Thursday 25 July 2013

KISAH EBM - PART IV

Sambung kisah EBM semalam. Bila susu tu dah suam bolehlah bagi baby minum. Tapi untuk baby yg baru nak belajar minum tu, kadang2 dia akan tolak menyusu botol ni. Nak tahu kenapa? Sebab baby tu rasa geli. Hahaha.. dia rasa lain daripada yg dia penah rasa (mother's skin). Tapi don't worry, baby ni cepat adopt dengan keadaan sekeliling. Lama2 di redha la. 

Camna kalau baby tu masih tak nak jugak? Cuba bagi guna sudu atau cawan kecik. BAGI DALAM KEADAAN BABY DUDUK (dukung dia). Kalau tak boleh jugak try pujuk lagi. Ibu2 boleh jalan2 pusing2 sambil tu pujuk dia suruh minum. Insya Allah. 

Sebenarnya yang menjadi masalah paling besar adalah apabila ibu start naik kerja. Sebab masa ni yg bagi susu bukan mama dia lagi tapi orang lain. Camna nak buat ye? Begini, mengikut Australian Breastfeeding Association, ibu perlu tinggalkan baju (yg tak basuh lagi) kat pengasuh / pembantu rumah supaya bila baby bau baju ibu, dia akan terangsang untuk menyusu. Mmmm... Saya ingatkan ini petua orang2 tua sahaja tapi rupa2nya di guna pakai di peringkat antara bangsa. Hebat juga orang2 tua kita ni ye....Okay boleh cuba petua ni. 

Ingat tak 2 hari lepas saya ada bagitau yang susu ni boleh disimpan di dalam botol atau plastik EBM. Yang dalam plastik EBM ni kuantiti dia banyak. So apabila telah dicairkan (sama je kaedah dengan botol), ibu2 perlu tuang ke dalam botol2 kecik. Contohnya dalam plastik ada 14 Oz so ibu2 perlu sediakan 4 botol kecik (4oz). Beri perhatian!!! semasa dicairkan susu ni masih di dalam keadaan sejuk ye. Ambil satu botol rendam dalam air panas (40 darjah celcius) sampai susu tu suam dan bagi  pada baby. Baki 3 botol yg masih tidak digunakan letak semula kat dalam freezer (bahagian dingin, jangan bekukan semula). Habiskan stock 3 ni dulu. 

Okay habis bab ni... next topic sambung esok pulak ye.... Sikit je lagi nak habis.

No comments:

Post a Comment