Tuesday 19 November 2013

BELIEVE IN YOURSELF

Assalamualaikum ...

Lama tak coret2 kat sini... Sekarang ni dah keje tempat baru dengan environment yg baru... Kerja dengan Korean dan semestinya org korea nie very hardworking. Apa yg saya nak kongsi adalah untuk tujuan pembacaan semata-mata.

Okay dulu masa saya nak beralih kerja daripada gomen ke swasta bermacam-macam benda yg saya timbangkan. Yelah saya ada wife, anak2 dan orang tua. Masa tu gaji dah stable. kerja dan masa depan pun dah ok (gomen la katakan). Tapi saya nak pergi lebih jauh, nak terokai bidang yg lain tapi dlm gomen ni peluang tu sangat limited

So saya nekad je, wife pun support. Ramai yg tanya betul ke saya nak berhenti. Bos saya tahan satu bulan borang berhenti sebab dia tak nak saya berhenti. Ketua jurutera TLDM pun interview saya dan terkejut saya nak berhenti. Ramai yg shock sebab saya berhenti... Hehehe... Ramai yg speculate saya ada kerja yg lagi best, dapat offer yg bagus dll. Tapi pada hakikatnya saya berhenti without any plan.. Xda offer, xda perancangan yg khusus dll. Yg ada hanya semangat saya utk berjaya. Tapi saya teruskan jugak.

Saya yakin dengan pengetahuan dan semangat yg saya miliki saya boleh realisasikan impian saya. So mula2, saya tolong wife buat Shaklee... saya nak buat business so kena belajar selok belok business dulu... dan benda ni mula2 memang rasa janggal dan malu sikit tapi lama kelamaan saya mula berminat dengan business ni... sebab kat sini saya make a lot of friends so saya teruskan buat sementara waktu je. Saje nak cari ilmu berniaga...

Lepas habis cuti saya wajib pergi kursus peralihan (dlm tentera ni dia nak suruh gi gak kursus ni - wajib). So saya kerja dengan ex ketua jurutera saya. Alhamdulillah, banyak yg saya belajar dalam business. Right place for me to start my carrier. Kat sini saya kenal ramai orang yg berjawatan tinggi. Dan semestinya ada 5 ke 6 company nak amik saya kerja dengan diorg dengan gaji yg lebih tinggi. Tapi saya tolak sebab saya rasa Opportunity saya kat company ni lebih baik.  

Masa mula2 kerja, jujur saya katakan gaji saya lebih rendah dari yg TLDM bagi. Ikut logik xda orang yg nak buat cm yg saya buat. Tapi saya tak berhenti dan teruskan jugak sebab saya yakin peluang kat syarikat ni sangat luas. Dan akhirnya terbukti sekarang. Saya dapat handle project dengan korean dan gaji pun dah tinggi. Dalam masa kurang 6 bulan je saya dpat gaji 5 angka dan company pulak dapat total kontrak 8 angka. 

Kalau saya terus dalam gomen, ia akan mengambil masa sekurang2nya 15 tahun lagi untuk saya pakai gaji cm sekarang. Itupun kalau naik pangkat cepat. Bagi saya tak salah kalau nak kerja dengan gomen sebab ia satu karier yg stabil tapi kekadang diri mendesak untuk lebih maju dengan lebih cepat. Tapi kalau kwn2 nak wat cam saya ni kena fikir panjang2. Kenali diri dan lihat peluang sedalam2nya. 

Sekarang ni saya dah slow dengan shaklee sebab concentrate dengan karier. So tinggal lah wife saya sorang2. Saya yakin wife saya pun akan dapat gaji 5 angka tahun hadapan melihatkan perkembangan business dia sekarang. Insyaallah. Dan kat sini saya nak bagitau, Tak semestinya orang yg tak gengam ijazah tu tak boleh berjaya. Semua orang boleh maju dan berjaya, yg penting diri sendiri je. Dan saya percaya satu hari nanti salary wife saya akan lebih tinggi dari saya yg kerja secara professional ni (sebab dia buat business Shaklee dan tak terikat dengan sape2).

Upline saya dah sama gajinya dengan CEO CIMB (nak tahu berapa cuba check gaji dia). Bukan orang ternama pun hanya orang biasa2 je. Orang melayu, islam, dan orang kampung jua asalnya. So what the reason untuk anda tak berjaya. Kerajaan tak adil?? kroni?? pilih kasih??? modal takda?? tak da peluang??? orang kampung?? orang melayu??? tak da pelajaran tinggi?? apa lagi alasan yg anda nak bagi???  Ramai yg cari alasan untuk terus berdiam tanpa berusaha dan semestinya kita lebih suka menyalahkan orang lain atas kegagalan hidup kita.... Easy way to escape. So fikir2 kan lah. 

Yes betul, duit bukan segala2nya tapi duit juga boleh jadi pemangkin untuk kita masuk ke syurga (kalau guna dengan betul). Dengan duit kita boleh bersedekah dengan lebih banyak, lebih kerap gi ke mekah, buat makan2, bantu sedara2 mana yg patut dan berzakat. 

No comments:

Post a Comment