Friday 31 May 2013

CARA-CARA MEMBELI KERETA SECOND HAND



Selain daripada Business Shaklee, saya juga ada buat business lain seperti Properties (jual, beli dan sewa rumah), jual beli kereta, jual beli set golf dan accesories, jual beli basikal, saham sikit, emas sikit dan sekarang nak belajar jual beli tanah pulak. Petang ni saya nak kongsi mengenai jual beli kereta tetapi bukan mengenai business. Petang ni saya nak kongsi mengenai cara2 nak beli kereta terpakai tanpa melalui agent / broker.

Kenapa? sebab kalau anda beli sendiri dan uruskan sendiri harganya lebih murah dari yg anda beli kat kedai. Lagipun prosedurnya pun taklah susah sangat. Apa yg saya sampaikan kat sini adalah melalui pengalaman saya berurusan jual beli kereta.

Okey begini... Mula2 anda cari kereta yg anda nak beli. Biasanya saya search kat www.mudah.com.my. Pilih private (beli pada orang perseorangan), pilih cars, dan taip nama kereta yg anda nak beli. Baca description sikit, tengok gambar dan bila puas hati call tanya sama ada kereta available atau tak?. Tips... masa tanya ni dah boleh nego sikit2. Tapi jangan mendesak utk turunkan harga. Layan je dulu permintaan penjual tu.

Then buat temu janji untuk jumpa dan lihat kereta. Sebaik-baiknya jumpa kat stesen minyak kerana kat situ ada CCTV (mana tau kalau apa2 berlaku). Tips ... untuk perempuan bawa kawan yg arif, bawa abg ke, bapa ke, sedara ke atau sape2 yg mahir mengenai kereta.

MESTI Test Drive.. Berdasarkan pengalaman saya ada beberapa pembeli yg beli kereta dari saya tak nak test drive sebab katanya dengar dah tau kereta tu ok. Anda jangan buat begini... Test drive, dengar bunyi engine dan perhatikan perkara2 berikut:

1. Engin tidak mengeluarkan bunyi yg abnormal.
2. Belok dan pastikan tiada bunyi yg abnormal (kalau ada myb drive shaft rosak)
3. Lihat meter suhu. Pastikan bacaan suhu tidak melebihi separuh kepanasan. Kalau ada maknanya engine panas (myb water pump rosak, myb radiator sumbat dll)
4. Check minyak engine (minyak hitam). Pastikan warna dia tidak terlalu hitam dan tidak terlalu pekat. Ini tanda2 minyak tu minyak lama dan perlu diservice. Dekat engine pastikan tiada lelehan minyak hitam. Kalau ada maknanya gasket engine dah haus atau ada kebocoran. Kena tukar.
5. Check asap yg keluar dari exzaust. Pastikan tidak terlalu kehitaman. Kalau hitam maknanya engine agak kasar.
6. Tanya mengenai timing belt (biasanya setiap 100K kena tukar). Pastikan kalau milage dah lebih 100K suruh penjual tukar dahulu (sebab nak tukar ni mahal).
7. Check tayar. Tengok bunga tayar pastikan tak botak. Tayar satu biji harga lebih kurang 200 ringgit. kalau dah 4 boleh tahan gak harga dia. Kat tayar ada 4 nombor dlm oval (cam dlm bulatan) 2 nombor pertama bermakna minggu ke berapa tayar tu dikeluarkan dan 2 nombor berikutnya bermakna tahun ke berapa ia dikeluarkan. contohnya 1213. Tayar ini dibuat pada minggu ke 12 (lebih kurang bulan March) tahun 2013.
8. Check aircond pastikan sejuk.
9. Check benda2 lain seperti radio, signal, wiper dll.

Okey... dah puas hati deal beli.. Sblm tu nego kali terakhir. dengan mengambil kira faktor2 di atas minta turunkan harga. Sampai puas hati. Berdasarkan pengalaman saya kita boleh kurangkan harga dari 3K ke 5K. Kalau bayar cash lagi banyak boleh kurang. Sebelum pergi tu survey harga yg dijual di market (lihat kat dlm mudah je). Pastikan harga yg anda beli tu lebih murah daripada harga termurah di dalam mudah pada kapasiti dan tahun yg sama.

Sambung next ye.......

11 comments:

  1. Blog yang bagus. Harap dapat ajar bagaimana untuk nego harga kereta sampai dua dua puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami Menjual & Membeli Kereta Sambung Bayar. Jika Anda Mempunyai Ciri-Ciri Dibawah, Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS/WHATSAPP +6018 3166489
      - Bulanan Tertunggak
      - Tak Mampu Bayar
      - Kereta Bakal Ditarik
      - Kereta Dalam Stor (DAH TARIK)
      - Nak Jual Tapi Hutang Masih Tinggi
      AGMCC Membantu Anda. Jangan Biarkan Nama Anda Di Blacklist! Segala Surat Perjanjian & Cover Report Polis Disediakan. 100% Syarikat Berdaftar!
      WHATSAPP/SMS +60183166489

      Delete
  2. Info yg bagus...

    ReplyDelete
  3. Prosuder bayaran lain harga brapa ..jika kereta baru 2 tahun perlu puspakom tak?

    ReplyDelete
  4. Bila kereta bertukar tangan ada 4 bayaran yg dikenakan kepada pembeli tapi benda nie subjective tertakluk gak kepada budi bicara penjual. Kekadang penjual tanggung. Nego ye. Bayaran tersebut adalah:

    1. Pemeriksaan PUSPAKOM.
    2. Tukar nama di JPJ.
    3. Insuran
    4. Road tax.

    Semua kereta kalau bertukar tangan MESTI melalui pemeriksaan PUSAKOM. Tidak kira berapa usia kereta tu. Kereta baru pun kena masuk puspakom (tp yg nie dealer buat).

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..nak tnya kalo owner bleh uruskan puspakom, then pembeli kna pergi skali dgn owner utk tukar nama di jpj. yg insurans tu pembeli kena ambil time sebelum prosedur tukar nama di jpj kan?

      Delete
  5. Terima kasih sudi kongsi pengalaman. Memang kena tahu tips beli kereta terpakai sebelum ambil keputusan membeli.

    ReplyDelete
  6. Tips Membeli Kereta Terpakai
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta-terpakai.html

    ReplyDelete
  7. kereta myvi terpakai tahun 2009 tiptop RM28,000

    kereta myvi terpakai tahun 2009 kurang tiptop RM21,500

    mana pilihan anda?

    ReplyDelete