI

Photo: At shaklee wangsamaju. Restock lagi. Baru je amik stock hari tu... tapi dah abis. Alhamdulillah. Rezeki anak2.

Hari ni (22 Jul 13) restock barang shaklee lagi. Kalau diikutkan baru hari sabtu (20 Jul 13) restock barang. Ingat boleh tahan sampai hujung bulan Julai. Rupa2nya rezeki kalau Allah nak bagi, kita sendiri pun tak terjangka. Alhamdulillah. Bulan ni awal saya effective. Bila ada point lebih2 tu boleh lah standby untuk anak2 kalau2 diorang kurang.

This is us. Kita bukan hanya berniaga tapi kita jaga anak2 kita supaya mereka effective sama dengan kita. Kalau mak dapat hadiah anak pun kalau boleh kita nak dia ikut sama. Tak kira la kalau orang kata anak2 kita ni manja ke, tak berdikari ke atau apa sahaja. Sebab kita bermula dari bawah dan kita faham yg bukan mudah untuk mereka ni stabil. Selagi terdaya kita bantu. Tapi kekadang tu kena juga piat2 telinga (nak bagi mereka2 ni cepat berlari). Hahaha... 

Friday 19 July 2013

THE NEXT LEVEL

  

Assalamualaikum. Dalam dunia business ni kita kena rajin dan berani. Tetapi berani ni mesti bertempat. Saya rasa cam nak explore business baru pulak. Apa kata business tanah. SO, nak tak nak kena banyak baca dan belajar. Ni tanah yg sy survey smlm. Dkt2 area Putrajaya. Rasa cm nk beli. Landlord nk jual cash. Ada sape2 yg expert dlm bidang ni? Kalau ada boleh la tunjukkan. Nanti bila saya dah mahir saya kongsi dengan anda semua pulak. 

Thursday 18 July 2013

RAHSIA DI SEBALIK BEG



Lama tak tengok wife carry bag pack ni. Sekarang dah mula balik bila dapat anak ketiga. Bila tengok beg ni teringat saya masa anak kedua tengah baby. Apa dia dalam beg ni yang my wife selalu kendong ke tempat kerja? Mmmm..... misteri ni.  So ibu2 muda atau yg bakal nak jadi ibu suatu hari nanti jom baca entry my wife. Sekadar utk tambah ilmu tak salah kan? Kelik kat sini:

Rahsia di sebalik beg. Hahahah... (kena klik lagi ye.. hehehe..)

Wednesday 17 July 2013

SUGAR CONTROL SET

~ Kawal Kencing Manis Dengan "Sugar Control Set" By Shaklee ~

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada

  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf 

Sedikit Info Mengenai Kencing Manis - dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/ 

Antara Tanda-Tanda Kencing Manis :

  • Sering Dahaga
  • Sering Lapar
  • Kerap Membuang Air Kecil
  • Lemah Badan
  • Penurunan Berat Badan Yang Cepat
  • Penglihatan Semakin Kabur
  • Pening Kepala
  • Luka Lambat Sembuh
  • Masalah Seksual
  • Jangkitan Vagina 

Golongan Berisiko Tinggi :
  • Mempunyai Keturunan Yang Menghidap Kencing Manis
  • Mempunyai Berat Badan Yang Tinggi
  • Pernah Menghidapi Radang Pankreas
  • Wanita Yang Pernah Menghidapi Kencing Manis Ketika Hamil 

Cara Mencegah Kencing Manis : 
  • Perubahan Cara Hidup
  • Pemakanan
  • Senaman
  • Penjagaan Berat Badan
  • Pemeriksaan Diri Sendiri
  • Pemeriksaan Oleh Doktor Secara Tahunan
  • Pengambilan Ubat

Shaklee juga ada mengesyorkan beberapa jenis Vitamin di dalam set yang dikenali sebagai "Sugar Control Set" iaitu :

 

Hubungi wife saya untuk mendapatkan
Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Wife Saya Ya.....
  
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

SET IDEAL KETIKA BERPUASA




Set Mighty 3 Gem - Kombinasi terbaik untuk sarapan pagi yang lebih berkhasiat dan amat sesuai bagi individu yang berpuasa


* Bertenaga sepanjang hari
* Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
* Memelihara kesihatan menyeluruh
* Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan dan melembabkan kulit
* Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh

BONUS FGV




2 hari lepas wife tunjuk bonus kali kedua dari FGV. Walaupun tak banyak tetap bersyukur. Dapat shopping baju raya free. Gambar ni adalah salah satu saham yg saya beli tahun lepas . Kat slip ni harga rujukan (base) 1.00 tp harga pasaran ms tu 4.45. Ok la tu, sekarang ni dah ada 10, 000 unit. Hari ni harganya 4.50. Harga ni masih rendah berbanding harga semasa dilancarkan dahulu. Tapi dah kira untung la sikit. Alhamdulillah. Tapi ni lah proses pembelajaran. Belajar main saham. Ada sape2 yg boleh mengajar main saham nie?

Tuesday 16 July 2013

SUPPLEMENT DAN KESUBURAN

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata.  Namun begitu, tidak semua pasangan yang berpeluang untuk memilikinya.  Sebagai orang Islam, kita wajib akur dengan ketentuan Allah, kerana rezeki anak itu Allah yang tentukan.  Namun begitu, jauh di sudut hati terselit juga perasaan rendah diri, kecewa dan sebagainya.  Tambahan lagi jika terdapat desakan atau kata2 sindiran dari orang sekeliling.  Saya pun pelik, kenapa orang perlu mencemuh jika sesetengah pasangan itu tidak memiliki cahaya mata setelah bertahun2 berkahwin? Sedangkan ianya adalah ketentuan Allah, bukannya manusia.

Zaman sekarang ni, pelbagai rawatan boleh dilakukan sama ada secara moden atau tradisional.  Antaranya Urutan, Ubat-ubatan seperti Clomid, IUI, IVF, Suplemen dsb.  Ini semua adalah salah satu usaha.  Walaupun kita sedia maklum bahawa rezeki itu ketentuan Allah, tetapi kita tetap perlu berusaha juga selain Berdoa dan Bertawakal.

Panduan Untuk Hamil - Majalah Pa&Ma - Januari 2013

1. Fahami Proses Kehamilan - Aturan Period, Waktu Subur dsb
2. Berjumpa Doktor - Penting Untuk Mengetahui Masalah Sebenar Anda
3. Amalkan Pemakanan Seimbang
4. Mengambil Multivitamin - Menampung Kekurangan Nutrien Badan
5. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
6. Bersenam Secara Teratur
7. Ketahui Waktu Subur
8. Kerap Berasmara
9. Tingkatkan Kesuburan Suami
10. Kurangkan Tekanan
11. Jauhi Dadah, Rokok & Minuman Keras

Suplemen juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesuburan. Ia bertindak untuk menampung kekurangan nutrien yang tidak diperolehi dari diet harian, mengurangkan stress, membetulkan hormon, dsb.  Antara vitamin yang elok diambil adalah seperti Multivitamin, Protein, B-Complex, Vitamin E, Zinc dsb.

Manakala Vitamin Shaklee yang saya cadangkan adalah seperti berikut :


~ Vitamin Asas : Vitalea (Multivitamin with Iron Formula), B-Comp (with Folic Acid), Vitamin C dan ESP (Soy Protein)
~ Tambahan Untuk Isteri : Alfalfa dan GLA
~ Tambahan Untuk Suami : Vitamin E (with Selenium) dan Zinc

** Hubungi wife saya untuk mendapatkan cadangan vitamin yang paling bersesuaian dengan budget anda **

Walau bagaimanapun, Vitamin bukanlah ubat kesuburan.  Ia hanya makanan tambahan yang menampung keperluan nutrien di dalam badan.  Oleh yang demikian, mengambil vitamin perlulah konsisten.  Berikut adalah antara testimoni yang telah berjaya hamil DENGAN IZIN ALLAH dan hasil mengamalkan pengambilan Vitamin Shaklee:


~ GLA + Alfalfa + Omega ~



~ GLA + Zinc ~




~ GLA + Vitalea + Alfalfa + Zinc ~




Tidak salah kita mencuba.  Ia sebagai salah satu usaha kita untuk mendapatkan zuriat.  Walaupun saya telah pun dikurniakan cahaya mata, namun saya juga lebih teruja sekiranya customer hubungi saya dan menyatakan telah hamil hasil pengambilan Vitamin Shaklee.  Tentunya saya juga tumpang seronok dan bahagia dengan berita itu.  Jika masih belum ada rezeki, ingatlah, sekurang-kurangnya vitamin dapat memperbaiki tahap kesihatan anda.  Selain itu, jangan lupa untuk BERDOA dan BERTAWAKAL kepada ALLAH.


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Wife Saya Ya......

SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Monday 15 July 2013

PROMOSI GLA COMPLEX




GLA Complex

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.  GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan normal.  Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.  Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihata integriti sel.

Jom Lihat 15 Kelebihan dan Khasiat GLA Complex ni....

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
  4. Membantu dalam menangani menopous
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani Ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan Imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf

Boleh klik link di bawah untuk :

1. Testimoni Kesuburan (Hamil dengan GLA)
2. Testimoni Kecantikan Dengan GLA
3. Testimoni GLA Untuk Cyst


Okeh, apa yang anda tunggu lagi?? Jom dapatkan GLA dengan saya hari ini.. Peluang Buy 6 Free 1 ni mungkin 1-2 tahun sekali je Shaklee buat tau.. Beli je 1 set.. dah dpt Free 1 botol.. simpan buat stok.. :-)

Hubungi wife saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....


Jangan Lupa PM Wife Saya Ya...

SYUHADA (ID 853876)
Call/SMS : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


TESTIMONI BERPANTANG

Yg ni adalah testimoni berpantang menggunakan produk Shaklee. Nak cerita panjang2 pun rasa cm tak pernah rasa. So PM wife sy untuk maklumat lanjut.



PAKEJ SIHAT

Photo: Sediakan PERISAI di rumah anda!!

Nutriferon - Immune Booster

Performance - Mengurangkan kehilangan bendalir bg meningkatkan hidrasi. Memberikan tenaga dan meningkatkan stamina.

Vit C - mencegah jangkitan virus spt demam dan selsema. Mengekalkan sistem imun dll.

Meh2.. Pilih Pakej Sihat pilihan anda.. Harga berbaloi2 dari serendah RM7x-RM2xx.. 

Tapi nak bg harga GEMPAK hanya utk 10 org terawal shj.. :-)

Sediakan PERISAI di rumah anda!!

NUTRIFERON


Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.  Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu0-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain dalam masa lebih 40 tahun penyelidikan

PERFORMANCE

Terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Ia lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama hidrasi yang lain.  Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidratnya dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.  Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan Performance Shaklee dapat: 
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
VITAMIN C


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi mereka di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan Vitamin C yang mencukupi.  Ia juga dapat mengekalkan sistem imunisasi badan dan menbantu mencegah virus spt demam dan selsema.


PM saya atau wife saya untuk keterangan lanjut.


SYUHADA (ID 853876)
Call/SMS : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**


Friday 12 July 2013

RESTOCK, RETURN AND REGISTER



Photo    Photo      










Gi Shaklee Wangsamaju untuk Restock, Return and Register. Alhamdulillah ada 2 orang (anak dan cucu) register di bawah group kami hari ni. Rasa2nya dah 40 lebih orang yg bernaung di bawah group wife saya. Tapi Group Jutawan rasanya dan berpuluh ribu orang.

