Tuesday 18 March 2014

#DoakanUntukMH370

#PrayForMH370

Assalamualaikum pembaca tersayang. Di saat kita menikmati hari2 mendatang, ada insan yg sedang merintih menanti kepulangan orang tersayang. Misteri yg terlalu sukar untuk dirungkaikan sama ada secara logik atau saintifik (selagi belum ditemui MH370). Banyak teori dan spekulasi yg di utarakan namun saya lebih suka berdiam dan mengikutinya dari saluran yg sah dan bertauliah. Mencari MH370 adalah keutamaan. 

Oleh itu, saya akan terus menerus berdoa dan berharap sesuatu yg positif bakal menjelma. Selagi belum ditemui jasadnya, selagi itulah ada harapan yg masih boleh disandarkan. Saya juga memohon sesiapa yg membaca blog ni agar bersama-sama berdoa kerana ada di antara kita yang mana doanya mungkin dimakbulkan. Insyaallah. 

To MH370 - Please Come Back


#DoakanUntukMH370

No comments:

Post a Comment