Tuesday 23 July 2013

KISAH EBM - PART II


Semalam lepas update mengenai EBM (Expressed Breast Milk) nampaknya ramai yg melawat blog saya. Tq... Tq.. Ni maknanya ramai yg berminat untuk buat EBM. So atas pemintaan yg ramai tu saya sambung sikit lagi kisah mengenai EBM ni

Hari ni saya nak bercerita mengenai pump yg sesuai. Mula2 dulu semasa wife nak simpan stock EBM ni saya belikan dia pump manual. Memang penat la guna pump manual ni. Tapi oleh kerana dah beli maka  teruskan jugak lah. So kalau ada ibu2 yg nak beli pump buat pertama kali saya sangat2 sarankan untuk beli pump elektrik. Anak kedua wife dah guna pump elektrik. Mahal sikit tapi mudah dan berbaloi digunakan. 


Okay sekarang ni nak simpan kat mana susu yg telah dipump tadi? wife saya guna 2 kaedah iaitu simpan di dalam botol (4 oz) dan simpan kat dalam plastik EBM. Untuk penggunaan botol dan plastik ni saya sarankan gunalah botol/plastik yg BPA free.


BPA tu apa pulak ye? BPA adalah singkatan untuk Bisphenol A. Ia adalah sejenis campuran bahan kimia yg digunakan untuk membuat plastik. BPA mula digunakan semenjak tahun 1960. Dalam jumlah yg banyak ia boleh menyebabkan kerosakan kepada otak dan kesihatan terutamanya kepada baby dan budak2. So kalau nak beli botol atau plastik carilah yg BPA free (takda BPA).


Susu yg telah dipump hendaklah disimpan di tempat sejuk. Tapi tempat penyimpanan pun ada ketagorinya iaitu:


a. Suhu bilik - Tahan 4 jam sahaja. Kemudian akan basi.

b. Peti sejuk 1 pintu bahagian bawah - Tidak disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
c. Peti sejuk 1 pintu bahagian atas (tempat beku) suhu 2-4 darjah celcius boleh tahan 3-5 hari. Then basi.
d. Peti sejuk 2 pintu bahagian atas (-20 darjah celcius - tempat beku la ni) boleh tahan 3 bulan then basi.
e. Deep freeze boleh tahan 6 bulan. 

* Ambil perhatian. Susu yg telah beku kemudian akan dikeluarkan dan dipanaskan (rendam dalam air panas) bila baby minum tak habis jangan bekukan semula. Buang sahaja kerana telah dicemari oleh bakteria.


Banyak lagi kisah EBM ni nanti2 saya sambung lagi ye.. Hehehe.....

No comments:

Post a Comment