Tuesday 4 June 2013

MEMBELI KERETA SECOND HAND (samb)

Ari ni saya nak sambung kisah prosedur nak beli kereta 2nd hand. Okey, selepas kita dah puas hati dengan condition dan harga kereta tu, kita buat surat niat (karang sendiri sahaja). Ingat!!! pastikan nama yg tertera pada geran sama dengan nama penjual tu (semak ic dia). PERINGATAN!!! PASTIKAN anda tidak buat bayaran dahulu sebelum proses tukar nama selesai. Bayar booking boleh (bayar sikit je dulu. lebih kurang RM200- RM500) tapi mesti direkodkan pembayaran tu.

Okay sekarang ni kereta tu dah ada kat kita (sebab nak buat puspakom atau boleh suruh je penjual tu buat pemeriksaan puspakom). Pe yg perlu kita buat adalah:

1. Pergi atau call puspakom terdekat untuk ambil no giliran. Puspakom menggunakan kaedah booking untuk buat pemeriksaan. Maknanya kali pertama kita datang utk ambil tarikh temunjaji sahaja.

2. Bila dah sampai tarikh temujanji bawa kereka ke puspakom utk buat pemeriksaan. Boleh bawa sendiri atau suruh orang bawa. tapi kena bawa bersama GERAN ORIGINAL. Bg tau penjaga kaunter tu nak buat B5 (tukar nama). Road tax mesti hidup maa.. Pastikan jugak tinted menggunakan penapis cahaya yg lulus. Kalau tak baik tanggalkan siap2.

3. Bila dah selesai Puspakom akan keluarkan satu sijil. Sijil ni boleh digunakan untuk sebulan sahaja. Kalau tak tukar nama selepas sebulan kena buat puspakom semula. Sijil ni kena bawa ke JPJ semasa proses tukar nama.

4. Next, pergi ke kedai yg ada jual insuran. Beli insuran atas NAMA KITA (PEMBELI). Bawa insuran tu ke JPJ semasa proses tukar nama.

Okay habis bab tu. Sekarang bab borang pulak.

Ada beberapa borang JPJ yg kita kena isi. Borang ni boleh download kat internet sahaja. Kalau tak da boleh pm saya. nnti saya bg (free je). Borang tersebut adalah:

1. TM-1 (Pind1/2012) - borang ni kita isi masa nak tukar nama nanti.
2. JPJK3 - Borang ni penjual kena isi dan tandatangan (bahagian A). Kita isi bahagian B (butir-butir pemilik baru).
3. TM-AB (Pind/1/2012) - Borang ni kena isi kalau penjual tak nak pergi ke JPJ dengan kita. Kalau dia nak g sekali borang ni tak perlu isi. Kalau dia tak pergi dia kena fotostat ic dia lekat kat borang tu dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah (RM 2.00 je) atau pegawai JPJ (free). Kalau kita pun tak nak g dan suruh orang lain yg tukar nama, kita pun kena isi borang ni dan dapatkan pengesahan.
4. JPJ-SAB 01 dan JPJ-SAB02 - Borang ni penjual dan pembeli kena isi dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah atau pegawai JPJ (kalau tak nak gi JPJ). Kadang2 borang ni JPJ tak nak pun sebab borang TM-AB tu dah isi. Kadang2 JPJ nak pulak. Tapi kalau penjual dan pembeli pergi ke JPJ sama2, borang ni tak perlu isi.

*Nota: kalau nak senang penjual dan pembeli pergi ke JPJ sama2. Isi 2 borang sahaja. Proses tukar nama kena cas RM 100.00. Bayar kepada JPJ.

Okay selesai. Senang je kan. Kalau kita beli dari orang, sekurang2nya kita kenal orang tu sape. kalau rosak ke apa ke boleh contact dia. Lagi pun harga dia jauh lebih murah dari yg dijual kat kedai used car tu. Selain tu, confirm kereta yg kita beli tu bukan kereta curi atau kereta potong atau kereta lelong.

Buat sendiri sahaja semua proses tu. Ada gak runner yg boleh buat semua proses tukar nama ni tapi cas di 200 ke 300 ringgit. So fikir2 kan lah.. Selamat mencuba...

3 comments: