Tuesday 31 December 2013

SELAMAT TINGGAL 2013

Assalamualikum pembaca tersayang,

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun 2014 dengan lembaran yang baru. Banyak yg berlaku di sepanjang tahun 2013 dan ia merupakan tahun yg penuh dengan cabaran dan kejayaan.

2013, adalah tahun di mana saya menamatkan perkhidmatan di dalam TLDM dan beralih arah ke dunia perniagaan. Saya berhenti kerja dengan gomen sebab saya nak teroka bidang yang baru. Ramai yg menghalang sebenarnya sebab saya dah stable keje di dalam gomen. Tapi saya teruskan jugak niat saya dan yakin saya boleh Berjaya dan nasib baik my wife support.

Bermulalah episode yg sangat mencabar apabila gaji baru lebih rendah dari yg saya dapat serta kehilangan beberapa privilege masa kat gomen. Nak tak nak saya teruskan jugak sebab bukan senang nak senang. So, 5 bulan saya bertahan dengan company ni dan akhirnya  Nov adalah permulaan yg baru di dalam karier saya. Kat sinilah pentingnya peranan anda kepada syarikat. Bila anda Berjaya bawa profit kepada syarikat maka anda akan dapat berkongsi kejayaan.

Alhamdulillah dapat kontrak baru yg lebih menguntungkan. Dan yg paling penting kontrak ni dapat bekerja dengan expert dari Korea. Banyak yg saya belajar daripada segi project management sampailah ker Korean Best Practice. Tak ramai yg dapat peluang sebegini apatah lagi Korean expert ni adalah vice president dan CEO of Daewoo Shipbuilding, Syarikat perkapalah kedua terbesar di dunia selepas Hyundai. Multi billion company in Korea.

Dan alhamdulillah gaji saya pun turut meningkat lebih dari apa yg gomen bagi. Pada usia 33 saya merasa pakai gaji 5 angka. Alhamdulillah. Semuanya bermula dengan impian sahaja. Tapi di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Penghujung 2013 juga adalah tahun rezeki bagi isteri saya, bermula dengan business Shaklee secara suka2 sekarang ni dah jadi income sampingan yg lumayan.

Dula masa mula2 my wife jadi pengedar Shaklee, dia dapat bonus hanya 30 ringgit je sebulan tapi sekarang total income sebulan dah 5 angka jugak. So, apa yg menghalang anda untuk Berjaya adalah diri anda sendiri. Semua orang pasti boleh Berjaya kalau ada kemahuan.


Apa pula yg membezakan saya dan wife saya??? Bila kita kerja dgn orang atau gomen gaji kita static je. Kalau naik pangkat atau naik tahun baru boleh dapat sedikit kenaikan. Tapi bila kerja sendiri, keuntungan tak menentu. Saya yakin my wife salary akan lebih tinggi dari saya di tahun 2014. So sebenarnya segalanya mungkin kalau kita berusaha. Xbermakna bila anda belajar lebih tinggi anda akan lebih Berjaya. Segala-galanya tentang anda dan how u manage yourself menentukan siapa anda pada masa akan datang…. Duit bukan segala-galanya tp segala-galanya memerlukan duit. 

Tuesday 17 December 2013

IDEA BUSINES NO 9 - KEDAI CARCA MERBA ONLINE

Assalamualaikum sahabat tersayang,

Hari ni saya nak kongsi satu lagi idea business dan business ni saya buat suka2 je. Tapi business ni Alhamdulillah saya katagorikan berjaya. Saya namakan Kedai Carca Merba Online. Kenapa???Sebab saya jual macam2 benda kat internet. Saya jual basikal, barang golf, accessory kereta dan macam2 lagi. 

Pernahkah anda tengok rancangan The Pickers di History Channel. Idea ni lebih kurang cmtu la. Beli barang daripada orang dan jual balik. Kebanyakan barang yg saya beli untuk saya guna dulu. Then bila dah puas guna saya jual. So org tanya kat mana keuntungannya....




Kat sini pentingnya the art of nego (boleh baca kat entry saya sebelum nie). Lebih pandai anda nego lebih banyak keuntungan yg anda boleh dapat. Prinsipnya, bila beli barang pastikan lebih rendah dari harga pasaran dan bila jual, jual pada harga pasaran. So, kat sinilah keuntungan anda. 

