Wednesday 11 September 2013

IDEA BUSINESS NO 5 - TAMAN-TAMAN SYURGA


Assalamualaikum pembaca sekalian.... Pernah nampak logo ni??? Yes ni lah logo Children Islamic Center (CIC) where leader are born... Apa benda CIC ni??? CIC ni adalah sebuah tadika je.. yes tadika je... tapi nama ni dah well established kat Malaysia.. Okay nie idea saya.... bukan tadika tapi idea ni datang dari tadika CIC nie.

Kat Malaysia ni banyak orang buat tadikan?? macam macam tadika ada.. Kenapa?? sebab demand melebihi supply.. Kat tempat saya di Putrajaya, tadika ni tak cukup... Bukan setakat tu je, pusat jagaan pun tak cukup.. So sbg alternative saya hantar pengasuh sahaja... Bukan saya sorang tapi saya rasa ramai sangat... So bagi saya pengasuh ni adalah HERO YANG TIDAK DIDENDANG. Kalau pengasuh ni mogok, kerajaan boleh lumpuh (BELIEVE ME). Sebabnya ramai orang yg terpaksa amik cuti....

Okay panjang pulak melalutnya... Okay straight tu the point... tadika ni dah banyak sangat yg buat so apa kata kita buat pusat jagaan orang tua pulak.. Ops jangan melatah dulu... baca dulu sampai habis.. Then you decide...   Kita kena buat apa yg orang tak buat atau kurang orang buat. BERFIKIR TANPA KOTAK (bukan di luar kotak sebab kat luar kotak pun kita masih boleh nampak kotak tu... tak berkembang minda)...

Idea ni saya namakan Taman-Taman Syurga (TTS). Okay konsepnya begini... Pagi2 sebelum g kerja hantar orang tua gi TTS dulu... atau orang tua kita boleh drive sendiri je... sampai kat sana lepak la dulu sarapan ke apa yg patut.. Then pukul 8 pagi semua berkumpul buat senaman ringan... pusing2 lake ke, senamrobik ke, jalan2 ke, anything yg berkaitan dgn senaman ringan la (Jangan suruh main bola pulak)... Dah ramai ni seronok la sikit... abis kul 10 pagi...

Pastu boleh la rehat jap, sambung sarapan ke, sembang2 lagi ker then mandi. Kul 11, start kelas agama... Dah tua2 ni apa lagi nak dikejar... belajar ni sampai bila2 pun boleh... sampai kul 1. Pastu kul 1 gi masjid berdekatan siap sedia solat berjemaah (HIDUPKAN SOLAT BERJEMAAH). Habis solat makan tghri sampai kul 3.00 (nak mandi ke, rehat ke boleh la). Kul 3.00 start balik kelas agama sampai kul 4.30. Pastu solat asar berjemaah... habis solat asar boleh la sambung senaman balik... then tunggu anak amik atau balik sendiri...

INGAT!!!! KONSEP NI ANAK AMIK MAK BAPAK LEPAS WAKTU KERJA... BUKAN KONSEP RUMAH ORANG2 TUA... BUKAN KONSEP TINGGAL MAK BAPAK.....

Kenapa boleh buat konsep ni??? Pertama - Sebagai anak kekadang kita risau mak bapak tinggal kat rumah sorang2 (tambah2 lagi kalau mak bapak kurang sihat). At least kat sana ada kawan2. Boleh sembang2. Lagipun diorang tak la bosan sangat duk rumah... Kedua - Nak belajar agama waktu siang ni agak susah sikit sebab ustaz kebanyakannya mengajar kat sekolah2. So kat sini berpusat boleh hire seorang permanent ustaz untuk mengajar. Ketiga - Kita boleh create pekerjaan kat org yg jaga TTS, ustaz, tukang masak dll. Keempat - Orang tua2 ni kurang bersenam, so kalau ada ramai kwn2 baru semangat sikit nak bersenam. 

Konsep ni bukan setakat utk org yg ada org tua je... Orang yg berpencen tapi anak2 jauh pun boleh join.. banyak aktiviti yg boleh di create dan tidak semestinya keagamaan semata2. Contohnya lawatan, community service, berbasikal, gotong royong kenduri kendara, main kompang, memancing dll. Banyak la... Jangan suruh Hiking sudah la... So camana??? Okay tak idea ni... Tak da orang yg buat lagi ni.... So kalau anda rasa okay dan ada kawan yg berminat boleh la cuba... Mula dari bawah... pelahan2. Okay, next time saya bagi idea business lagi... Kalau ok jangan lupa share ye.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment