Monday 29 July 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 1 - NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ni saya nak bercerita mengenai basic thing dalam perniagaan. Saya harap benda ni dapat dijadikan panduan kepada kwn2 fb sekalian sebelum atau sedang menceburi bidang perniagaan. So baca dengan teliti.. NI RULE NO 1 dalam business.

Myb ada yg bertanya kenapa saya nak highlight benda ni? Ini lah kerja saya sebenarnya, sebagai consultant saya membantu usahawan2 terutamanya bumiputera untuk berniaga. Apa yg perlu anda tahu mengenai business? Kat sini saya cerita versi kawan2 sahaja (nak bagi mudah faham). Dont worry tak ada term yg pelik2.

Okay, yg pertama dan amat penting setiap syarikat atau orang perseorangan yg ingin berniaga di MESTI berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap apa jenis perniagaan yg di ingin lakukan. Kenapa saya highlight benda ni sebab kalau ada org yg ingin mengajak anda melabur cuba check dengan SSM ada tak no pendaftaran SSM dia. Kalau dia kata ada, minta dan semak online dengan SSM. So cuba semak dengan SSM ada tak PERNIAGAAN YG BERKENAAN PELABURAN RM 100 (TAK PERLULAH SAYA SEBUT NAMANYA) YG ORANG DUK PROMOTE KAT WALL ANDA? KALAU ADA ANDA MELABURLAH. Kalau takda anda fikir2 kan lah. 

Ada pulak tu, org cakap makcik yg jual goreng pisang kat tepi jalan tu takda mendaftar pun. Betul, memang makcik tu tak mendaftar. Tapi kita tahu apa business yg dia buat. Hukum melabur ni macam mana? Cmni ye.... anda ada modal anda melabur kat dalam syarikat atau orang perseorangan (kawan2 ke sedara ke dll). Diorang ni buat business (tanam sawit ke, bina bangunan ke, jual ikan ke, jual baju ke, any businesss la). So bila ada untung, keuntungan ni dibahagi2 sesama kita sebagai pelabur. Cuba check yg ni pulak, anda labur RM 100 kat kawan anda pastu dia bagi lesen kat anda untuk cari org untuk anda cari downline pulak. Siapa dia yg boleh bagi lesen kat anda cari downline? Apa akan jadi kat orang yg terkemudian nanti..... Business apa cmni?

Business ni ada 2 kaedah sahaja anda melabur atau anda jual barang/produk. Nak melabur, melaburlah kat tempat yg betul. Kat mana? nanti saya share.

Orang2 group ni cakap anda kena berusaha, buat iklan, rajin dan baru dapat hasilnya. TAPI DALAM ISLAM NI BUKAN KONSEP USAHA TU SAHAJA. ISLAM NI CAKAP....... NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Maksudnya begini, anda berniat untuk berjaya, maju, nak ubah kehidupan keluarga, tapi anda merompak, menipu, mencuri dll (usaha la tu) boleh tak? TAK BOLEH CAMTU. Tak boleh jual benda haram, tak boleh jual barang cetak rompak (curi hak), dll. Ada juga orang sibuk duk promote barang dari jenama terkenal (samsung lah, furla la, adidas la, LV la, dll) tapi barang clone. Tak boleh maaa... Mencuri namanya. Mencuri hak rekacipta. 

Rezeki yg kita dapat tak halal. Tolong faham konsep business ni ye... Banyak lagi yg saya nak bagi contoh. Kita sambung lain kali je. Ada masa scroll ke bawah dan baca tajuk Adakah Pelaburan Anda Halal. Next saya akan sentuh isu lain pulak ye.. Isu Halal. Selamat berniaga.

No comments:

Post a Comment