Tuesday 10 December 2013

BERHATI-HATI

Assalamualikum

Pagi ni sempat tengok tv9 rancangan tanyalah ustaz. Best gak ceramah hari ni. Kita kt dunia ni  bukan sekadar nk kejar kemewahan semata-mata. Banyak lagi perkara yg kita kena lihat dan utamakan. Dan dalam meniti kehidupan ni, benda2 halal dan haram kita kena sentiasa berwaspada. 

Dalam Islam niat tidak menghalalkan cara. Maksudnya kalau kita nak kaya, kita tak boleh mencuri, menipu atau menjual benda2 yg haram. Ramai orang yg berniaga tapi adakah perniagaan kita menepati konsep ajaran islam. Kat sini ramai yg terperangkap. Nak maju dan berjaya dlm business tapi tak nak jual barang, xnak kerja, xnak cari orang, xnak macam2. Nak cepat kaya dan mudah. So ramai yg gelap mata dan mudah lupa

Berniaga mesti ada barang yg diniagakan atau perkhidmatan yg diberikan. Xboleh sesuka hati create business yg xwujud. Contohnya (berdasarkan cerita kawan saya). Ada satu orang ni di cakap dapat peruntukan daripada Kementerian Asas Tani nak buka ladang. Tapi perlukan modal sikit sebagai permulaan untuk tunjuk yg dia ni benar2 serius nak berladang. So mamat ni carilah beberapa orang nak jadi rakan kongsi dan bila dah berjaya nanti, masing2 dapatlah share nye. 

Org2 yg pemalas dan kurang cerdik berlumba2 lah bagi modal kat mamat ni. So dia tak perlu kerja, xperlu urus ladang, xperlu apa2. Cukup bulan dpt je keuntungan. Tapi bila dah bagi modal, mamat ni pun lesaplah dengan duit tadi. Kalau kawan2 yg terdekat pulak katanya ladang tak jadi atau rugi atau lembu mati dan macam2 alasan. 

Nak melabur cari tempat yg benar2 selamat spt koperasi yg diiktiraf, syarikat yg diiktiraf dll. Kalau dengan kawan2 kena lihat budi pekertinya dan sejauh mana anda yakin padanya. Selidik dan siasat sebelum melabur. Fikir sebelum terkena. 

Sekarang ni lagi lah. Macam2 perniagaan yg meragukan. Bagi saya senang je sebenarnya check dgn SSM sblm melabur. Berhati-hatilah.

No comments:

Post a Comment