Tuesday 17 December 2013

IDEA BUSINES NO 9 - KEDAI CARCA MERBA ONLINE

Assalamualaikum sahabat tersayang,

Hari ni saya nak kongsi satu lagi idea business dan business ni saya buat suka2 je. Tapi business ni Alhamdulillah saya katagorikan berjaya. Saya namakan Kedai Carca Merba Online. Kenapa???Sebab saya jual macam2 benda kat internet. Saya jual basikal, barang golf, accessory kereta dan macam2 lagi. 

Pernahkah anda tengok rancangan The Pickers di History Channel. Idea ni lebih kurang cmtu la. Beli barang daripada orang dan jual balik. Kebanyakan barang yg saya beli untuk saya guna dulu. Then bila dah puas guna saya jual. So org tanya kat mana keuntungannya....




Kat sini pentingnya the art of nego (boleh baca kat entry saya sebelum nie). Lebih pandai anda nego lebih banyak keuntungan yg anda boleh dapat. Prinsipnya, bila beli barang pastikan lebih rendah dari harga pasaran dan bila jual, jual pada harga pasaran. So, kat sinilah keuntungan anda. 

Ada org jual barang sebab nak guna duit segera, ada yg nk kosongkan stor dan macam2 lagi. So semua ni adalah peluang untuk anda menjana pendapatan. Dah banyak barang yg saya jual dan senang je nak buat business ni. Cuma benda ni memerlukan masa sikit. Kalau boleh, anda  jual benda yg anda tahu atau benda tu hobi anda. Sebabnya kalau anda tahu lagi banyak maklumat tentang sesuatu barang lagi baik dan lebih senang nak jual. 

No comments:

Post a Comment