Ada org jual barang sebab nak guna duit segera, ada yg nk kosongkan stor dan macam2 lagi. So semua ni adalah peluang untuk anda menjana pendapatan. Dah banyak barang yg saya jual dan senang je nak buat business ni. Cuma benda ni memerlukan masa sikit. Kalau boleh, anda  jual benda yg anda tahu atau benda tu hobi anda. Sebabnya kalau anda tahu lagi banyak maklumat tentang sesuatu barang lagi baik dan lebih senang nak jual. 

Tuesday 10 December 2013

BERHATI-HATI

Assalamualikum

Pagi ni sempat tengok tv9 rancangan tanyalah ustaz. Best gak ceramah hari ni. Kita kt dunia ni  bukan sekadar nk kejar kemewahan semata-mata. Banyak lagi perkara yg kita kena lihat dan utamakan. Dan dalam meniti kehidupan ni, benda2 halal dan haram kita kena sentiasa berwaspada. 

Dalam Islam niat tidak menghalalkan cara. Maksudnya kalau kita nak kaya, kita tak boleh mencuri, menipu atau menjual benda2 yg haram. Ramai orang yg berniaga tapi adakah perniagaan kita menepati konsep ajaran islam. Kat sini ramai yg terperangkap. Nak maju dan berjaya dlm business tapi tak nak jual barang, xnak kerja, xnak cari orang, xnak macam2. Nak cepat kaya dan mudah. So ramai yg gelap mata dan mudah lupa

Berniaga mesti ada barang yg diniagakan atau perkhidmatan yg diberikan. Xboleh sesuka hati create business yg xwujud. Contohnya (berdasarkan cerita kawan saya). Ada satu orang ni di cakap dapat peruntukan daripada Kementerian Asas Tani nak buka ladang. Tapi perlukan modal sikit sebagai permulaan untuk tunjuk yg dia ni benar2 serius nak berladang. So mamat ni carilah beberapa orang nak jadi rakan kongsi dan bila dah berjaya nanti, masing2 dapatlah share nye. 

Org2 yg pemalas dan kurang cerdik berlumba2 lah bagi modal kat mamat ni. So dia tak perlu kerja, xperlu urus ladang, xperlu apa2. Cukup bulan dpt je keuntungan. Tapi bila dah bagi modal, mamat ni pun lesaplah dengan duit tadi. Kalau kawan2 yg terdekat pulak katanya ladang tak jadi atau rugi atau lembu mati dan macam2 alasan. 

Nak melabur cari tempat yg benar2 selamat spt koperasi yg diiktiraf, syarikat yg diiktiraf dll. Kalau dengan kawan2 kena lihat budi pekertinya dan sejauh mana anda yakin padanya. Selidik dan siasat sebelum melabur. Fikir sebelum terkena. 

Sekarang ni lagi lah. Macam2 perniagaan yg meragukan. Bagi saya senang je sebenarnya check dgn SSM sblm melabur. Berhati-hatilah.

Tuesday 3 December 2013

LEARN FROM THE EXPERT

Alhamdulillah, Dah hampir sebulan saya dapat kerja dengan orang2 Korea. Sejujurnya, saya sangat bertuah dapat berada dalam kumpulan nie. Seorang korean tu merupakan bekas Managing Director dan CEO Daewoo, Korea. Dia juga CEO Daewoo Romania dan beberapa Consultant untuk shipyard di Eropah. Lagi satu di ni jugak merupakan seorang professor di beberapa universiti di Korea. Yg Seorang lagi tu CEO Daewoo China. Semua hebat2 background. Mereka2 ni dihantar oleh Negara Korea untuk membantu salah satu dockyard di Malaysia.




Daewoo adalah salah satu shipbuilding yg terunggul di dunia. Dan syarikat ni juga merupakan shipyard yg terbaik di dunia. So, saya berada dengan orang2 yg ternama di dalam dunia maritim. Setiap hari saya akan belajar banyak perkara baru. Insya allah peluang ni akan saya guna sebaik2nya untuk menambah pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang maritim