Monday 8 July 2013

APPRECIATION HI TEA FOR JUTAWAN SHAKLEE

   

   

Appreciation Hi Tea for Jutawan Shaklee. Alhamdulillah kat sini kebanyakkan (hampir semua) adalah orang islam. So, sape kata orang melayu tak pandai berniaga. Apabila kita melihat bangsa lain maju di dalam perniagaan kita TIDAK BOLEH marah atau dengki pada mereka.

Apa yg mereka ada adalah daripada hasil usaha keras mereka. So kita jadikan ia sebagai motivasi untuk kita berjaya. Ramai yg cakap orang cina kuasai ekonomi Malaysia dan saya membenarkan kenyataan tu. Tapi kita kena melihat sebab "kenapa mereka berjaya?". Kebanyakkan mereka rajin, cekal, positif, bersemangat dan tidak mengalah.

Ada juga orang kata, "kan ada juga orang melayu yg berjaya". Yes betul tu tapi dari segi eknomi kita kena lihat secara global, secara luas, secara purata. Baru kita dapat nilai yg tepat. Zaman dahulu orang islam kuasai ekonomi dunia tapi sekarang semakin lama semakin kita ketinggalan.

Sebenarnya segalanya mungkin kalau kita berusaha.

Orang melayu juga boleh berjaya di dalam bidang perniagaan seperti jutawan2 Shaklee ni. Macam mana mereka boleh berjaya? Ingat kita menjual produk yg sama, quality yg sama, company yg sama tapi kenapa pendapatan kita berbeza2? Ya benar, dalam bahasa mudahnya itu adalah rezeki daripada Allah S.W.T.

Tapi ingat kita TAK TAHU rezeki kita (walau ia telah ditentukan) sebanyak mana yg telah Allah peruntukan. Kita tahu tak hari ini kita makan apa? Adakah esok kita akan dapat makan lagi? Kita tidak tahu. Jadi berusahalah. Allah menyuruh kita berusaha. Berusahalah dan selebihnya baru kita bertawakkal.

Dan kalau kita tak dapat apa yg kita hajati, ketahuilah bahawa ada hikmah, Allah tak izinkan kita dapat benda tu. Mungkin bila kita kaya kita jadi sombong, kita lalai atau kita mengabaikan agama. Oleh itu, kita bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Tapi usaha tetap usaha.

Kita mempunyai perancangan dan Allah juga mempunyai perancangan. Dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.

No comments:

Post a Comment