Friday 25 October 2013

APA DIA SOLID FOOD??? - PART 3

Assalamualaikum...

Another busy week. So tak sempat nak sambung kisah solid food. Tapi hari ni ada ruang sikit saya coret sekadar terdaya. Hari ni kisahnya adalah...  apa pulak makanan yg sesuai utk baby???. Solid food utk baby ni MESTI yg lembut, atau cecair atau yg senang dikunyah/tak perlu kunyah (baby kan xda gigi). Lagipun pembentukan muscle dia masih lemah untuk mengunyah dan menghadam makanan. 

Okay fomula yg senang untuk diingat. Mulakan baby food dengan makanan yg di dalam bentuk cecair iaitu sayur2an yg diblend. Sayur ni jugak boleh di campur dengan nasi  tetapi mesti di blend. Antara sayur yg boleh di cuba termasuklah carrot, potatoes, sweet potatoes, bunga kubis dan seumpamanya.


Klik gambar untuk besarkan dia...


Selain tu, wife saya juga campur susu badan kat dalam baby food ni. Dan ia juga disarankan oleh kebanyakan penulis2 buku mengenai baby food. Satu lagi yg perlu diingat.... Semua sayur2an yg hendak dijadikan makanan baby MESTI direbus terlebih dahulu. JANGAN campur dengan garam atau gula atau MSG atau apa2 sahaja. Vegetable semata2. Kalau nak campur buah2an pun boleh gak tapi buah2an tu pun perlu direbus dahulu sebelum di blend. Banyak artikel yg saya baca penulis menyarankan bagi baby avocado. So cuba cari kat laman web nape avocado???? Nanti share kat sini ye....  

Bagi baby makan makanan yg sama sekurang2nya 3 hari berturut-turut. Yg ni sebabnya untuk kita test baby kita sama ada dia ada allergic (alahan) atau tak dengan sesuatu makanan.... Bagi makan baby dan perhatikan. Selalunya makanan yg boleh menyebabkan alahan adalah seperti telur, kacang, ikan dll.

Okay, tu je utk hari ni. Sambung minggu depan pulak.. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment