Thursday 1 October 2015

IDEA BUSINESS IN CHINA

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kali ni saya ke China (Guangzhou, Shenzhen, Suzhou, Shanghai) pulak untuk business visit di salah satu supplier syarikat. Semasa di sana sudah semestinya idea business mencurah-curah datang di kepala. Rasa macam nak berhenti kerja je sekarang dan buat business. 

Lepas habis je visit kilang saya dibawa jalan jalan oleh supplier kat sana. macam2 business yg org sana kongsikan dengan saya... saya pulak berlegar-legar di Tanah Besar China dan mencari-cari potensi untuk berbusiness. 

Mula-mula saya visit gedung yang jual hand phone dan accessories. Punyala banyak pilihan sampai xtau yang mana satu nak dibeli. Harga jauh lebih murah dari yg ada kat Malaysia ni.. sbg contoh casing hp harga 1 ke 2 ringgit sahaja (kat malaysia 10 ke 15 ringgit). Charger 5 ke 6 ringgit (yg biasa).. yg berjenama dan berkualiti hanya RM12 ke 15 sahaja.. Yg berjenama ni dijual kat supermarket di China pada harga 30 Ringgit. Kat malaysia lagi mahal. 

Saya pulak tukar screen hanya 65 ringgit. Kat malaysia kedai nak cas 450.00. Jauh sangat bezanya... Kualiti sangat2 ok sebab saya pakai sekarang dan xada masalah. Itu yg dijual kat gedung... agak2 berapa dia ambil kat main supplier. Contact untuk main supplier ni saya ada..... sebab saya dapat daripada agent saya kat sana. Hahaha... Maybe in the future saya boleh explore more

Satu lagi kat china ni banyak sangat accessories yang dikeluarkan... Iphone 6S yang belum lancar pun dah ada accessories dia.... Sebut je apa jenama semua ada... 

Yg kedua pulak saya dibawa ke kilang pembuatan sutera. 100% made in China.. Kualiti terbaik. Sutera ni dijual pada harga 200 ke 300 ringgit. Kat KLCC dijual pada harga 800 ke 1200. Design hampir sama dan purely silk. Kilang ni adalah antara pengeluar terbesar sutera di China.. Nak borong kat sini dan jual kat malaysia pun boleh.. 

Yg ketiga toys... yg kita selalu nampak kat pasar malam tu.. rupa-rupanya harga toys tu 3 ke 4 ringgit sahaja kat China.. (Itu harga kedai)... harga borong lagi murah... Kat pasar malam dijual 10 ke 15 ringgit.. Bentuknya sama sahaja... kawan saya borong drone pada harga RM 90 je.. Drone yg sama dijual kat KLIA pada harga 500.00... menyesal xbeli... 

Banayak lagi yg saya dapat lihat dan saya beruntung sebab agen saya seorang yg pandai selok belok harga barangan dari China. Anytime dia boleh uruskan penghantaran barangan dari China ke luar negara... dan dia tahu kat mana nak dapat barangan pada harga yg murah... (anything)...

Saya pun sedang berkira-kira untuk berniaga nie.. Insya Allah kalau ada kesempatan.. Jom berniaga..