Tuesday 8 October 2013

JANJI DITEPATI

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi satu pengalaman di dalam business. Mudah2an dapat jadi panduan kepada kawan2 yg nak berniaga.. Tak besar pun isu ni tapi ia tetap memberi kesan kat kita. Okay isunya adalah JANJI DITEPATI

Berdasarkan pengalaman kita buat business... Dalam business ni salah satu elemen yg pentiang adalah connection. Biasanya connection ni kita akan dapat bila kita attend meeting, discussion, forum, makan2 dll. So kat acara2 cm nilah kita jumpa orang yg besar2 (bukan badan dia besar tapi jawatan dia)

Dan biasanya (bukan semua) orang besar2 ni cakap tak serupa bikin terutamanya orang politik... Kenapa?? okay biasanya bila kita jumpa diorang kat majlis2 ni kita boleh sembang2.. then cm biasalah dia pun jemput kita datang office, sembang2 kat office, nak tolong kita buat business, dll. Boleh kata satu Malaysia lah di control... 

Dan kita yg baru merangkak dlm business ni pun get excited dengan pelawaan org2 besar ni. Tapi sebenarnya indah khabar dari rupa. Yg pertama pengalaman dengan Ketua Menteri (xperlu la saya bgtau sape), bila kita dah set appointment everything is okay. Kita pun gi lah pejabat dia dan kat sini la mulanya. Mula2 kita akan tunggu berjam2, lepas tu tukar venue, last2 jumpa xsmpi setengah jam pun dengan alasan sibuk (dah tau sibuk xyah la jemput orang datang office).

Yg kedua Timbalan Menteri (pun xperlulah bgtau namanya). Sama kes sama je perjalanannya. Masa set appointment dulu macam best je janjinya. Anda yg baca blog ni ingat!!!! sebenarnya simple je, kalau rasa cm sibuk je hari2, tak perlu tabur janji nak jumpa la, invite dtg office la n buat janji kosong HANYA semata-mata nak please someone. Bg tau je tak da masa. Dan kalau tak boleh jumpa pada hari yg dijanjikan atau lewat, maklumkan sahaja. Simple je kan. And now bila dengar orang2 besar ni cakap, saya senyum je. Saya dah tau itu hanya rekaan semata-mata... So, kita layan je la... 

So ingat, anda jangan buat benda yg sama. Dalam business JANGAN janji kosong. Kalau tak boleh cakap tak boleh. Sekali anda buat benda yg tak baik kat orang, benda ni akan tersebar dengan cepat je. Orang akan look down on you (tak kira tinggi mana jawatan anda)... Berniaga dan bekerja la dengan ikhlas bukan untuk manusia tapi untuk Allah SWT

No comments:

Post a Comment