Tuesday 31 December 2013

SELAMAT TINGGAL 2013

Assalamualikum pembaca tersayang,

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun 2014 dengan lembaran yang baru. Banyak yg berlaku di sepanjang tahun 2013 dan ia merupakan tahun yg penuh dengan cabaran dan kejayaan.

2013, adalah tahun di mana saya menamatkan perkhidmatan di dalam TLDM dan beralih arah ke dunia perniagaan. Saya berhenti kerja dengan gomen sebab saya nak teroka bidang yang baru. Ramai yg menghalang sebenarnya sebab saya dah stable keje di dalam gomen. Tapi saya teruskan jugak niat saya dan yakin saya boleh Berjaya dan nasib baik my wife support.

Bermulalah episode yg sangat mencabar apabila gaji baru lebih rendah dari yg saya dapat serta kehilangan beberapa privilege masa kat gomen. Nak tak nak saya teruskan jugak sebab bukan senang nak senang. So, 5 bulan saya bertahan dengan company ni dan akhirnya  Nov adalah permulaan yg baru di dalam karier saya. Kat sinilah pentingnya peranan anda kepada syarikat. Bila anda Berjaya bawa profit kepada syarikat maka anda akan dapat berkongsi kejayaan.

Alhamdulillah dapat kontrak baru yg lebih menguntungkan. Dan yg paling penting kontrak ni dapat bekerja dengan expert dari Korea. Banyak yg saya belajar daripada segi project management sampailah ker Korean Best Practice. Tak ramai yg dapat peluang sebegini apatah lagi Korean expert ni adalah vice president dan CEO of Daewoo Shipbuilding, Syarikat perkapalah kedua terbesar di dunia selepas Hyundai. Multi billion company in Korea.

Dan alhamdulillah gaji saya pun turut meningkat lebih dari apa yg gomen bagi. Pada usia 33 saya merasa pakai gaji 5 angka. Alhamdulillah. Semuanya bermula dengan impian sahaja. Tapi di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Penghujung 2013 juga adalah tahun rezeki bagi isteri saya, bermula dengan business Shaklee secara suka2 sekarang ni dah jadi income sampingan yg lumayan.

Dula masa mula2 my wife jadi pengedar Shaklee, dia dapat bonus hanya 30 ringgit je sebulan tapi sekarang total income sebulan dah 5 angka jugak. So, apa yg menghalang anda untuk Berjaya adalah diri anda sendiri. Semua orang pasti boleh Berjaya kalau ada kemahuan.


Apa pula yg membezakan saya dan wife saya??? Bila kita kerja dgn orang atau gomen gaji kita static je. Kalau naik pangkat atau naik tahun baru boleh dapat sedikit kenaikan. Tapi bila kerja sendiri, keuntungan tak menentu. Saya yakin my wife salary akan lebih tinggi dari saya di tahun 2014. So sebenarnya segalanya mungkin kalau kita berusaha. Xbermakna bila anda belajar lebih tinggi anda akan lebih Berjaya. Segala-galanya tentang anda dan how u manage yourself menentukan siapa anda pada masa akan datang…. Duit bukan segala-galanya tp segala-galanya memerlukan duit. 

No comments:

Post a Comment