Monday 22 July 2013

KISAH EBM - PART I

EBM adalah singkatan untuk Expressed Breast Milk. Maksudnya kita guna kaedah lain untuk mengeluarkan susu dari badan ibu (bukan baby yg menyusu). Kat negara omputih, kaedah ni lah yg sering dipraktikan oleh wanita2 bekerjaya.

Untuk ibu2 yg bekerja, pumping session ni seelok-eloknya bermula 2 minggu sebelum start kerja. Ni sebabnya nak bagi baby terbiasa guna botol. Kebanyakan doktor menyarankan supaya baby boleh guna botol hanya selepas 1 bulan kelahiran. So sebelum tu ibu2 kena bagi direct susu kat baby. Biasanya susu ibu amat sedikit di awal2 kelahiran (jangan give up). Teruskan juga. Nanti lama2 susu tu akan bertambah. Cumanya mesti ibu sebak sebab baby kerap menangis tak da susu.

Kat sinilah pentingnya makanan tambahan (supplement) kerana ia boleh menjadi perangsang kepada milk booster (perangsang sahaja bukan milk booster). Tapi harus diingat makanan tambahan sebenarnya adalah untuk kesihatan ibu, So konsepnya adalah - apabila tubuh badan ibu sihat, bertenaga, tak stress maka susu akan lebih banyak dihasilkan.

Walau tak da susu sekalipun, JANGAN BAGI SUSU FORMULA ATAU AIR SUAM ATAU APA JUGA MINUMAN kat baby. ELAKKAN. Tak ada susu di dunia ni yg sebaik susu ibu. Kalau dah desperate sangat cari ibu tumpang. Yg ni dibolehkan tapi kena jaga sedikit. Anak kita tak boleh kahwin dengan anak ibu tumpang (cmtulah konsepnya).

Pumping session pula bergantung dengan jumlah susu yg dihasilkan ibu. Nak senang kira, lebih kurang 15 minit setiap kali mengepam. Berapa kali ye? Paling senang lebih kurang sama jumlah dengan masa baby menyusu. Kalau satu hari baby menyusu 10 kali maka 10 kali lah pump. Wife saya cakap bila baby nak menyusu ibu boleh rasa. Tah la. Betul kot.

Kat mana nak simpan? Berapa lama boleh simpan? Apa botol yg sesuai? saya sambung next time ye..

No comments:

Post a Comment