Dalam perniagaan Multi Level Marketing ni group memainkan peranan yg sangat besar untuk kejayaan seseorang independent distributor tu. Sebab apa? Sebab kat grouplah kita berkongsi ilmu dan menyokong satu sama lain sama ada dari segi merketing, selling atau ilmu pengetahuan.

Ada lebih daripada 150 ribu pengedar Shaklee tapi hanya lebih kurang 1000 sahaja yg dapat award semasa Shaklee National Conference. Award ni bermakna kita effective sepanjang tahun. Nak effective bukan mudah untuk pengedar2 baru. Ada banyak yg perlu dilakukan.

Saya perhatikan terdapat pengedar yg ghairah mencari downline tapi kemudiannya tidak menunjukkan jalan yg sebaik2nya kepada downline tersebut. Som downline tersebut kebetulan search internet dan minta kita tunjuk ajar dia. Seboleh2nya kita bagi maklumat sekadar terdaya.

Tapi harus diingat, nak berjaya dalam business tidak boleh hanya dengan sekali telefon. Proses pembelajaran sale and merketing dan ilmu mengenai produk ni mengambil masa dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Dan tidak adil untuk kami coaching anak orang lain (time commitment). Oleh itu, adalah menjadi amanah upline untuk membimbing anak2 mereka. Bertanggung jawablah kerana mereka turut menyumbang kepada pendapatan yg anda perolehi.

Sekiranya anda ingin berniaga pastikan anda mencari seseorang yg dapat membimbing anda dengan sebaik2nya. Till then selamat berniaga.

Tuesday 9 July 2013

PROMOTION OF THE MONTH

Photo: Promo sepanjang bulan Julai 2013 SAHAJA!!

Jangan lepaskan peluang utk borong.. Promo Buy 6 Free 1 ni.. Nak beli 1,2,3 botol pun boleh.. :-)

PM Syuhada Wahi / Azman Shaari


Promotion bulan Julai. Supplement terbaik untuk kaum wanita. Lelaki pun boleh gak. PM saya atau wife kalau nak order.

GROUP JUTAWAN

[anak mama]
cuba teka siapa mereka di dalam gambar ini...hihi

Pastikan anda insan bertuah yang terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini..WHY.. coz they're Amazing...Beautiful.. and Charming.
*mana yg takde tu.. superimposed lah yer..hihi
___
cery si kelip kelip

"Pastikan anda insan bertuah yang terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini..WHY.. coz they're Amazing...Beautiful.. and Charming" - mama cery si kelip2. Inilah sebahagian daripada keluarga besar kami. Come,  join and be part of us. Kita sharing2. PM saya atau wife utk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga besar ni. Insyaallah kami akan membimbing dan membantu anda sekadar terdaya. We are very serious in this business.

RESTOCK LAGI

Photo   Photo  Photo

Baru 8 Julai tapi ni dah kali ketiga restock. Alhamdulillah kerana rezeki kami tak putus2. Walaupun tak banyak tapi tetap bersyukur. Yg gambar satu tu adalah Vivix. Vivix ni adalah supplement yg termahal yang dijual oleh shaklee. Ia utk anti oksidan, anti penuaan, membaiki DNA, kanser, jantung dan lain-lain.

Monday 8 July 2013

APPRECIATION HI TEA FOR JUTAWAN SHAKLEE

   

   

Appreciation Hi Tea for Jutawan Shaklee. Alhamdulillah kat sini kebanyakkan (hampir semua) adalah orang islam. So, sape kata orang melayu tak pandai berniaga. Apabila kita melihat bangsa lain maju di dalam perniagaan kita TIDAK BOLEH marah atau dengki pada mereka.

Apa yg mereka ada adalah daripada hasil usaha keras mereka. So kita jadikan ia sebagai motivasi untuk kita berjaya. Ramai yg cakap orang cina kuasai ekonomi Malaysia dan saya membenarkan kenyataan tu. Tapi kita kena melihat sebab "kenapa mereka berjaya?". Kebanyakkan mereka rajin, cekal, positif, bersemangat dan tidak mengalah.

