Friday 26 July 2013

KISAH EBM - PART V

Okay habis kisah susu. Sekarang ni nak bagi tau kaedah2 nak susukan baby guna botol pulak. Yg ni SANGAT PENTING. Nilah yg selalu berlaku kat Malaysia. BABY TERSEDAK SUSU. Ingat lubang puting botol tu jangan ditebuk luas2. Biar sederhana sahaja. Kita mungkin nampak seolah2 baby lapar nak menyusu bila dia ada bunyi 'glup glup'. Tapi sebenarnya di sedang melawan kemasukan susu yg laju tu. JANGAN SELITKAN BOTOL PADA BANTAL ATAU BIAR BABY MENYUSU TANPA DIAWASI. PEGANG DAN PERHATIKAN BABY.

Kenapa kita kena control kemasukan susu? Ni sebabnya:

a. Untuk membolehkan baby kawal jumlah susu yg dia nak minum.

b. Apabila ibu2 bekerja, biarkan baby minum sekadar keperluan sahaja (tapi mesti cukup lah maksudnya jangan terlalu kenyang). Ni yg kena kawal kemasukan susu. Nanti apabila ibu pulang bekerja, baby akan minta disusukan lagi. INGAT DI DALAM BIDANG PENYUSUAN LEBIH KERAP BABY MENYUSU LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

c. Untuk mngelakkan over feed.

Macam mana nak susukan baby? Nampak mudah sahaja kan tapi ada rahsia disebaliknya iaitu:

a. Baby kalau menangis tidak semestinya dia nak susu. Mungkin dia tak selesa sebab lampin basah atau kena gigit nyamuk atau dia sakit atau sebagainya. Sebagai ibu bapa fahami karektor anak. 

b. Susukan baby ni BUKAN ikut time (time menyusu baby sebenarnya xda jadual). IKUT sign yg baby tu bagi. Contohnya dia hisap jari, gomol2 muka dia kat dada ibu, dsbnya. Kalau ibu tak bagi semasa stage ni baby akan mula menangis (minta perhatian tu).

c. Nak menyusukan baby ni LEBIH BAIK biar di duduk (maksudnya dalam keadaan tegak) daripada berbaring. Ni sebabnya supaya baby boleh minum sedikit demi sedikit bukannya terus telan sahaja.

PERHATIAN: Apabila ibu2 hantar anak kepada pengasuh atau tinggal dengan orang gaji pastikan mereka menelefon anda sekiranya stok EBM kehabisan. JANGAN CUBA SURUH MEREKA BAGI MINUMAN LAIN. 

Rasanya sampai disini sahaja kisah EBM untuk saya kongsikan dengan anda. Kalau ada tambahan boleh PM saya. Nanti saya upload kat blog saya untuk kita kongsi2.

Nak menjayakan EBM ni suami kena main peranan dan jgn biarkan isteri sorang2 sahaja. Ambil tahu dan belajar sama2. Ingat ye... APA YG IBU MAKAN KHASIATNYA AKAN DAPAT DIRECT KAT BABY. AMALKAN MAKANAN YG SIHAT, JAGA KESIHATAN DAN JANGAN LUPA AMBIL VITAMIN. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment