Wednesday 30 October 2013

THE ART OF NEGO

Assalamualaikum...




Saya stop jap mengenai solid food. Hari ni sy nak kongsi mengenai The Art of Negotiation. Nampak  mudah tapi tak ramai yg faham konsep nego nie. It any corporate business, nego adalah salah satu element yg penting sebabnya benda ni dapat menentukan berapa margin yg kita dapat. Lebih bijak kita nego lebih banyak keuntungan yg kita dapat. 

Hari ni saya nak ceritakan mengenai cara2 nak nego di dalam business jual kereta sahaja (sebab ada yg bertanya). Sebaik2nya nak nego ni kena berdepan dengan pemunya. So, maksudnya bila nak buat business jual beli kereta ni JANGAN beli pada broker. Kalau nak guna bolehlah. Broker ni akan amik sedikit keuntungan atas kenderaan tersebut dan believe me, it's hard to nego with them. Sebab apa??? sebab dia takda urgency utk jual kenderaan tersebut. U nak atau tak nak dia masih tak rugi apa2.

Berbanding dengan owner, kekadang dia nak guna duit terdesak/cepat atau nak sambung belajar, atau nak gi oversee, nak jual cepat dll. So mudah sikit nego dengan owner nie. Bila nego, go for the lowest price at the first time yg anda rasa. Bab ni kena baca dan buat research sikit sebelum jumpa owner (tapi mestilah reasonable). 



Lagi banyak maklumat yg anda tahu lagi baik. Contohnya kenapa harga kereta 2nd hand iswara/kia/hyundai/wira/satria rendah??? kenapa harga honda/toyota tinggi??? berapa anda kena spent untuk repair kereta tu (harga tayar, timing belt, drive shaft, dll. Kena tau sikit2 tentang kereta dan engin kereta). Berapa kos tukar nama/insuran dsbgnya??? berapa harga pasaran (yg paling rendah org jual), berapa owner dan perkara2 lain yg boleh menurunkan harga kereta tersebut. Kena juga tahu pasaran kereta tu kat luar cmna... semua point ni dapat menurunkan harga kereta

So go for the lowest at the first time, and make sure anda dah tetapkan maksimum harga yg anda rasa anda mampu (berdasarkan kajian anda). Kat TV anda boleh lihat teknik2 nego ni dalam History Channel. Cuba tengok The Pickers, King of Restoration, Pawn Star, Counting Car dll. Banyak term yg diorang guna spt breaking the ice, combination, harga pukal, baling duit syiling, gold rust dll. 

Nego it's about your attitude. Jangan sombong bila jumpa penjual, kena humble, cakap baik2, jangan mendesak, minta baik2, kalau tak boleh just minta maaf dan berterima kasih sebab dia sudi jumpa anda. Semua element ni berkaitan dengan manusia (yg ada hati dan perasaan). So pandai2 lah anda amik hati penjual tu. Bila dia suka anda senang je nak minta diskaun....

Okay selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment