Thursday 1 August 2013

RULE OF THE BUSINESS NO 3 - HALAL




Okay RULE NO 3 - HALAL. Yg ni yg paling utama dan terpenting. Segala2nya bermula dari sini. Bila ada orang mempromosikan sesuatu barang kat anda (yg berkaitan la), minta dia tunjukkan (gambar pun jadilah) sijil halal atau logo halal. Tak kirala barang tu makjun ke, vitamin ke, ubat ke, minuman ke, makanan ke, apa2 saja yg berkaitan. Pastikan anda makan atau menjual benda yg halal SAHAJA. WAJIB.

Lain negara lain simbol halalnya. Tak kisah lah yg penting kalau produk tu dari oversea pastikan ada pengesahan halal ni. Pengesahan pula mestilah daripada badan yg diiktiraf. Bukan sesuka hati cop sahaja. Shaklee ada sijil halal (seperti gambar di atas) dan sebab tu lah saya confidence makan walaupun ia dari USA. Kalau dah dapat dari badan islam yg diiktiraf kat oversea tu tak perlu la utk dapat sijil halal JAKIM lagi (nak amik pun boleh).

Ada juga beberapa produk dari oversea yg dibawa masuk ke Malaysia tak da simbol halal atau sijil halal. Tapi barang tu halal. So cmna? Kalau anda ada syarikat, anda kena dapatkan sijil halal dari JAKIM (bila ada sijil ni baru senang nak dipasarkan). Kalau anda distributor, paksa company tu dapatkan sijil halal tu. Kalau company tu taknak? ANDA JANGAN JADI DISTRIBUTOR PRODUK TU. ADA BENDA YG LEBIH PENTING DARI DUIT. 

Kes2 yg cmni biasanya orang buat rebranding. Maksudnya dia jumpa satu produk (diyakini halal) yg bagus kat over so dia invest dan bawak masuk ke pasaran Malaysia. Kalau dia guna nama asing mungkin agak susah sikit. So untuk menarik perhatian pengguna Malaysia dia guna nama yg lebih ke Malaysian. Tapi ingat, apa2 pun HALAL TETAP DIUTAMAKAN.

Okay, selamat berniaga...

No comments:

Post a Comment