Tuesday 30 July 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 2 - KKM



Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ni saya nak bagitau mengenai RULE NO 2 sebelum kita berniaga. Benda ni boleh diguna pakai oleh orang2 yg nak berniaga atau pengguna. Undang2 ni khas untuk produk kesihatan atau kecantikan atau seumpamanya (jual baju tak perlu lah hehehehe....)

RULE NO 2 adalah - Pastikan sebelum anda membeli atau menjadi agen atau menjual sesuatu prodak tu dia MESTI/WAJIB ada kelululan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kenapa? sebab gomen nak pastikan kita menggunakan produk yg tidak memberi kemudratan (untuk kebaikan kita juga kan).

Ingat tak dalam 2 minggu yg lepas satu produk yg dinamakan Bedak Ta**ka dan Fig**e Up dirampas oleh KKM. Ni la sebabnya. Rupa-rupanya produk tu takda kelulusan KKM. So, bila beli sesuatu produk tu lihat label dulu, semak no KKM (online pun ada). Jgn lupa semak juga beberapa produk yg telah dibatalkan pendaftarannya. Semak no MALxxxxxxx (contoh seperti di atas). Nak copy n post kat wall masing2 pun takpa (kita sharing2 ilmu yg ada). Ni link dia:

http://portal.bpfk.gov.my (laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM)

Okay sekarang ni produk dah kena rampas, so apa jadi dengan pengedar tu (maybe rugi kot). Nak jual tak boleh (takkan nak jual gak setelah disahkan mengandungi racun merbahaya). Kesian saya lihat pengedar2 yg teraniaya ni. Tapi lagi kesian kepada pengguna yg dah pakai. Macam mana kalau ada kesan sampingan kepada mereka. Bukankah anda telah menganiaya dia???

Benda2 camni bukan baru bagi kita. Tapi sampai bila peniaga2 ni nak sedar dan belajar. Dan inilah salah satu sebab saya mencipta blog ni. Selain mempromosikan barang, saya nak bagi kesedaran kepada kwn2 rakan seperniagaan. Jadi sebelum membeli atau berniaga tu BACA, BUAT RESEARCH dan PILIHLAH syarikat yg benar2 menjaga kualiti produk yg mereka hasilkan.

Saya dah search dan buat penyelidikan sendiri sebelum saya join Shaklee. Vitamin yg dihasilkan diuji beribu-ribu kali sebelum dipasarkan dan kerajaan USA mengenakan kawalan yg sangat ketat ke atas penghasilan produk2 sebegini.Nanti sambung lagi.....

Jom kita membeli dan berniaga dengan penuh berhati2. PM saya atau wife saya utk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment