Monday 3 June 2013

STRATEGI DI DALAM BUSINESS (Samb)

Hari ni saya nak sambung mengenai satu lagi strategi yg kita perlu guna di dalam perniagaan iaitu:

4. Networking. Sebagai perniaga untuk produk Shaklee ni kita memerlukan networking untuk menyokong kelangsungan perniagaan kita. Networking ini dapat mengurangkan risiko kehilangan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan kita. Bagaimana ia berfungsi?

Okay begini (berdasarkan pengalaman kami). Sebagai peniaga Shaklee, pada permulaan kita tidak menyimpan banyak stok kerana kita kuatir stok tersebut susah nak jual. Jadi kita hanya simpan barang2 yang diketagorikan sebagai fast moving item. Iaitu produk2 popular sahaja. Namun begitu, kekadang kita tidak menjangkakan adanya order daripada pelanggan terhadap produk yg kita tak simpan atau mahal atau kita kehabisan stok. Ingat!!! pelanggan ada banyak pilihan untuk membuat pesanan kerana terdapat banyak pengedar shaklee di luar sana dan kebanyakkan daripada mereka, hari ni tanya hari ni nak barang gak.

So kita tak nak kehilangan pelanggan dan dalam masa yg sama kita tak nak kerugian. Maksudnya kita boleh pergi ke shaklee beli barang dan hantar kepada pelanggan tetapi kaedah ini memerlukan masa, tenaga dan wang (duit minyak, tol dan parking). Jadi keuntungan kita tidak berbaloi.

So, sebagai pengedar Shaklee kita ada jaringan (networking), kita ada upline dan kita ada downline. Ia berlegar dalam kelompok yg sama. That why dalam group kami kita selalu buat aktiviti supaya setiap downline kenal antara satu sama lain. So bila kita xda barang kita kol upline atau downline atau kwn2 dalam group yg sama dan pinjam barang (kita xbeli tapi ganti balik barang yg sama). Inilah kaedah yg kami gunakan untuk memastikan barang tu dapat deliver dalam masa yg ditetapkan dan tiada risiko kerugian. Kita tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau duduk jauh kita galakkan diorang berkomunikasi dengan pengedar2 terdekat. Wujudkan group sendiri, cari kawan2 terdekat.

Apa yg saya nak tekankan adalah di dalam perniagaan ni kita tak boleh kera sumbang, kita tak boleh buat sorang2, kaya sorang2. Kita kena saling bantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, carilah group yg kukuh dan kelompok yg aktif kerana ia akan dapat memudahkan perniagaan kita.. So, let's join us. Kita kongsi2.

No comments:

Post a Comment