Wednesday 24 July 2013

KISAH EBM - PART III

    


Hari ni saya nak sambung kisah EBM sebab ramai ibu2 yg berminat. Terima kasih.... Okay, sekarang ni ibu2 dah tahu cmna cara nak simpan susu. Susu yg disimpan dalam botol atau plastik tu perlu ditandakan tarikh dan masanya (cm gambar kat atas tu). Ibu2 perlu tanda supaya kita guna susu yg lebih awal disimpan terlebih dahulu. Dalam engineering kita panggil konsep FIFO (First In First Out). Sape masuk deep freeze dulu dia keluar dulu. Hahaha....

Selain itu, wife saya buat buku catatan EBM sebagai rekod (buat sendiri je). Buku ni tak da jual kat kedai. Kat buku ni ada rekod bila dia pump susu, kul berapa, kuantiti berapa dan bila guna. Biasanya susu ibu ni bila kita simpan kat dalam botol ia akan jadi 2 lapisan. Tak macam susu formula atau susu lembu. Dont worry it's normal. Nanti bila nak guna goncangkan sahaja supaya ia sebati semula. 

*INGAT. JANGAN CAMPUR SUSU IBU DENGAN AIR ATAU SUSU FORMULA ATAU SUSU DARI IBU YG LAIN.

Okay sekarang ni saya nak story cara2 nak guna susu tu pulak. Susu yg telah dibekukan tadi tu dah jadi macam ketul ais. So kita keluarkan dari deep freeze dan simpan kat tempat dingin (peti ais yg bahagian bawah tu). Biarkan dia cair sendiri sebab tempat dingin ni tidak akan membekukan susu tapi ia akan ambil masa sedikit. Buat preparation awal. 

Kalau nak guna cepat macam mana pulak? Mmmmm... Begini mengikut fakta daripada Australian Breastfeeding Association Reviewed April 2013 menyatakan bahawa susu yg beku ni boleh diremdam terus ke dalam air suam (lebih kurang 40 darjah celcius). Bila air tu dah sejuk, buang dan tambah air suam yg lain. Ulangi proses ni sampai susu tu suam. Sebelum bagi kat baby tu, test dulu, titikkan kat bahagian belakang tangan (sebab bahagian depan tangan tak sensitif kepanasan). JANGAN OVERHEAT atau MASAK susu tu (sebab nak cepat panas) kerana ia boleh MENGHILANGKAN nutrien yg ada dalam susu tu. 

*INGAT LAGI. SUSU YG BEKU JANGAN DIBIARKAN CAIR PADA SUHU BILIK DAN JANGAN PANASKAN SUSU SAMA ADA ANDA MASAK KE ATAU GUNA MICROWAVE. 

Dah banyak kongsi ni... Kita sambung esok pulak.... I'M PROUD THAT MY WIFE IS A BREASTFEED MOM. Selamat mencuba....

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Bagusnya En. Azman ni, menghargai usaha isteri menyusukan baby dengan mengabadikan ke dalam blog. Suami sy juga penyokong setia saya, cuma dia bukan seorang blogger..hehe

    Tak sangka cara sy rekod ebm sy, sama mcm cara isteri en. Azman buat. Kwn2 sy kata mentang2 blaja costing dan accounting, susu pon diuruskan cara FIFO..ada sy share kat sini.. http://www.ainhanif82.blogspot.com/2015/04/breastfeeding-journey-with-ammar-mikail_14.html

    Tapi sy punya buku catatan sempoi je x macam isteri en punya, lengkap dan kemas..hehe..skrg tgh praktik utk anak ketiga. 2012 mula mencatat cara tu semasa menyusu anak kedua..

    Sampaikan salam sy pada isteri en ye..beliau pasti seorg ibu yg hebat

    ReplyDelete