Friday 22 February 2013


Vitamin B12 adalah nutrisi untuk menyihatkan saraf tubuh, sel darah dan membantu di dalam penghasilan DNA. Vitamin B12 juga membantu mencegah anemia yang dikenali sebagai megaloblastic anemia yang boleh membuatkan manusia letih dan penat.

Ada 2 peringkat tubuh badan menyerap Vitamin B12 daripada makanan iaitu pertama menggunakan hydrochloric asid (di dalam perut) di mana ia akan mengasingkan vitamin B12 daripada protein yang terdapat di dalam makanan. Kemudian Vitamin B12 (yg telah dihurai) akan bergabung pula dengan protein yang dihasilkan oleh tubuh (yang dikenali intrinsic factor) dan diserab ke dalam tubuh.

Keperluan Vitamin B12 seseorang adalah berbeza antara satu sama lain seperti berikut:

1.       Dari lahir sehingga 6 bulan - 0.4 mcg
2.       Bayi 7 – 12 bulan - 0.5 mcg
3.       Kanak-kanak 1-3 tahun - 0.9 mcg
4.       Kanak-kanan 4-8 tahun - 1.2 mcg
5.       Kanak-kanan 9-13 tahun - 1.8 mcg
6.       Remaja 14-18 tahun - 2.4 mcg
7.       Dewasa - 2.4 mcg
8.       Ibu mengandung - 2.6 mcg
9.       Ibu menyusu - 2.8 mcg

Sumber Vitamin B12 adalah seperti berikut:

1.       Hati lembu (sumber Vitamin B12 terbaik)
2.       Ikan, daging, telur, susu dan lain-lain produk tenusu
3.       Cereals dan lain lain-lain produk yang telah menjalani proses fortified (proses menambah nutrient ke dalam makanan akibat kehilangan nutrient semasa proses penyimpanan atau penghasilan). Lihat pada lebel pembungkusan.

Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan rasa penat, lemah badan, hilang selera makan, penurunan berat badan dan megalobstic anemia. Bagi mengimbangi keperluan vitamin B12 di dalam tubuh badan, pengambilan vitamin Shaklee adalah digalakkan.

Penggambilan ubat-ubatan berikut boleh menurunkan paras Vitamin B12 di dalam badan iaitu:

1.   Chloramphenicol, digunakan di dalam anti biotic untuk merawat beberapa jenis jangkitan.
2.      Proton pump inhibitor seperti omeprazole dan lansoprazole, digunakan untuk merawat asid reflux dan peptic ulcer disease.
3.   Histamine H2 receptor antagonist seperti cimetidine dan ranitidine, digunakan untuk merawat peptic ulcer disease.
4.      Metformin, sejenis dadah untuk merawat diabetes.

No comments:

Post a Comment