Ada juga orang kata, "kan ada juga orang melayu yg berjaya". Yes betul tu tapi dari segi eknomi kita kena lihat secara global, secara luas, secara purata. Baru kita dapat nilai yg tepat. Zaman dahulu orang islam kuasai ekonomi dunia tapi sekarang semakin lama semakin kita ketinggalan.

Sebenarnya segalanya mungkin kalau kita berusaha.

Orang melayu juga boleh berjaya di dalam bidang perniagaan seperti jutawan2 Shaklee ni. Macam mana mereka boleh berjaya? Ingat kita menjual produk yg sama, quality yg sama, company yg sama tapi kenapa pendapatan kita berbeza2? Ya benar, dalam bahasa mudahnya itu adalah rezeki daripada Allah S.W.T.

Tapi ingat kita TAK TAHU rezeki kita (walau ia telah ditentukan) sebanyak mana yg telah Allah peruntukan. Kita tahu tak hari ini kita makan apa? Adakah esok kita akan dapat makan lagi? Kita tidak tahu. Jadi berusahalah. Allah menyuruh kita berusaha. Berusahalah dan selebihnya baru kita bertawakkal.

Dan kalau kita tak dapat apa yg kita hajati, ketahuilah bahawa ada hikmah, Allah tak izinkan kita dapat benda tu. Mungkin bila kita kaya kita jadi sombong, kita lalai atau kita mengabaikan agama. Oleh itu, kita bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Tapi usaha tetap usaha.

Kita mempunyai perancangan dan Allah juga mempunyai perancangan. Dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.

Wednesday 3 July 2013

LET'S BE PART OF US



Pernahkah anda melihat iklah Shaklee di telivisyen, radio, billboard atau surat khabar. Pernahkah anda nampak duta produk Shaklee? Tak pernah kan? So macam mana Shaklee boleh menjadi MLM yg terbaik di Malaysia? Sebenarnya itulah the power of facebook, blog, tweeter, you tube and also the power of independent distributor especially women.

Zaman sekarang manusia lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer atau telefon bimbit. Oleh itu, mereka lebih mudah terdedah dengan iklan yang terdapat di dalam medium2 tersebut. Yuna, Najwa, PSY mula dikenali melalui You tube. Medium yg sama juga kita boleh guna untuk mempromosikan produk kita. Mula2 seorang baca, kemudian share kemudian try makan. Bila ada kesan maka bergosiplah sesama mereka (perempuan lah kebanyakkanya) dan tersebarlah di seantero Malaysia. And that how Shaklee expend their business.

So, iklan merupakan salah satu strategi yg paling penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Sebagai peniaga anda perlu memasarkan produk anda. Tak boleh just daftar dan berharap pelanggan cari anda. Buatlah promotion, flyer, blog, facebook, tweeter dan lain2 kaedah untuk memasarkan produk anda. Jangan malu kalau nak berjaya. Anda business man and women. Buat kerja, jangan malas, jangan malu. Malu biar bertempat. Malu kalau makan rasuah, salah guna kuasa, menipu dsbgnya.

Tetapi nak buat iklan ni perlu ada strategi, perlu ada ilmu. Kita kena rajin lihat human behavior, kaji perwatakan dan ketahui apa minat mereka. Terfikirkah anda kenapa petronas buat iklan yg lebih bersifat kemanusiaan berbanding mempromosikan produk mereka semasa hari perayaan. Kenapa ye? Kekadang kita kena lihat di dalam perspektif yg lebih luas dan tidak hanya terkongkong dengan produk kita semata-mata. So selamat berniaga dan mencuba. Be part of us and kita akan ajar cara2 nak buat marketing (kalau nak berniaga) dan free consultancy (kalau nak mencuba produk nie). Kita sharing rezeki dan ilmu yg ada.