Wednesday 6 February 2013

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi mengenai lelaki dan vitamin. Melalui pemerhatian saya hampir 90% pelanggan kami adalah wanita. Kenapa tidak ramai lelaki yang makan vitamin? Jawapannya adalah kerana kebanyakkan kaum lelaki kurang memberi penekanan terhadap kesihatan atau mungkin ego. Buktinya saya sendiri, semasa mula2 isteri saya menggunakan produk Shaklee saya tidak pernah cuba makan atau menggunakan produk tersebut kerana saya berpendapat tubuh saya sihat, saya selalu berjogging, tiada masalah kesihatan, saya aktif, tidak merokok dll. So, kenapa nak makan vitamin?

Namun begitu, saya mula2 menggunakan vitamin apabila saya demam. Pelik kan? Ini kerana di dalam keadaan biasa saya sangat susah nak makan vitamin. So, bila sakit my wife pun ambil peluang ni suruh saya makan vitamin. Lelaki ni bila dah sakit, suruh makan 'ubat' apa pun dia akan telan. Dari situ saya dapat rasakan perubahan dan sehingga sekarang saya akan makan vitamin bila demam. Sekarang ni di dalam keadaan sihat saya ambil supplement untuk jaga kesihatan tubuh badan dan top up energy selepas bersukan.

Susah nak cerita bagaimana rasanya bila kita ambil supplement. Hanya yg makan sahaja dapat merasai keberkesanannya. Di dalam keadaan normal kita tidak akan tahu bahawa badan kita kekurangan vitamin. Tapi apabila usia meningkat badan kita akan menunjukkan simptom2nya. Apa yang saya makan adalah Vitamin C, Herb Lax, OsteMatrik, Performance dan ESP Soy Protein.

Di sini ingin saya ingatkan bahawa yg menyembuhkan, merawat dan menyihatkan kita bukanlah vitamin itu tetapi Allah SWT. Kita berusaha melalui kaedah2 yg ada. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment